4
Sardin Tumis Tom Yam


Hari ni masak yang paling ringkas.....ringkas ker.....malas?? Jangan salah label pulak yer. Yang ni lauk ringkas.....kalau lauk malas.....tuu lauk yang tunjuk-tunjuk tuu.....haa,  yang tu baru boleh kata malas.....ekekekek..
Walaupun ringkas tapi sedap tauu.....terutamanya pada penggemar sardin. Saya rasa pasti  semua menyukainya.  Sekarang ni sardin bukan lagi lauk murahan. Walaupun banyak jenama sardin di pasaran.....ayam brand juga jadi pilihan saya sekeluarga walau harganya sedikit mahal.  Di rumah ni, jika masak sardin kenalah masak nasi lebih-lebih sikit.....sebab lauk ni feberet anak-anak.....pasti makan pun bertambah-tambah.....kalau tak nanti tengah sedap-sedap makan tak sedar nasi dah kehabisan.....hehehe.....Apa-apa pun jom layan resepi.....


SARDIN TUMIS TOM YAM
sharing by  : Iza Akma@SSK

Bahan-Bahan :

2 tin kecil sardin ( asingkan ikan dan sos )
lobak merah, dihiris serong
1 biji tomato, dibelah 6
putik jagung (jika suka)
1 batang (besar) serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar penuh pes tom yam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos ikan
cili padi (jika suka pedas)
air secukupnya untuk kuah
minyak masak untuk menumis
sedikit gula

Bahan Hiris : 

1 biji bawang besar, hiris bulat
4 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1 biji cili merah
1 biji cili hjau


Caranya :
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris bersama serai hingga wangi.
  • Masukkan pula serbuk cili, pes tom yam dan daun limau. Jika perlu tambahkan sedikit air. Tumis hingga sedikit garing. Lalu masukkan sos sardin, serbuk lada hitam, lobak merah dan air secukupnya. Kacau hingga lobak lembut.
  • Masukkan ikan sardin, sos ikan bersama sedikit gula. Masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili padi jika suka. Kecilkan api dan masak dalam seminit dua. Boleh lah diangkat.


14
Talam Kastad Mangga


Dah dua kali weekend  meronda-ronda kat pasar chow-kit. Amat jarang sekali ke sana. Itu pun sebab bawa anak sakit mata buat rawatan kat klinik pakar berdekatan chow-kit nun.....kalau tak jangan harap lah nak sampai sana.....walaupun ampang dengan chow-kit tu tak lah jauh sangat tapi tau-tau jer la.....area tu memang sesak gilerr....nak park kereta pun punya lah susah.....


Sampai sana.....mak aii banyaknya jual mangga. Paling saya tertarik sejenis mangga tu. Rupa bentuknya bulat seperti buah epal dengan hampir 3x ganda besar daripada sebiji epal. Selalunya mangga biasa kaler hijau kekuningan tapi mangga nih kalernya kuning kemerahan.....macam merah epal tu.....kaler kuning  pink-pink ke'purple'an  pun ada.....memang unik.  Tempat u all tak tau la panggil mangga ni dengan nama apa?  But  my SIL orang Perlis,  katanya mangga macam tu namanya Mangga Epal.  Yang specialnya mangga ni  cuma ada kat Perlis jer tauu.....susah nak dapat nie.....rasanya jangan kata lah.....memang sedap, manis, bila dikupas harumnya seakan mengupas epal,  isinya tebal dan kalernya cantik oren kekuningan.  Harga boleh tahan  6 hingget sekilo tapi bila datang kali kedua dah jadi 8 hingget.....aikk, cepatnya dalam seminggu dah naik harga...??


Memandangkan mangga ada lebih tambah pula dah terlampau masak .....nak makan macam tu memang dah tak sesuai. Tekak ni pulak macam meminta-minta nak makan pulut mangga. Jadi saya cuba olahkan mangga jadi kuih ala-ala pulut mangga lah kononnya. Pada saya dan keluarga ( tak tau lah pada selera orang lain kan ), kuih ni menjadi dan menepati citarasa kami lebih-lebih lagi tang topping mangganya. Bahagian topping ni cepat mengeras yer.....jadi jika guna acuan comel-comel tu kena bubuh cepat-cepat.  Lebih senang jika gunakan loyang saja kerana lapisan akan jadi lebih licin dan cantik.


