2
Ikan Bilis Taucu



Assalamualaikum...


Hari ni nak share menu yang tersangatlah simplenya. Menu ni menu dinner semalam sebagai lauk tambahan. Dah hari-hari tekak disajikan dengan ikan, ayam.....naik jemu pulak. Sesekali pekena ikan bilis goreng begini, lupa diet.....tak sedar laju jer nasi bertambah masuk ke pinggan.....hehehe.....
Okey lah, tak nak bebel banyak di hari Jumaat ni.....jom.....




IKAN BILIS TAUCU 
adaptasi dari majalah RASA 
sharing : Iza Akma SSK 

Bahan-Bahan
1 cawan ikan bilis [digoreng garing] 
2 sudu makan taucu 
2 biji putik jagung 
1/2 biji capsicum 
1 sudu kecil cuka 
gula secukup rasa 
sedikit air jika perlu
minyak untuk menumis 

Bahan Hiris
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 biji cili merah 


Caranya
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu dan berbau wangi. 
  • Selepas itu masukkan taucu dan gula secukup rasa. Kacau sebati. 
  • Masukkan puitk jagung, capsicum dan cuka. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air dan gaul sehingga mendidih dan serata. 
  • Sesuaikan rasanya. Jika dah ok, masukkan ikan bilis tadi. Gaulkan seketika. 
  • Angkat dan sedia dihidangkan.


lauk sempoi tapi cukup membangkitkan selera.....
nak-nak makan dengan nasi hangat.....


2 sweet comments:

tun_telani said...

salam kak iza ^^ tun suka makan ikan bilis goreng... kat ganu jarang jumpa taucu (ke famili tun je yg x mkn nii.. hihi).. dia masin2 ye.. nmpk sedap tu..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Akma..
Yg simple2 macam ni, bila makan dgn nasi panas, tu yg tak sedar bertambah2 nasi ke dalam pinggan..