12
Puding Roti Marble Kukus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik dan menghadapi hari anda dengan penuh ceria dan bersemangat melakukan tugasan seharian.
Puding ni buatnya semalam. 
Bila tengok ada lebihan roti tak bermakan.....maka inilah masanya untuk mencuba resepi yang lama duk target ni....


Puding roti ini kira macam adik beradik puding roti karamel.....cuma yang ini tiada karamel.
Kalau perasan  puding ni nampak tebal kan.....ini sebab derhaka laa ni.....tuan punya resepi suruh guna loyang 8" .....saya memandai tukar loyang 7".....kan dah.....hehe.....
No problem maa.....tebal ker....nipis ker.....rasanya tetap sedap.  Rupanya pun cantik berbelang-belang kann.....(chewah.....puji diri sendiri nampak.....).  Ntah saya bab-bab describe ni tak berapa pandai .....kalau u all nak tau.....boleh lah cuba sendiri resepi daripada Fida nie ya.....


PUDING ROTI MARBLE KUKUS

Bahan-Bahan: ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

12 keping roti putih - disiat2
2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)
4 sb susu manis
1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/majerin
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)



Caranya:
  • Satukan kesemua bahan kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk. ( saya tekan-tekankan dan gaulkan  mengguna  senduk kayu.....supaya roti menjadi lembut dan mudah dikisar )
  • Kisar bahan-bahan  tadi hingga halus.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bubuh choc pada 1 bahagian. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yang telah digris keliling.
  • Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
  • Biarkan puding sejuk di dalam loyang. Potong dan sajikan.




12 sweet comments:

Chik Mimi said...

Akma cantiknya belang dia ...

Kak Sam said...

Cantikkk..cantikkk..cantikkk... i like.

Ayu said...

cantik belang2 tu akma,
memang akma pandailah buat belang2 gini..!!akak kalau buat fail..

Naz said...

Assallamualaikum Iza Akma..
Hehehe nak panggil Iza ke Akma ni??
Tq sudi singgah dan follow blog Naz..
I follow u back and link u too to my blog..

Betul cakap chik mimi tu.. cantik jer belang puding tu..
Bnyk jugak resepi2 di sini ye..
Salam perkenalannnn...

Mas said...

cantik la marble puding roti tu....
nak seketoi..he..he..

Nieza said...

wahhh cantik belang tu suka tgk...kalau dpt mkn lagila suka..hehe

Iza Akma said...

Chik Mimi
cantek ya mimi belangnya...hehe

Iza Akma said...

Kak Sam
syukran..syukran..kak sam..

Iza Akma said...

Ayu
nak kata pandai tu tak de mana lah kak ayu...kekadang tu bila kita nak belang2 jd cantik...potong2...hampeh..tp bila kita main tibai jer, tak kisah lah nak jd cantik ker idak ker..cungg lak jadinya...

Iza Akma said...

Naz
w'kmslm naz...panggilan biasa keluarga...iza, tp tak kisah iza bole, akma pun bole..
thnx naz, sudi bertandang ke dapo sy yg tak seberapa nih..terharu sy bila naz link my blog...
buat belang2 ni sume bole buat naz...kalau naz buat lg lah cungg..

Iza Akma said...

Mas
marblenya biasa2 jer mas...kalau mas buat marble mesti lg cantik jadinya kann..

Iza Akma said...

Nieza
mungkin belangnya jd menarik sbb masa buat tu...hati kak tengah ceria kot..
bak kata kjee kalau nak buat apa pun hati kena ceria..barulah apa yg kita masak walaupun simple tp tetap sedap hingga menjilat jari..hehe