TALAM KASTAD MANGGA
olahan drpd ~ sini ~
sharing by :  Iza Akma@SSK

Lapisan Bawah :

500 gm pulut
( rendam 1/2 jam dan toskan )
400 ml santan cair
100 gm kelapa parut putih
2 sudu teh garam
1 helai daun pandan, disimpul


Lapisan Custard :

200 gm mangga
( blend halus tanpa air, jadikan puree )
170 gm tepung custard
160 gm gula pasir (+/-)
1/2 sudu teh garam
950 ml santan pekat
2 sb mentega/majerin
sedikit pewarna kuning lemon
sedikit esen mangga (jika perlu)


Caranya :
  • Alas loyang 11"x11" dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Gaul kesemua bahan lapisan pulut dan kukus hingga masak.
  • Sementara pulut masak buatkan bahagian custard. Ambil sedikit santan dan bancuhkan dengan tepung custard. Masak lebihan santan, gula dan garam hingga gula larut dan masukkan bancuhan tepung custard tadi. Masak hingga pekat sambil dikacau sentiasa. Masukkan puree mangga beserta esen dan pewarna, kacau rata dan masukkan pula mentega. Kacau hingga adunan berkilat. Matikan api.
  • Pulut yang telah masak tadi, keluarkan daun pandan. Tekan rata-rata dan mampatkan. Tuangkan bahan custard mangga yang telah masak tadi. Ratakan hingga menutupi lapisan pulut dan sejukkan.
  • Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.
**Bahagian lapisan custard yang telah dituang atas lapisan pulut tak perlu dikukus lagi.


9
Sup Ikan "Power"


Sejak Isnin lepas lagi Puteri merengek nak makan ikan sup. Asyik tertangguh aje. Hari ini setibanya di rumah lepas pulang dari sekolah.....dia tersenyum lebar sebab lauk kesukaannya dah siap terhidang. Puteri ni memang sukakan lauk-lauk bersup.....tak kira lah ikan, ayam, daging, telur, tauhu ataupun fishball. Sesekali berlaukkan sup.....hmmm, berselera betul makan.
Sup ikan ini ada special sikit. Kalau tengok pada bahannya dah tau mesti ada kelainan pada rasa.....ramuan rempahnya pun boleh tahan jugak banyaknya.  Sesiapa yang merasa pasti tertipu mengatakan sup ayam sedangkan ia cuma ikan.  Sup ikan ni memang sedap dan power tauuu.  Kuahnya pekat dan terasa rempah ratusnya.....barangkali inilah yang menjadikan perkataan 'power' tu terselit pada nama sup ikan ini......cukup berbeza lah dengan sup-sup ikan yang lain.....Terima kasih CMG.....


SUP IKAN "POWER"
sources from : CMG@MyResepi
sharing by : Iza Akma@SSK

Bahan-Bahan (5 orang):

1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul (omit sbb takde)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
2 biji ubi kentang sederhana besar ( iza  tambah )
2 biji limau kasturi ( iza tambah)
daun sup/daun bawang ( iza taburkan  daun ketumbar)
sedikit bawang goreng

Bahan Rempah A : (dikisar halus)

6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
1 camca teh lada hitam
1 keping hirisan nipis lengkuas

Bahan Rempah B :
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"


Caranya :
  • Ikan dibersihkan, di potong ikut suka.  Perap dengan limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  • Satukan bahan rempah A yang dikisar dengan rempah B. Gaul rata. 
  • Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan air secukupnya lebih kurang 1 liter ( bersama ubi kentang ). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  • ( Perahkan limau kasturi dan bolehlah diangkat ). Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.



    7
    Nasi Ketumbar


    Ini lah dia nasi ketumbar yang saya janjikan semalam. Pertama kali jumpa kat dapur Ayu, terus terpaut nak buat lebih-lebih lagi antara ramuannya daun ketumbar. Saya ni pula kalau daun ketumbar dengan pudina.....suka sebab baunya yang harum dan menyegarkan. Kebetulan ada stok daun ketumbar.....bahan lain pun ada.....cara menyediakannya pun ringkas.....jadi tunggu apa lagi.....tak rugi kan kalau mencuba.....dah cuba baru lah tau sedap tak sedap.....kan, kan.....
    Meh sini nak bisik.....nasi ni memang laa sedap.....rasa seakan nasi minyak pun ada. Q'ein ada nyatakan nasi ini sedap jika dilawankan dengan rendang.  Jadi saya buatkan rendang ayam rempah kari  untuk dikawinkan dengan nasi ketumbar ini.....mabeles!!  Terima kasih pada Q'ein  dan kak Ayu...


