10
Kuih Lapis Keladi


Selain kuih talam keladi,  lapis keladi juga salah satu kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Kat luar sana jarang nampak peniaga menjual kuih ini....bukan tak de tapi susah nak jumpa.


Saya suka kuih lapis keladi ni.....kuihnya lembut.....lemak dengan rasa santan dan keladinya.  Okay lah, waktu-waktu  begini tak payah celoteh panjang lah ya.....jom terus ke resepi.....


KUIH LAPIS KELADI
sharing by : Iza Akma @ SSK


Bahan A :

250 gm keladi telah direbus, dilecek halus
600 gm santan pekat (400gm santan kotak + 200gm air)
1000 gm air
1 sudu teh esen keladi
beberapa titik pewarna ungu

Bahan B :

280 gm tepung gandum
30 gm tepung beras
30 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (+/-)
1/2 sudu teh garam


Caranya :
  • Campurkan semua bahan B dengan santan dan air, kacau sehingga gula larut dan sebati. Jika perlu, tapis.....dan ketepikan.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tambahkan keladi ke dalam satu bahagian bersama dengan beberapa titik pewarna ungu dan esen keladi, kacau agar adunan rata dan sebati. Sementara satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
  • Alas loyang 9inci/10 inci dengan plastik dan sapukan dengan sedikit minyak. Panaskan dulu sekejap loyang dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
  • Tuangkan 1/3 adunan keladi (anggaran 250gm) dalam loyang, kukus dengan api medium selama 5 minit. Setelah lapisan pertama masak, tuangkan pula lapisan warna asal, kukus lagi 5 minit.
  • Ulangi proses sehingga habis adunan digunakan. Setelah lapisan terakhir masak, teruskan mengukus untuk selama 15 minit lagi sehingga kuih benar-benar masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong.


10 sweet comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Ya la..memang susah nak jumpa kuih lapis keladi ni..apatah lagi yg sedap..lapisannya nampak sama besar je dan cantik..

ady said...

as-salam kak
mengancam kalbu kuih lapis keladi ni.. cantik warna purple kuih kak ni...

Cendana Kasih said...

lawanyer kuih lapis ni.. sama rata jer lapisannya..warna pun sweet sangat

cik cek said...

Cantik dan kemasnya lapisan kuih lapis keladi ni...molek je...

Ayu said...

Assalam akma, wah ada kuih lapis keladi pulak ya..cantik lapisan tu akma..memang pun kalau kat luar tak ada yang dijual dah siap gini..semuanya kuih2 biasa aje kan..

Iza Akma said...

Naz,
yg jual tu jarang sungguh yg dpt sedap..diorang nak untung je lebih..kalo nak yg sedap kena laa rajinkan diri buat didapur sendiri kan, naz..

Iza Akma said...

Ady,
w'kmslm ady..mekasih..ada sesetengah kuih lapis tak perlukan warna yg kuat sangat dan sesetengah yg lain perlukan warna lebih..ikut jenis kuih juga sebenarnya..

Iza Akma said...

Cendana Kasih,
mekasih kak noor..setiap adunan lapisan tu sy timbang dulu..pasal tu sama tebalnya kak..

Iza Akma said...

Cik Cek,
mekasih kak cek..sy kalo nak wat kuih2 talam cam nih, timer kena betul..mmg pilih time tengah rajin mood tengah baik..kalau tidak..mcm tsunami gak jadinya kak cek..hehehe..

Iza Akma said...

Ayu,
w'kmslm..mekasih kak ayu..kebetulan jer tu sebab keladi tengah ada kan..lagipun mmg dah lama duk aim nak buat kuih lapis ni..