10
Talam Kaswi Keladi


Kuih kaswi adalah sejenis kuih tradisi yang tidak asing lagi kepada penggemar kuih-muih Melayu. Namun kuih kaswi yang sering dinikmati hanya mempunyai satu warna iaitu coklat tua kerana gula melaka menjadi bahan pemanis utamanya.
Saya sering terfikir apa agaknya rasa jika kuih kaswi yang sedia ada ditambahkan dengan keladi atau keledek. Resepi ini dah lama berada dalam simpanan....cuma belum sampai seru. Jadi dengan rasa ingin tahu....saya pun cuba. Oleh kerana ini pertama kali mencuba....saya cuma buat suku resepi.
Tapikan nak bagitahu....menyesal betul....kenapa lah tak buat setengah ataupun satu adunan sekaligus....sebabnya tak sampai setengah jam lepas potong dah habis....



Anak-anak yang kurang gemar kaswi pun....makan sampai berebut-rebut....sedap punya pasal sampai tak cukup....
Kuih kaswi ini teramat lah marvellousnya....sedap sangat....terasa lemak-lemak keladi, sedikit kenyal....pendek kata rasa kuih kaswi yang kenyal-kenyal begini lah yang saya cari selama ini. Seronok....akhirnya ketemu jua dengan kaswi keladi idaman hati......





TALAM KASWI KELADI

Bahan-Bahan:
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir
1200 gm santan [400 gm santan kotak + 800 gm air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu secukupnya


Caranya:
  • Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas)
  • Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
  • Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
  • Sapu minyak pada loyang dan tuangkan adunan putih dan ungu berselang seli.
  • Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum dipotong. 
  • Dimakan tanpa kelapa pun dah cukup sedap sebab dah ada santan.


10 sweet comments:

Mas said...

cantiknya kaswi keladi tu...
mas tak pernah buat lagi..
tunggu beli keladi dulu..he..he.

ady said...

as-salam kak
cantik warna talam kaswi keladi kak ni...tengok je dah berselera.

Nieza said...

wah cantiknya kuih ni kak...sure sedap ni kan..:)

Ayu said...

Assalam akma,
wah masuk list ni..kalau akma cakap sedap mesti sedaplah nikan..nak cari keladi nak ..cari keladi..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

As salam ...
memang menarik campuran keladi dalam kaswi..boleh masuk list saya...

Iza Akma said...

Mas,
bukan cantik je mas..yg pentingnya sedap..nnt2 leh lah mas cuba yer..

Ady,
wkmslm..hehe..kalau tengok je dah selera..bila ady buat dan rasakan sendiri..lagilah berselera kan...

Nieza,
ya ke nieza..mmg sedap nieza..akak berani jamin..

Ayu,
wkmslm..masuk kak Ayu jgn tak masuk sbb kuih ni confirm sedap..

Nazrah,
wkmslm..ye naz, mmg menarik utk dicuba dan naz akan tertarik dgn rasanya nnt..kalau sy tahula resepi ni sedap lama dulu dah try..

Ayu said...

Assalam akma, akak dah buat kuih ni, memanglah sedapp..tapi akak terlupa letak air kapur!..hahaha kuih tetap sedap..nanti nak buat lagi sebab hari tu bawa pergi tahlil..

cuma nak tanya, masak adunannya hingga pekat tu kan..akak ada sedikit kelam kabut sebab takut dia pekat sangat & tak boleh nak layer by layer..akak masak cair sikit so the layer to tak cantik jadi terus marble..heheh..is it macam buat puding pekatnya ke tu?..

Iza Akma said...

W'kmslm kak Ayu..maaf kak lambat reply..baru pg ni on lappy..
Kak ayu dah cuba yer..alhamdulillah
..ya kak, adunan dimasak hingga agak2 pekat. Maknanya taklah sepekat mcm talam cendol tu..agak2 masih boleh mengalir..kalau cair atau pekat sangat pun tak leh gak..takut tak nampak layer2 kan
Kalau mcm puding tu sy rasa belum pekat lg tu kak ayu..sikit lg pekat..
Tapi jadi marble mcm kak ayu kata tu pun cantik jugak kan..buat bnyk kali pun tak apa sbb kuih ni mmg sedap..

zila said...

aslmkum..mmgnmpk sdp kuih ni..rs nk try..tapi confius sikit kat sukatan air dgn santan tu..sukat mmg guna gram ke?bkn guna ml ke...tq

IZA AKMA said...

@zila
W'kmsalam Zila, tq singgah...

Kaswi keladi ni mmg sedap zila...iza berani jamin. Dah ramai cuba, depa sume komen sedap sampai ada yg kena dua tiga kali buat sbb sekali buat tak cukup...

Sukatan air & santan tu betul zila...tak perlu risau. Iza dah pernah nyatakan dlm blog sukatan cecair samada dlm gram atau ml adalah sama...for example 100ml=100gm.

Semua penggunaan liquid dlm kuih2 talam/lapis di blog ini iza guna gram kerana lebih tepat berbanding cawan penyukat yg mana tak semua cawan penyukat punya timbangan yg sama...yg mungkin akan mempengaruhi tekstur kuih.

Harap penjelasan ni dpt membantu. Selamat Mencuba zila...