4
Biskut Kelapa



Tinjau sana tinjau sini.....semua umah duk berlumba-lumba buat tayangan perdana biskut raya.....hehheh.....memikat hati semuanya..... 
Minggu lepas sempat jugaklah saya berprojek kukis mengukis nih.....ingat raya this year tak nak buat banyak-banyak.....cukup lah sekadar dua tiga jenis.....bukan apa menyahut seruan kerajaan berjimat cermat.....ayat cover line lahh tuu.....tau tak per.....kihkihkih..... 
Ye lah raya nanti adik beradik lain pun bawa balik biskut.....kumpulkan semua.....banyak jugak.....mau penuh satu meja.....mana plak nak diletakkan hidangan lain, kann.....




Sebut je biskut kelapa mesti ramai muda belia kurang berminat.....mana taknya biskut-biskut  seangkatannya ini.....sinonim dengan biskut orang lama. Tapi kalau diperhatikan sekarang, dah banyak resepi biskut lama diolah semula untuk disesuaikan dengan citarasa orang-orang sekarang serta dihias cantik.....samada dicelup atau dilorekkan dengan pelbagai warna coklat. 




Banyak-banyak biskut kelapa, saya tertarik untuk mencuba resepi yang satu ini. Jika lihat pada bahannya.....saya tau memang sedap sebab banyak gunakan kelapa selain badam. 
Tepat sangkaan saya, biskut yang sungguh mabeles.....penuh dengan rasa kelapa, lemak-lemak, manisnya just nice, sungguh gebu, rangup dan paling penting rasanya mirip sekali dengan bangkit kelapa.....cair di mulut....teramatlah sedaappnya!!  Dah lama mencari biskut rasanya seperti ni.....akhirnya kini ku temui.....Resepi yang semestinya disimpan. Tqvm,  kepada penyumbangnya.....



BISKUT KELAPA 
Sumber : Puteri Manja (FB)


Bahan-Bahan : (120-130 keping)
 225 gm tepung jagung "Brown & Polson" (cap kupu2) *
150 gm tepung gandum *
1/2 camca teh baking powder * (*disatukan & diayak)
 125 gm gula aising
75 gm kelapa kering 
(dibakar sebentar then dikisar halus...bakar dlm 5-7 minit > sy sangai dlm kuali jer)
25 gm serbuk badam
1 biji telur gred A (berat lebih kurang 60gm sebiji)
1/2 camca teh sesen vanilla
155 gm butter


Untuk Hiasan :
 ceri merah, didadu kecil
kelapa kering (saya guna toasted coconut)
kuning telur untuk sapuan




Caranya :
  • Satukan kelapa kering yang dikisar dengan serbuk badam dan tepung-tepung tadi. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan-akan serbuk roti.
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  • Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 12-14 minit @ ikut oven masing-masing. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


4 sweet comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Akma,

lama kak nur tk nampak...byk buat kuih?? Sedap tu biskut kelapa...lemak2 gitu.

tun_telani said...

kak iza.. dgr nama mmg kurang berminat, tp bila tgk resepi mcm sedap je. lagi2 bila akak kata rasa mcm kuih bangkit, mmg tun suka sangat makannn tuuu.. resepi2 moden kdg2 rupa je glemer, tp rasa x seberapa. tu yg biasa tun tunggu tgk org lain buat dulu, kalau org ckp sedap baru tun wat. hihi.. tp ikut nasib la kan, kdg2 org kata sedap tp x kene pulak ngan selera kita. iA kalau sempat nnti tun nk try 1 adunan dulu biskut nih =)

Deliah's Deli said...

cantiknya,suka shape dia. ada jual eh cutter mcm tu...nk kena cari ni.:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum iza..
cantiknya... biskut kelapa dah lama diana x buat.. makan pun agak lama gak x makan... tgk biskut kelapa yg cantik kat atas tu mengoda plak... tergoda dah..

Diana juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa.. terlanjur kata2... salam aidilfitri buat iza sekeluarga..