    NASI KETUMBAR
    sharing by : Iza Akma @ SSK


    Bahan-Bahan :
    -(7 orang)-

    500g beras
    3 s/b mentega-(Ayu gunakan minyak sapi) *sy pun
    sedikit minyak
    1 biji bawang merah (dimayang halus)
    3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
    *sy blend lama sikit supaya benar2 halus jd tak perlu tapis
    sedikit garam
    pewarna hijau  
    *sy tambah pewarna kuning juga
    1 kiub ayam


    Cara-cara
    • Basuh beras dan toskan
    • Cairkan mentega/minyak sapi  bersama sedikit minyak
    • Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga wangi, masukkan kiub ayam.
    • Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
    • Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
    • Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau   
      (selain hijau, saya titiskan juga sedikit pewarna kuning ).
    • Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.


    8
    Rendang Ayam Rempah Kari


    Rendang merupakan juadah wajib pada musim perayaan. Bila sebut saja rendang pasti ingatan akan terus menerpa kala saat menyambut perayaan.  Biarpun meja hidangan kala itu dipenuhi dengan segala macam jenis biskut dan kek namun jika tidak nampak bayang rendang.....rasa semacam tak lengkap sambutan raya. 
    Masa kan tidak, rendang adalah hidangan tradisional pusaka warisan nenek moyang kita yang digemari ramai sehingga kini. Tapi sekarang ni, rendang bukan saja terhad pada musim perayaan tapi dah menjadi lauk harian dan mudah didapati jualannya di mana pun.
    Menu rendang dah menjadi favorit kami kat umah ni. Tak kiralah rendang ayam, daging, kerang.....memang menjadi rebutan dan menyelerakan. Rendang pulak ada macam-macam, rendang tok, rendang pedas, rendang berempah dan banyak lagilah. Cara memasaknya juga berbeza.....ada yang terus lebur jer dan ada pula yang ditumis dulu.
    Saya merendang ni sebab nak kawinkan dengan Nasi Ketumbar ( nampak tak nasi yang warna hijau kat sebelah ayam tuu.....). Pada saya rendang ni sedaapp.....sesuai sangatlah dengan selera dan citarasa kami sekeluarga yang terlalu memilih ni. Selain nasi, rendang rempah kari ni juga sedap dan amat sesuai sekali jika dimakan bersama pulut kuning, ketupat palas, lemang, roti, capati mahupun dicicah saja dengan lempeng. Okay,  jom kita usha resepi rendang ayam ni dulu ya.....untuk nasinya pula tungguuu.....


    RENDANG AYAM REMPAH KARI
    sharing by : Iza Akma @ SSK

    Bahan-Bahan :

    1/2 ekor ayam
    (dipotong ikut suka, bersihkan, lumur dgn garam & kunyit dan digoreng 1/2 masak)
    1 sudu makan kerisik
    minyak untuk menumis

    Bahan A (dikisar halus) :

    2 labu bawang besar
    10 tangkai cili kering
    2 biji cili merah
    3 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup

    Bahan B :

    3 buah pelaga
    3 bunga cengkih
    1 inci kulit kayu manis
    1 bunga lawang

    Bahan C :

    2 sudu makan serbuk kari daging
    1 cawan santan pekat
    1/2 cawan air
    2 tangkai daun kari
    1 keping asam gelugor
    garam & gula perang secukup rasa
    gajus digoreng sekejap, untuk hiasan


    Caranya :
    • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan A sehingga pecah minyak dan berbau harum.
    • Selepas itu, masukkan bahan B. Tumis lagi sehingga naik baunya. Tambahkan daun kari.
    • Kemudian masukkan serbuk kari daging. Kacau rata sehingga tumisan pecah minyak.
    • Tambahkan santan, air, garam dan gula ( jika pekat sangat boleh tambah sikit lagi air ).  Kacau sekali sekala sehingga kuahnya hampir pekat. Masukkan asam gelugor dan kerisik serta ayam. Biarkan sehingga kepekatan yang dikehendaki. Rasakan.....jika ada yang kurang tambah.
    • Akhir sekali, taburkan gajus dan kacau-kacau sekejap.....bolehlah diangkat.


    10
    Kuih Lapis Keladi


    Selain kuih talam keladi,  lapis keladi juga salah satu kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Kat luar sana jarang nampak peniaga menjual kuih ini....bukan tak de tapi susah nak jumpa.


    Saya suka kuih lapis keladi ni.....kuihnya lembut.....lemak dengan rasa santan dan keladinya.  Okay lah, waktu-waktu  begini tak payah celoteh panjang lah ya.....jom terus ke resepi.....


    KUIH LAPIS KELADI
    sharing by : Iza Akma @ SSK


    Bahan A :

    250 gm keladi telah direbus, dilecek halus
    600 gm santan pekat (400gm santan kotak + 200gm air)
    1000 gm air
    1 sudu teh esen keladi
    beberapa titik pewarna ungu

    Bahan B :

    280 gm tepung gandum
    30 gm tepung beras
    30 gm tepung jagung
    200 gm gula pasir (+/-)
    1/2 sudu teh garam


    Caranya :
    • Campurkan semua bahan B dengan santan dan air, kacau sehingga gula larut dan sebati. Jika perlu, tapis.....dan ketepikan.
    • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tambahkan keladi ke dalam satu bahagian bersama dengan beberapa titik pewarna ungu dan esen keladi, kacau agar adunan rata dan sebati. Sementara satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
    • Alas loyang 9inci/10 inci dengan plastik dan sapukan dengan sedikit minyak. Panaskan dulu sekejap loyang dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
    • Tuangkan 1/3 adunan keladi (anggaran 250gm) dalam loyang, kukus dengan api medium selama 5 minit. Setelah lapisan pertama masak, tuangkan pula lapisan warna asal, kukus lagi 5 minit.
    • Ulangi proses sehingga habis adunan digunakan. Setelah lapisan terakhir masak, teruskan mengukus untuk selama 15 minit lagi sehingga kuih benar-benar masak.
    • Sejukkan sebelum dipotong.


    6
    Apam Pisang Tanpa Telur dan Minyak


    Sebelum saya nak buat apa jenis kuih atau kek sekalipun, perkara pertama yang saya lihat dulu ialah telur. Kalau boleh saya akan cuba elakkan penggunaan telur setiap hari dalam kuih. Bukan kedekut ke apa.....cuma untuk kesihatan. Mungkin ada yang kata, alaahh.....banyak mana sangat lah guna telur dalam kuih. Ya, betul.....tapi kalau dah hari-hari buat kuih yang bertelur.....cer kira kalau seminggu.....sebulan dah berapa kan.....? Kalau anak-anak tu tak kisah laa, berapa kerap dierang nak ambil telur.  Tapi kita yang dah ehem.....ehem ni.....tau-tau jer laa kan.....macam-macam penyakit tunggu masa  nak hinggap jer. Jadi sebelum penyakit bermaharajalela dalam tubuh.....ada baiknya ambil langkah berjaga-jaga.....


    Kalau semalam dah buat chiffon.....telur kann.....jadi hari ini saya buat sesuatu yang tak guna telur, minyak dan santan. Cer teka.....apa ek? Sapa nak jawab, sila angkat tangan. Yaaa, betul.....kuih apam.
    Lagipun rakyat yang tak berapa nak ramai kat umah ni memang suka benor apam.....tak kisah lah apam apa, janji apam. Apam ni boleh dikategorikan sebagai kuih yang sihat kerana bebas dari segala kolestrol. Satu resepi yang amat mudah penyediaannya .....cuma godek-godek.....kukus dah boleh makan.....express kann. Okay.....takmo bebel panjang-panjang, jom intai resepi.....


    APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK
    [ sumber : MyResepi ]

    Bahan-Bahan :

    1 cawan pisang lecek
    1 cawan gula perang / gula halus (sy guna 130gm gula perang)
    2 cawan tepung naik sendiri
    1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
    4 sudu besar susu segar


    Caranya :
    • Tepung dan soda bicarbonate diayak bersama.
    • Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
    • Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
    • Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu.  Kukus hingga masak.
    • Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.


    8
    Cranberry Yogurt Chiffon


    Assalamualaikum...

    Fuhh! Lega blogger dah pulih seperti sediakala. Hari tu, panik juga.....hujan tidak, ribut tidak, tetiba blogger problem.....nak masuk umah takleh. Puas lah google sana sini cari penyebab. Check status rupanya blogger.com  duk buat  maintenance. Selain tu dalam status juga ada mengingatkan,  latest posting for all blogs will be remove temporary. Gelabah juga mana laa tau kan kot-kot diorang removekan terus. Pagi ni masuk umah.....cempedak dah jadi nangka.....sah satu posting dah ghaib.  Tapi tak jadi hal lah.....satu jer kan. So,  n3 ini merupakan siaran ulangan untuk post yang hilang tu ya.....


    Ini adalah cifon pertama yang keluar dari ovenku. Sebelum ni acuan cifon pun tak de.  Jadi sebagai merasmikan acuan yang baru beli tu.....memberanikan diri juga buat cifon. Suspen jugak masa menunggu cifon tu masak. Entah jadi ker bantat ker kejadiannya. Setelah setengah jam.....cifon yang ditunggu pun masak.....tengok cantik dan elok jer naiknya.....cuma merekah sikit tang atas. Tapi kira ok laa kan for the first time beginner.....walau tidak secun cifon teman-teman lain.
    Cifon ni memang sedap, lembut, gebu, ringan dan halus teksturnya bak sehalus kapas. Terasa benar lemak-lemak yogurt dengan masam-masam manis canberry.  Makan one slice tak terasa kenyangnya.....tak perlu nak ngunyah lama.....terus cair di mulut.....yang penting cifon ni taklah semanis kek-kek yang lain tu. Okay,  jom intai-intai resepi.....


    CRANBERRY YOGURT CHIFFON
    olahan  drpd  ~ sini ~

    (acuan chiffon 18cm)
    Bahan A :

    3 kuning telur
    25 gm gula kastor
    40 ml minyak jagung
    1 sudu teh jus oren
    80 gm yogurt (plain)
    80 gm tepung gandum
    10 gm tepung jagung
    60 gm cranberry kering (salutkan dgn sedikit tepung yang lain)

    Bahan B :

    4 biji putih telur
    45 gm gula kastor
    1/4 sudu teh cream of tartar


    Caranya :
    • Pukul putih telur hingga berbuih. Taburkan cream of tartar dan pukul lagi sehingga menjadi putih. Masukkan gula dalam bahan B, 3x (sikit demi sedikit) sambil teruskan memukul sampai bertanduk/mengeras. Ketepikan.
    • Dalam bekas lain, pukul pula kuning telur bersama gula sehingga berkrim.
    • Masukkan minyak, oren jus dan yogurt, kacau sehingga rata dan sebati.
    • Masukkan tepung gandum dan jagung. Kaupbalik sehingga adunan menjadi licin dan tidak bergentel.
    • Masukkan 1/2 bahagian putih telur ke dalam adunan, kaupbalik hingga adunan bercampur rata.
    • Tuangkan semula adunan ini ke dalam bekas yang berisi putih telur selebihnya. Kaupbalik lagi hingga sekadar rata dan sebati. Masukkan pula cranberry.
    • Tuangkan adunan ke dalam acuan ciffon tanpa bergris. Bakar pada suhu 170'C (ikut suhu oven masing-masing ya...) selama 30-40 minit atau sehingga masak
    • Bila dah masak, keluarkan kek daripada oven dan terus terbalikkan acuan dan biarkan sehingga kek benar-benar sejuk.
    • Keluarkan kek daripada acuan dan bolehlah dipotong.


    --------------------------------------
    Testimoni oleh rakan yang telah mencuba :
    --------------------------------------



    1
    Pari Masak Asam Tumis


    Ahaa, jangan keliru ya dengan menu ini. Ada orang menamakannya asam tumis dan ada yang lain asam pedas. Sebenarnya, asam tumis dengan asam pedas adalah dua menu yang sama cuma nama jer yang berbeza. Sebab tu rupanya sama kan. Dulu-dulu masa kecik-kecik masak macam ni lah yang paling tak suka.....entah kenapa. Tapi bila masa berputaran.....yang dulunya tak suka.....sekarang dah jadi suka daa.....
    Kalau asam tumis ni, saya suka yang sedang-sedang.....tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
    Bila sebut saja asam tumis/asam pedas, sudah pasti ada peminat-peminatnya yang kecur kann. Apa pun resepi asam tumis ni memang sedap.....alaa resepi Dayang, belum ada yang mengecewakan.....semua sedap-sedap belaka.....Dayang, saya import resepi Dayang ni ke dapur saya pula ya.....terima kasih.....


    PARI MASAK ASAM TUMIS

    Bahan-Bahan :

    4 ekor ikan kembung (sy ganti dgn ikan pari)
    4-5 sudu besar cili kering kisar
    1 batang serai , diketuk
    1 biji tomato, dibelah 4
    sedikit bendi
    sedikit daun kesum dan hirisan bunga kantan
    1 sudu makan gula
    garam secukupnya
    air asam jawa secukupnya
    air secukupnya

    Bahan-Bahan Kisar :

    1/2 labu bawang besar
    2 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    sedikit belacan bakar
    1 batang serai
    1 cm kunyit hidup


    Caranya :
    • Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis serai ,  bahan-bahan kisar serta cili kering hingga pecah minyak (tumis lama sikit dgn api perlahan...barulah sedap).
    • Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
    • Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
    • Masukkan garam ,  gula ,  asam jawa dan sayur bendi.
    • Setelah bendi masak/lembut ,  barulah dimasukkan ikan dan tomato.
    • Masak lagi lebih kurang 10 saat.  Tutupkan api dan terus tutupkan periuk.  Biar ikan mereneh di dalamnya. (ikan kembung tak perlu dimasak lama nanti tak sedap)
    • Sedia untuk dihidangkan.

    Cara SSK :
    Setelah bendi 1/2 masak/lembut ,  masukkan ikan pari dan biarkan sehingga ikan masak.
    Kemudian bila dah cukup rasanya dan kepekatan kuah yang dikehendaki ,  baru masukkan buah tomato. Biarkan dalam 10 saat terus tutupkan api.  Step lain adalah sama.




    0
    Award daripada DDCT & Paty's Kitchen


    Sebagai pembuka tirai untuk hari ini, saya nak gantungkan VVIP Gold Card daripada Che Ct Delima. Award ni sebagai penghargaan khas Ct untuk semua pengikut DDCT. Bukan senang tau nak milikki gold card bagi full-time housewife macam saya ni.....hanya orang bekerjaya yang punya gaji empat angka jer yang mampu punyainya. Tapi Che Ct dengan murah hati telah berikan kad emas istimewa ini pada semua pengikut setianya.....terima kasih banyak-banyak Che Ct. Sebenarnya  dah lama berangan nak bershopping barangan baking kat Bandung dengan Surabaya sana. Jadi bolehlah gunakan Gold Card ni untuk belanja sakan di sana.....cuma tak pasti pulak,  berapa limitnya kad ni Che Ct oiiii.....jangan nanti tengah syok nyopping kad habis limit .....parah......tapi harap-harap lepaslah.....hehehe.....




    Sementara  'Sisterhood of the World Bloggers Award'  ni pula penghargaan daripada Paty's Kitchen untuk SSK......terima kasih banyak-banyak kak Paty.  Kalau pergi dapur dia.....uishh.....segala macam juadah tersedia menanti.....cuma antara rajin tak rajin jer kita nak mencuba. 


    Pada kak Ct dan kak Paty , terima kasih atas kesudian anda berdua menghadiahkan award ini pada SSK. Dapur anda berdua adalah di antara dapur-dapur yang saya suka lawati  dan menjadi sumber inspirasi saya untuk meneruskan perjalanan blog SSK. Kepada anda yang masih belum melawat mereka , ada kelapangan sudi-sudi kan lah ke sana ya.....pasti anda juga akan turut teruja!




    0
    Kad Ucapan Selamat Hari Ibu

    Rasanya belum terlewat kan untuk saya gantungkan kad ucapan sempena Hari Ibu.
    Sejak berblog,  inilah kali pertama menerima kad ucapan daripada teman-teman maya.  Seronoknnyerr, dapat jambangan bunga bersama handbag yang sungguh cantik.....macam berjanji pulak, dua-dua pink kaler.....

    drpd  ~  Yatiememories
    drpd  ~  Mama Noor Safone

    Terima kasih buat Yatie & Mama Noor.....




    2
    Tempe Tumis Lengkuas


    Salam petang pada semua pengunjung.....semoga ceria-ceria selalu hendaknya.
    Dah petang-petang begini baru lah ada masa terluang duk mengadap lappy sambil mengupdate dapur ku ini. Haa, menu untuk hari ni adalah berasaskan tempe. Jangan tak tau, saya ni cukup gemar dengan tempe.....kekadang tu goreng ratah buat macam makan goreng pisang.....tak tau laa naper, memang dari alam sekolah lagi. Biasanya, tempe nih sinonim dengan orang jowo kann.....tapi saya bukan.....terbalik kod pulak dengan en.hubby, orang jowo tapi tak pulak minat tempe.  Ada juga orang kata makan tempe ni awet muda.....ntah laa, betul ke idak.....kalau betul, untunglah.....tak payah nak membazir duit beli krim awet muda segala.....cukup dengan hanya makan tempe.....ori lagi kann.....hehehe.....


    Okaaay,   menu kali ni saya selongkar kat dapur Yatie yang terkenal dengan gelaran ratu talam tuu.....Kalau pergi dapur dia.....mak aii.....macam-macam ada.  Siap daripada menu breakfast sampailah ke menu makan malam.  Yatie, nih cek nak habaq mai.....tempe tumis lengkuas ni memang sedap,  kena betul dengan selera .....terima kasih Yatie.....


    TEMPE TUMIS LENGKUAS

    Bahan-Bahan :

    4 keping tempe
    1 mangkuk sedang kobis yg di hiris
    1 btng lada merah-potong serong
    1 cawan santan pekat
    1 cawan air
    sedikit minyak untuk menumis 

    Bahan Tumbuk : 

    1/2 cwn ikan bilis
    3 ulas bwng putih
    5 biji bwng merah
    5 biji cili hijau/merah
    (sy guna cili hijau jer)
    1 inci lengkuas


    Caranya :
    • Tempe dipotong serong, kobis dihiris, cuci dan ketepikan dulu.
    • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan  yg di tumbuk, sehingga naik minyak.
    • Masukkan tempe yg dipotong serong dan kacau. Masukkan air dan gaul lagi.
    • Setelah hampir separuh masak, masukkan santan dan masukkan pula kobis yg dihiris.
    • Masukkan garam secukup rasa dan masukkan lada merah yg di potong serong.
    • Gaul sebati dan perasakan...masak hingga mendidih. Setelah siap matikan api dan bolehlah di hidangkan.


