0
Apam Salju

Semenjak dua menjak ni, bertandang la ke umah mana pun...semua menyajikan apam...agaknya kuih apam dah naik carta kot...sebab itu sana-sini berlumba-lumba buat apam...dah macam berpakat pulak. Saya pun tak mo ketinggalan, rasa terpanggil jugak nak apam mengapam ni.

U all jangan pula terkejut bila lihat ada apam berwarna biru yer. Ini kerana bab warna-mewarna saya serahkan pada Puteri buat pilihan...sebab tu warnanya ceria-ceria belaka...ye la budak-budak kan obses dengan warna.

APAM SALJU

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun boleh-saya buat 180 gm gula pasir & omit brown sugar)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 tsp yis mauripan
  • kelapa parut + sikit garam (kukus sekejap)

Caranya
  • Blend nasi dan air sehingga hancur (masuk air sikit-sikit & blend sampai halus).
  • Setelah hancur, campurkan brown sugar dan gula pasir ke dalamnya dan blend lagi sehingga sebati.
  • Dalam bekas lain satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  • Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam campuran tepung. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 3 jam.
  • Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil-kecil. Panaskan acuan-acuan tersebut sekejap dalam pengukus. Kemudian isikan acuan dengan adunan 3/4 penuh dan kukuskan selama 15 minit dengan api besar.
  • Hidangkan bersama kelapa parut yang bergaul dengan sedikit garam / enak dimakan begitu saja.

0 sweet comments: