4
Award daripada Nazrah & Izah

Assalamualaikum...

Lama rasanya SSK tak menerima award.
Alhamdulillah, ada juga teman-teman yang sudi anugerahkan award yang cute ni...

Pertama, One Lovely Blog Award ni datangnya daripada Nazrah @ Bahulu Inti D Bayu::..Nazrah Bakery.
Terima kasih Naz atas kesudian dan ingatan Naz pada SSK....
Ok, jom tengok apa yang harus dibuat seterusnya....


Seperti biasa kalau dah dapat award....ada pula homeworknya kann....


Here are rules to abide accepting this award :


1. Post linking back to the person that gave you the award

Done

2. Share 7 random things about yourself

Bab-bab mengarang ni laa yang lemah sikit....dah lama tak mengarang....rasa kekok sikit....hehe....

  • Dilahir dan dibesarkan di Perak....berbintang Aquarius....anak kedua daripada empat beradik. Kini suri rumah sepenuh masa....dikurniakan dengan tiga orang cahayamata....dua orang putera dan seorang puteri....berusia 19, 15 dan 11 tahun.
  • Pernah bekerjaya dengan sebuah institusi perbankan....akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja bila disahkan pregnant anak pertama....tapi sekarang bila anak-anak dah besar, rasa rindu pula nak bekerja semula....tapi ada ke orang yang nak ambik kerja ekk....??
  • Seorang yang pemalu, pendiam serta agak sensitif. Agak sukar memulakan perbualan bila pertemuan pertama....bak kata orang....mulut ada emas....wakaka....
  • Suka pada kejujuran, keikhlasan dan terus-terang. Paling tidak suka orang yang hipokrit.
  • Seorang yang suka memasak sejak muda belia lagi. Sebelum mengenali Internet satu waktu dulu, majalah dan buku-buku masakan sering menjadi sasaran dalam mencuba pelbagai resepi. Tapi bila dah kenal dunia blogging nie....sumber makin bertambah....pelbagai resepi dapat dicuba daripada blog rakan-rakan.
  • Seorang yang gemar melancong atau makan angin....tak kira laa bercuti dalam atau luar negara....
  • Seorang yang sukakan panorama keindahan laut. Bila dah duduk di tepi pantai ....berjam-jam lama pun tak apa....rasa damai dan kagum bila melihat laut terbentang luas ciptaan Allah SWT itu. Paling mengasyikkan bunyian deruan ombak especially tika ia menghempas pantai....nasib baik laa kat tengah KL ni tak ada laut....kalau tak dah usung tilam bantal dah....

3. Award 15 recently discovered blogs

Memandangkan award ni ramai blogger yang dah dapat dan gantung pun....maka saya skip step ini, ok.
Pada siapa yang masih belum tu, ikhlas daripada saya....sudi-sudikanlah ambil award ni ya....






Manakala kedua award ini pula datangnya daripada Izah @ Izah Muffin Lover.
Terima kasih Izah kerana tak lupa mengurniakan award ini pada SSK yang tak se gah bloggers lain....umur pun baru setahun jagung....


Haa yang ni senang kerja sikit....tak payah nak karang apa-apa....just gantung aje terus....
....tak tahu nak ambil yang mana satu....lastnya ambil dua-dua sekali....boleh Izah ya....nampak sangat kemaruk nak award....hehehe....


Memang cantik dan comel semua award ini.
Terima kasih sekali lagi....luv u alls....Semoga persahabatan di alam maya akan terus terjalin.



4 sweet comments:

Nieza said...

Assalam kak Akma, tahniah dpt award...ni saya nk jemput dtng umah ambil poskad pulak yer...tq..:)

tun_telani said...

kak akma.. pemalu ek? sama laa kita.. (perasan.. kui kui...). wahh, nmpk cam ramai je kwn2 bloggers yg jd housewife bila ada baby.. mesti bestkn tgk anak membesar sendiri.

Iza Akma said...

W'kmslm..mekasih
hah..amik poskad..boleh, sekarang gak akak dtg..
btw, mekasih atas jemputan..

Iza Akma said...

Tun_Telani,
ya tun..sikit pemalu..dah la pemalu pendiam pulak tu..siap pekej..kekadang tu teringin nak jadi org yg ramah dan banyak cakap..seronok..sbb susah jd org pendiam ni..hehe
berhenti keje jd hwife..itulah pengorbanan..bekorban demi keluarga..seronok dpt tengok anak2 membesar depan mata..lgpun proses pembesaran anak2 dr baby hingga dewasa hanya berlaku sekali jer kann..