    5
    Pankek Labu


    Assalamualaikum...

    Semalam tanggal 8hb.Mei tentunya meninggalkan seribu pengertian dan seribu kenangan untuk semua para ibu. Ada di antara ibu menerima ucapan dan pelukan kasih sayang daripada anak-anak mahupun suami, ada pula meraikannya dengan membawa ibu masing-masing bersantai dan makan-makan di hotel-hotel mewah dan tak ketinggalan juga yang menerima 'surprise gift'. Sebenarnya apa yang seorang ibu mahukan daripada anak-anak dan seorang isteri daripada suami bukanlah pemberian hadiah yang mahal-mahal dan mewah tapi cukup sekadar sebuah ucapan penghargaan.....dengan ini seorang ibu dan isteri akan merasakan yang dirinya masih dihargai dan diperlukan. 
    Apa yang penting kasih sayang, ingatan dan doa yang tidak pernah putus dalam diri anak-anak buat ibu. Biarpun ucapan tidak memerlukan modal tapi ia sudah cukup memberi makna yang amat bernilai dan kenangan manis  untuk seorang ibu. Mungkin ada di antara anak-anak yang tidak dapat memahami naluri hati seorang ibu sepenuhnya tapi seorang ibu itu dapat memahami hati kesemua anak-anaknya.....itu lah dinamakan naluri ibu.
    Sebelum terlupa di kesempatan ini SSK mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' untuk semua ibu-ibu di luar sana khususnya buat semua pengunjung yang bergelar ibu yang mengunjungi SSK.


    Okay, berbalik pada n3.....pankek ni buat untuk breakfast pagi tadi. Masih menggunakan resepi pankek dalam posting terdahulu. Kalau dulu saya tambahkan pisang tapi kali ni saya tambahkan puree labu.....nak habiskan lebihan buat donat hari tu. Percubaan saya nampaknya tak mengecewakan. Pankeknya sedap, gebu dan lembut. Tak apa lah saya tuliskan balik resepinya ya.....jom semak.....


    PANKEK LABU

    Bahan-Bahan :

    120 gm tepung gandum
    30 gm gula kastor
    30 gm butter/marjerin
    80 gm puree labu
    125 ml susu segar
    1/2 sdt krim tartar
    1/4 sdt soda bikarbonat
    1 biji telur
    1 1/2 sdt jus oren


    Caranya :
    • Sediakan bater. Ayak tepung, krim tartar dan soda bokarbonat ke dalam mangkuk adunan.
    • Ramaskan butter/marjerin dengan tepung hingga adunan kelihatan seperti serbuk roti.
    • Campurkan pula gula dan puree labu, kacau rata-rata.
    • Buat lubang di tengah adunan, masukkan campuran telur, susu dan jus oren.
    • Kacau adunan menjadi bater pekat. Pada step ini bater akan kelihatan bergentel sedikit.
    • Menggoreng bater. Gunakan kuali tidak lekat dengan api yang sederhana. Sapu nipis kuali dengan sedikit marjerin. Titiskan 1 senduk kecil bater dan masak hingga tepi-tepinya berbuih dan pecah buihya.
    • Balikkan bater dan masakkan pula bahagian sebelah hingga kekuningan dan angkat.
    • Ulang hingga semua bater digunakan.

    Tips SSK:
    - Kuali tidak perlu disapukan marjerin pada kali kedua. Marjerin daripada bater cukup untuk melicinkan kuali. Terlalu banyak marjerin akan membuatkan permukaan bater tidak cukup kuning.
    - Adunan menghasilkan anggaran 8-10 keping bergantung pada saiz senduk yang digunakan.


    14
    Tenggiri Goreng Berlada Bunga Kantan


    Bila dah hampir ke penghujung minggu, biasalah kan..... bahan masakan ini habis.....itu habis.....sementara stok basah seperti ikan, ayam pun dah tinggal belen-belen jer.  Ingat esok baru nak pergi nyopping barang pasar.  Jadi,  pagi tadi bila nak mula masak.....buka petisejuk.....yang ada hanya ikan tenggiri dan sedikit sayuran.  Selongkar lagi jumpa laa bunga kantan sekuntum.....terus teringat nak masak berlada kantan.


