PULUT ROLL
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Jarang sangat buat pulut panggang. Kalau nak beli aje. Tapi nak dapatkan yang sedap dan betul-betul memenuhi citarasa amat payah. Jika selalu tu beli kali ni buat sendiri pulak lah. Cuma kejadiannya tak lah macam biasa berbalut daun pisang. Ini semua gara-gara tekak dah teringin bebeno..... daun pisang takde..... maka ikhtiar lain kita roll kan saja sama dia. Haa jadi pun..... pulut panggang versi ala-ala gulungan sushi gitew..... gasak..... hahha.....
Kalau original yang balut daun pisang lagi best sebab bila dibakar aroma daun pisang tu akan menyerap ke dalam pulut..... itu yang buat lagi power. Cara ni pun ok jugak..... sedap. Selain gulung saya juga lapiskan pulut bersama inti dalam acuan. Saya sertakan resipi pulutnya dibawah manakala untuk serunding kelapanya saya ulang buat inti cucur badak yang pernah buat dulu.
Resipi PULUT ROLL
by Iza Akma SSK
600 gm pulut – rendam 8 jam
Daun pandan
200 ml Santan M&S
50 ml air
1 sudu teh gula
Garam
Satukan santan, air, garam dan gula.
Gaul dengan pulut.
Kukus semula selama 15 min.
Sementara pulut masak sediakan aluminium foil dengan saiz yang bersesuaian.
Setelah pulut masak, ratakan di atas foil. Sesudah itu ratakan inti kelapa di atas pulut dan gulungkan dan mampatkan dengan kemas. Biarkan seketika sebelum boleh dipotong. Proses menggulung hendaklah dilakukan semasa pulut masih panas supaya gulungannya melekat baik.
Untuk penyediaan inti@serunding kelapanya boleh lihat di SINI.
by Iza Akma SSK
Bahan Pulut :
source ~ Pn. Norzailina Nordin @ Selera Rasa M&S600 gm pulut – rendam 8 jam
Daun pandan
200 ml Santan M&S
50 ml air
1 sudu teh gula
Garam
Caranya :
Kukus pulut dan daun pandan selama 15 min.Satukan santan, air, garam dan gula.
Gaul dengan pulut.
Kukus semula selama 15 min.
Sementara pulut masak sediakan aluminium foil dengan saiz yang bersesuaian.
Setelah pulut masak, ratakan di atas foil. Sesudah itu ratakan inti kelapa di atas pulut dan gulungkan dan mampatkan dengan kemas. Biarkan seketika sebelum boleh dipotong. Proses menggulung hendaklah dilakukan semasa pulut masih panas supaya gulungannya melekat baik.
Untuk penyediaan inti@serunding kelapanya boleh lihat di SINI.
5 comments:
salam sis, singgah sebentar. kreatif hasil kuih akak ni
salam kenal SSK. bestnye blog ni semua cam striking je
rare..
teringat zaman kekecik dulu
makan ngan serunding tu
sedapnya
Salam perkenalan dari saya.. great recipe.. Jemput singgah blogwalking di http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info vitamin dan suplemen produk kesihatan Shaklee
Mcmana nak gulungkan pulut tu ye?
Post a Comment