0
Acar Berempah Tenggiri


Jika sesiapa ada stok ikan tenggiri dalam fridge tu, jangan malu jangan segan....mai la cuba menu acar berempah ni. Pasti tak menyesal sebab acar ni memang sedaap n marvellous.....resepi dari kak dayang.


ACAR BEREMPAH TENGGIRI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara :
  • Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  • Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan tomato.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: http://dayangjack.blogspot.com/

0 sweet comments: