3
PUDING CENDOL GULA MELAKA



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Panas berdeting betul cuaca sekarang ni. Panas-panas begini pekena dengan sesuatu yang sejuk amatlah menyegarkan. Kalau dah sebut sejuk-sejuk tu apalagi jika tidak puding. Kali ni saya sajikan kepada semua pengunjung SSK dengan Puding Cendol Gula Melaka yang lemak manis ni.




Dulu pernah juga buat puding cendol di SINI. Biasa saya akan stick dengan resipi tu tapi kali ni nak berubah angin try resipi lain. Puding cendol macam ni memang famous dan sentiasa dicari-cari oleh ramai orang terutamanya pada bulan puasa.




Buat puding cendol ni tak boleh kedekut santan. Santannya kena betul betul pekat..... baru sedap bila lemak santan berpadu dengan manis gula melaka. Lebih sedap kalau dapat santan fresh. Tapi jika keadaan memaksa pakai saja santan segera yang ada di dapur. Bukan masalah besar pun sebab yang pentingnya cendol..... takde cendol maka tak jadilah puding cendol.



Resipi PUDING CENDOL GULA MELAKA
by Iza Akma SSK
source ~ Puan Norlela Haji Nus @ Gula Hangus



Bahan A :
3 cawan (600ml) air
10 gm serbuk agar-agar
2 cawan (400 ml) santan pekat
150-200 gm cendol
1 tsp garam/secukup rasa
3/4 cawan gula pasir


Campurkan air, serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga mendidih.
Masukkan santan, cendol dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan dalam acuan yang sesuai. Sejukkan sehingga beku.
Setelah beku, cakar-cakarkan permukaannya dengan garfu.


Bahan B :
5 cawan (1 liter) air
10 gm serbuk agar-agar
200 gm gula melaka


Potong kecil-kecil gula melaka agar mudah larut. Masak gula melaka, air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih dan gula melaka larut. Tuangkan ke atas lapisan cendol tadi. Sejukkan dalam petisejuk.
Boleh dipotong dan sajikan.


3 sweet comments:

Gee® said...

Aduh mak aii!!! terlior ai dibuatnya...

Mayang ABDUL RAZAK said...

ADOII MENGODA SUNGGUH

Cik Matahariku said...

sedapnya! first time tengok puding cendol gula melaka, mkn pun tak pernah lagi..sedapnya...n salam kenal dari saya:)