    Masa nampak resepi nih kat dapur Wana.....belum ada rasa nak cuba tapi bila nampak menu ni kat dapur Nuridah.....aduhaii terus tergoda.
    Walaupun ramuannya cukup simple namun cukup berbaloi.....memang sedap!!  Keharuman bunga kantan tu yang menaikkan rasa sedap ikan berlada ni.   Terima kasih pada penyumbang resepi.


    IKAN TENGGIRI GORENG BERLADA BUNGA KANTAN

    Bahan-Bahan :

    1 ekor ikan tongkol – di buang perut, potong2 dan dibersihkan.
    (saya gantikan dengan 3 keping ikan tenggiri)
    1 kuntum bunga kantan - dihiris
    3 sudu makan sos cili
    sedikit garam dan serbuk kunyit

    Bahan Kisar :

    3 sudu besar cili kering
    1 labu bawang besar
    3 ulas bawang putih
    3/4 inci halia


    Caranya :
    • Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng hingga masak.  Angkat dan ketepikan
    • Untuk sosnya,  tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
    • Masukkan sos cili dan sedikit air, masak hingga mendidih.
    • Masukkan hirisan bunga kantan.  Sesuaikan rasa dan bolehlah dimasukkan ikan tadi.
    • Gaulkan seketika dan bolehlah diangkat…..


    11
    Donat Labu Manis


    Seolah-olah telah menjadi kegilaan teman-teman buat donat. Sana-sini donat. Pendek kata apa saja resepi donat pasti dicuba. Donat bukan saja digilai anak-anak malah kita yang dewasa ni pun turut menggilainya.
    Donat ni buat untuk minum petang tadi. Kesian tengok labu duk tergolek-golek dalam fridge.....terus rebus untuk buat donat. Sebelum ni pun pernah juga post entri donat labu tapi kali ini dengan resepi lain pula.
    Saya tertarik untuk mencuba sebab banyak feedback di SINI mengatakan donat labu ni cukup gebus dan sedap selain warna kekuningannya yang semulajadi buatkan donat ni cantik dipandang.....
    Okay, jom semak resepi.

    .....amboiii,  penuhnya taburan salji kat atas tu.....
    awas,  kurangkan manis dalam makanan tapi lebihkan manis dalam senyuman.....hihi.....







    DONAT LABU MANIS

    Bahan-Bahan :

    1 kg tepung
    1 1/2 peket yis segera mauripan (jumlah brt=16g)
    2 sudu besar susu tepung
    1/2 sudu makan garam
    300 gm labu yang telah direbus empuk
    3 biji telur besar
    1/2 cawan gula
    1 cawan rata majerin
    gula kastor secukupnya (ditabur pada donat)

    Caranya :
    • Gaul rata tepung, susu & yis.
    • Menggunakan blender, blend telur & gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi. Jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. Campurkan garam & majerin, blend lagi hingga sebati.
    • Campurkan bahan-bahan yang diblend ke dalam tepung. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin anggaran 10-15 minit.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi). Biarkan doh mengembang lebihkurang 1 jam.
    • Selepas itu bentukkan doh menjadi bebola-bebola kecil lalu dileperkan. Susun atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung.
    • Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dengan api perlahan hingga masak kedua-dua bahagian.
    • Bila telah keperangan, angkat & toskan. Semasa masih suam-suam golekkan ke dalam gula castor. Siap untuk dihidang.


    4
    Giveaway from Moscow by Miszlullaby


    Bertemu kembali. Dah lama blog ni tak berupdate.....rasa rindu pulak. Balik dari cuti-cuti, lappy pulak buat hal.....masaalah betul.  Nasib baik laa bila hantar kedai,  toke tu kata tak teruk mana dan yang penting segala data masih selamat.....kalau tidak menangis tak berlagu laa cek.

    Pagi tadi buka email, tengok ada pesanan penting daripada kak Wattie. Kita pun pergilah sana lenggang kangkung. Waduh, kena tag rupanya. Sebelum ni dah lama nampak giveaway tu duk berlegar-legar rumah teman-teman. Tak sangka pula SSK akan dapat juga. Terima kasih kak Wattie atas ingatan kak pada SSK.
    Giveaway ni dianjurkan oleh Miszlullaby atau boleh jenguk SINI  Sebelum ni tak kenal pun ML.....inilah kali pertama.....bertambahlah seorang lagi teman blogger. ML buat style cabutan bertuah. Jadi jika anda ingin tahu apakah hadiah best dari Moscow tu.....jom lah join.....mana tau tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa tau kan.....jom.....

    Kalau ikutkan ramai SSK nak tag ni.....tapi syaratnya cuma tag 5 orang rakan blogger. 


    Diharapkan senarai nama yang dicalonkan di atas sudi menerima dan memanjangkan pula giveaway ini ya.....