8
Lemak Hijau Ikan Nyok-Nyok dan Belimbing


Selamat petang semua. Ingatkan petang ni tak nak bersiaran....nak duk bersantai-santai sambil tonton tv....tapi tak boleh lah....tak sampai hati pula tengok pengunjung yang datang ke sini tidak dijamu apa-apa....balik dengan tangan kosong.
Masakan lemak, tak kiralah sama ada ayam, daging dan ikan sememangnya cukup popular dan digemari khususnya dalam masyarakat melayu.
Kebetulan mengidam masak lemak ikan yang dicampur dengan belimbing buluh. Masakan-masakan kampung begini, favorit saya....dan tak sangka turun pula pada anak-anak....sekurang-kurangnya ada geng....taklah bosan sangat....bila sendiri masak sendiri makan....kann....
Ok, jom semak resepi....


LEMAK HIJAU IKAN NYOK_NYOK & BELIMBING

Bahan-Bahan:
1 ekor (medium size) ikan nyok-nyok
20-30 biji belimbing buluh
1 cawan santan pekat
2 cawan santan air
1 helai daun kunyit
2 batang serai, dititik
1 keping lengkuas, dititik
1 keping asam gelugor
jus limau kasturi daripada 1 biji
garam & gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:
3 biji cili hijau
10 biji cili api (suka pedas....tambah lagi)
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun sup
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk badam [bahan tambahan untuk menambahkan kepekatan kuah...oleh itu kurang penggunaan santan pekat..]


Caranya:
  • Masukkan bahan kisar, air, daun kunyit, serai, lengkuas dan asam gelugor dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana dengan dikacau selalu.
  • Masukkan ikan beserta belimbing (jika suka boleh masukkan cili hijau yang dibelah dua). Bila dah nampak sedikit didih, masukkan santan pekat. Rasakan garam dan tambahkan sedikit gula jika perlu.
  • Masakkan hingga belimbing lembut dan kuah menjadi sedikit pekat. Bolehlah diangkat.


8 sweet comments:

Nieza said...

Assalam kak, sedapnya ikan nyok2 tu dok sini jarang nk jumpa la..sedap ni maunya bertambah nasi ni nanti...hehe

Chik Mimi said...

sedapnya selalunya ikan nyok2 buat gulai aje,sy suka masak lemak letak belimbing ,kecur dah ni hehehe

Nuridah said...

Assalamualaikum Akma,

lauk2 gini buat tambah dua tiga pinggan nasik...ayah kak nur suka lauk cam gini....sedap

Mas said...

suka masak lemak ikan nyok2..
sedapnya..

Iza Akma said...

Nieza,
w'kmslm..aah nieza, ikan nyok2 ni masak apa pun sedap..kalau msk lemak cam gini ada lak sambal belacan atau ikan masin..fuhh..mmg sah2 bertambah nasi nieza..alamat kembangla badan..

Iza Akma said...

Chik Mimi,
ikan nyok2 selain sedap msk gulai, msk asam pedas pun boleh..tp digulai lemak lg power..ada pulak belimbing..rasa masam2 tu yg buat lg sedap..

Iza Akma said...

Nuridah,
w'kmslm..betul tu kaknur..lauk2 cam ni sedap..jd tak leh msk selalu..dibuatnya hari2 bertambah nasi..parah tu kaknur..nnt sayang jek, baju2 lama dlm almari tu buat perhiasan..boleh tengok tp tak boleh pakai..heheh..

Iza Akma said...

Mas,
samalah kita mas..suka ikan nyok2.. suka jugak msk lemak apa pun..