9
Sweet Potato Chiffon.....pembuka tirai 2012



Assalamualaikum...


Selamat Tahun Baru 2012. Hari ini hari kedua kita berada di tahun baru.
Sepanjang 2011, dunia telah menyaksikan pelbagai suka duka seperti bencana alam, keruntuhan ekonomi Eropah, krisis kemanusiaan dan kemungkinan gangguan bekalan makanan. Semuanya cukup untuk meletakkan penghuni Bumi berada dalam teka-teki mengenai apa yang bakal dihadapi tahun ini. Seperti yang tercatat dalam dada akhbar semalam, penyelidik meramalkan beberapa kemungkinan boleh berlaku pada tahun 2012. Antaranya, peperangan nuklear, kekurangan makanan, wabak virus dan keruntuhan ekonomi. 2012 juga di kaitkan dengan satu cerita yang kononnya akan terjadi sesuatu bencana besar. Puak Maya dalam catatan calendar mereka mengatakan 2012 adalah hari terjadinya bencana yang bakal melenyapkan semua hidupan di bumi. Apakah semua ini benar atau fitnah di akhir zaman?

Apa pun sebenarnya, semua menjadi rahsia Allah SWT.....hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang dan bakal berlaku. Sama-sama kita renungkan pesanan pakar motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tahun ini mungkin tahun terakhir kita di muka bumi. Berazamlah untuk jadi yang terbaik, membantu bukan membantutkan, mendoakan bukan mengutuk orang, cari kebaikan bukan keburukan orang, memaafkan bukan mendendam. Yang demikian jadi sebab turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan, dapat redha Allah dan redha insan, bahagia di dunia dan cemerlang di akhirat. Moga Allah merahmati kita semua.....Aminnn. Wallahu a’lam.


Untuk tahun 2011, SSK melabuhkan tirainya dengan Pulut Serikaya Keledek.....menu kuih berasaskan keledek. Sebagai pembuka tirai 2012 ini, SSK sekali lagi tampil dengan menu yang juga berasaskan keledek iaitu Kek Cifon Keledek. Resepi asal menggunakan keledek ungu dan susu. Tapi Iza dah olah guna keledek oren manakala susu iza gantikan dengan santan. Keledek berpadu baik dengan santan kerana santan akan menaikkan lagi rasa lemak keledek. Sebelum iza menyusul dengan komen, apakata semak resepi dulu.....



SWEET POTATO CHIFFON CAKE
original : Florence@Do What I Like
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan : (17cm chiffon tube pan)

(A)
100gm keledek oren (direbus)
3 tbsp santan pekat

(B)
3 biji kuning telur
20gm gula perang
secubit garam
50ml minyak jagung
3 tbsp air

(C)
85gm tepung superfine, diayak

(D)
4 biji putih telur
50gm gula castor
1/2 tsp cream of tartar

(E)
keledek dipotong kiub dan direbus (jika suka)


Cara Penyediaan :

❀  Blend keledek yang direbus pada bahan (A) bersama santan sehingga halus. Ketepikan.
❀  Satukan kesemua bahan (B). Menggunakan hand mixer, pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yang diblend tadi dan pukul sekejap hingga rata. Masukkan bahan (C), kaupbalikkan dengan spatula hingga sebati dan menjadi halus. Jika adunan kelihatan kering, tambahkan lagi satu sudu makan air.....jika perlu saja ya, iza tak tambah pun.....
❀  Dalam bekas lain, pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga putih telur menjadi kental dan kaku.
❀  Masukkan setengah bahagian putih telur ke dalam adunan kuning telur dan gaul rata dengan spatula.
❀  Tuangkan campuran kuning telur ke dalam baki putih telur. kaupbalikkan dan gaul adunan hingga sebati dan rata. Tambahkan dengan bahan (E), gaul rata.
❀  Tuangkan adunan dalam acuan cifon(acuan tak perlu digris). Hentakkan acuan beberapa kali untuk melepaskan gelembung udara dalam adunan.
❀  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.


Kek cifon ni memang dah tak boleh nak kata apa dah. Marvellous!! Cifon yang sungguh gebu, lembut, halus mulus selain rasa yang lemak-lemak manis. Keledek yang diadun bersama santan buatkan cifon ni lebih beraroma dan lebih harum.....masa dalam oven lagi baunya dah harum semerbak.




9 sweet comments:

tun_telani said...

ya Allah.. terliurnyer.. gebus betul!! mmg kagum tun nengok! tun blom pernah mencipon lagi setakat nih. insyaAllah, tahun nih akan pecah rekod mencipon =)
selamat tahun baru buat kak iza.

INA said...

Assalammualaikum..
Cantiknya warna kek chiffon keledek tu..kek chiffon nie feveret saya kak..izinkan saya ambil resepi nie ye..

Roses_Leo09 said...

roses_leo09 aka hanim

gebusssnya ....
dah mcm span betul2 pulak

IZA AKMA said...

Tun_Telani,
takpe tun.....pelan2, kak iza dulu pun takut2 jugak nak buat cifon ni.....takut tak jadi. tp alhamdulillah bila pertama kali mencifon terus menjadi.....apalagi dah jd ketagih pulak nak mencipon aje...
Selamat Tahun Baru juga buat tun..

IZA AKMA said...

Ina,
oh ye ke ina.....macam tu ada masa boleh lah dicuba cifon ni yer...

IZA AKMA said...

Roses_leo09,
memang gebuss giler cifon nie..
hihihi.....cuma bezanya span tak leh dimakan yg ni boleh.....

Mamasya said...

Slmt thn baru Iza.
lembut dan gebusnyanya cifon Iza letak keledek...lagi sedap ni.

Melly Octaviana said...

kami juga suka makan chiffon cake, yang ini ada sweet potato nya belum pernah try.. thanks for sharing the recipe.. ;)

Ruqaiyah Rahman said...

Sedap giler sweet potato...slame ni makan sweet potato bakar je and yang letak dalam bubur lambok...nak try resepi ni....macam dah terbau-bau terasa-rasa plak kat tekak ni...!!!