7
Pankek Coklat



Assalamualaikum...


Selamat  Tengahari semua.....
Waktu-waktu begini tentunya ada yang sedang menikmati hidangan tengahari. Juadah apa lah agaknya hari ni ya? Mesti sedap dan berselera gituu. Yang baru lepas makan pula.....sedang duduk menyandar kekenyangan nampaknya tu. Apa pun juadah hari ini, ucapkanlah Alhamdulillah.....Bersyukur lah dengan nikmat rezeki limpahan Allah SWT itu kerana itulah rezeki yang ditentukan untuk kita hari ini manakala esok belum tentu pasti lagi.

Pagi tadi iza buat pankek atas permintaan Puteri. Malam tadi sebelum masuk tidur Puteri dah pesan nak bawa bekal pankek esok. Dia cuma kata nak pankek tapi tak pula sebut pankek yang macam mana. Makanya iza bebas buat pilihan pankek apa pun mengikut kesesuaian bahan yang ada di dapur.


Kebetulan ada lebihan putih telur dalam petisejuk. Inilah peluang iza untuk mencuba pankek coklat yang dikongsikan oleh Rahel di dalam blognya. Kebiasaanya buat pankek guna telur kuning bersama putihnya sekali. Tapi kali ini iza nak rasa apa bezanya pankek yang ada kuning telur dengan pankek yang semata-mata guna putih telur. Sebelum tu jom kita semak resepi dulu.....



PANKEK COKLAT 
source : RAHEL masak apa? 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
200 gm tepung superfine/tpg gandum *
10 gm serbuk koko*
1/2 sdb serbuk penaik* (*ayakkan)
30 gm gula kastor
210 ml susu cair/air
30 gm marjerin,dicairkan
100 gm putih telur (4 biji putih telur B)
1/2 sdt garam


Cara Penyediaan :
❀  Masukkan susu cair dan marjerin cair ke dalam bahan yang diayak tadi sedikit-sedikit sambil digaul rata. Ketepikan.
❀  Pukul putih telur bersama garam selama 1 minit, tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi selama 4 minit.
❀  Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata.
❀  Panaskan kuali leper anti lekat.Tuangkan 4 sdb adunan ke dalam kuali. Biarkan hingga masak kemudian terbalikkan untuk masak bahagian sebelah lagi. Biar sekejap hingga masak. Angkat.
❀  Buat seperti ini sehingga semua adunan habis di guna.
❀  Hidang bersama madu atau sos pilihan masing-masing.

# Kuali tak perlu disapu minyak/marjerin ketika hendak memasak pancake.

Rasa pankek coklat ini tak banyak beza dengan pankek lain yang ada kuning telur. Oleh kerana hanya menggunakan putih telur, rasa lemaknya datang daripada penggunaan susu cair dan marjerin. Setelah dinilai rasa oleh juri-juri tetap di rumah ni.....pankek coklat ini melepasi piawaian citarasa kami. Terima kasih Rahel. Satu lagi idea untuk menghabiskan lebihan putih telur selain dibuat kek dan masakan yang lain.

curahkan madu.....taburkan coklat rice.....ngapp



7 sweet comments:

Ayu said...

Assalam iza,
Selamat tahun baru buat iza & family..lama akak tak kemari..iza sihat ke tu??..pancake chocolate nampak sedap..anak2 akak pula prefer waffle dari pancake..kalau hubby ok aje pancake ni..

Liza said...

salam iza...anak2 liza pun mmg suka ngan benda2 yg bercoklat cmni...

Amie said...

cantiklah pulak pancake dia ni.... tapau 3 keping ye...

tun_telani said...

tun suka mkn penkek.. tp kalau kt umah ni atau kt kampung mmg tekak melayu semua.. agak2 kalau ada penkek ngan lempeng, semua duk pakat serbu lempeng. hehe

fara kertina waty said...

Iza, bestnya resepi ni..saya ingin kogsikan dlm blog saya ya..saya dah bg backlink ke blog awak..tq..

ryna arshad said...

wowwww nampak sedap.. bole sy cuba buat utk ank2... trima kasih share resepi... :)

ryna arshad said...

wowww nampak cm sedap je... nk cuba buat utk ank plk... terima kasih share resepi... :)