4
Gold Kiwi Pudding



Assalamualaikum...


Kini terdapat dua pilihan kiwi di pasaran, kiwi hijau dan terbaru kiwi gold. Jika diamati kan ada perbezaan antara keduanya. Kulit kiwi gold berwarna coklat muda agak kemerahan, lembut dan tidak terlalu berbulu. Manakala kiwi hijau berkulit coklat dengan bulu-bulu halus di seluruh permukaannya. Uniknya kiwi gold kerana isinya berwarna kuning dengan rasa lebih manis berbanding kiwi hijau. 
Dari segi nilai khasiat, kiwi gold mempunyai kandungan vitamin C melebihi kiwi hijau. Namun begitu kiwi hijau menandingi kiwi gold dari segi kandungan serat. Walau apa pun kurang dan lebihnya, dua-dua kaya dengan vitamin dan anti-oksidan. 




Dua tiga hari ni, cuaca kat luar tu panas. Bila panas-panas cam ni rasa nak makan yang sejuk-sejuk aje.....biar panas badan kat dalam tu reda sikit. Hari minggu hari tu masa menyoping di pasaraya nampaklah kiwi emas. Biasanya bila time nak cari sesangat kiwi ni tak pulak adanya.....kiwi hijau jer yang penuh kat rak tu. Boleh dikatakan langkah kanan.....apalagi terus rembat 2 pek. Nak buat apa belakang cerita. Anak-anak pulak memang pantang nampak kiwi. Sampaikan buah-buah tu tak boleh nak duduk diam dalam petisejuk.....sebiji demi sebiji diorang bawa keluar ansur-ansurkan makan. Sebelum habis dikerjakan, lebih baik lah dipudingkan segera. Okeyy, jom intai-intai resepi.....





GOLD KIWI PUDDING
versi asal Puding Laici by K.Liza
source : Yatie & KNor
sharing : Iza Akma SSK


Bahan- Bahan :
5 gm serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji gold kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna kuning lemon
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan


Caranya :
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
  • Masukkan susu cair dan kiwi yang diblend tadi serta pewarna kuning lemon. Padamkan api. Kacau hingga sebati. 
  • Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  • Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
  • Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dengan hirisan buah kiwi.


.....buah kiwi pun anak-anak dah suka, inikan pulak dah jadi puding.....lagiii lah depa sukaa.....
Emmm sedapp!....nyamannn.....



4 sweet comments:

cik cek said...

Emmmm...sedapnya....
Gold Kiwi memang manis rasanya....sejuk2 masuk kat tekak....

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Awat kelam sangat rumah Iza nihhhhhh.....jenuh akak dok belek apa yang ditulih, dahla kita ni pun mata tak berapa terang dah, anyway gambaq tu nampak mmg cantik sangat, mesti best kan....

IZA AKMA said...

cik cek
tol tu cik cek,sapa yg xberapa gemar kiwi sbb rasa masam2 skang dah ade pilihan lain.....kiwi gold

IZA AKMA said...

Wattie
W'kmslm. Tak pasti awat jadi lagu tu. Mungkin visitor skrin tak bleh nmpk kot sbb my skrin takde problem bleh nmpk background. Tkasih kak wattie, bgtau kalau tak rumah sy ni gelap jer gara-gara kesilapan teknikal....heheh. Btw, sy dah betulkan....harap2 dah ok