BISKUT MAZOLA HAZEL
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Cookies ke-3.....
Ada yang melabelkan biskut mazola biskut dulu-dulu, betul ke? Kalau ya kenapa masih boleh terus bertahan sehingga kini. Tengok rupa memang tak ada rupa simple jer berbanding biskut moden yang dimake-upkan macam-macam. Biar datang biskut moden yang lebih cantik menawan namun biskut evergreen mazola tetap menjadi pujaan hati ramai. Cuba lah tanya siapa-siapa penggemar biskut mazola, pasti jawapan yang diberikan hampir sama. There must be something special bak kata orang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Hanya jauhari mengenal manikam.....Hanya peminat tegar biskut mazola saja tahu akan jawapannya.
Asal biskut mazola menggunakan kacang tanah. Zaman berubah.....
Jika dulu-dulu mungkin hanya ada kacang tanah di pasaran. Tapi sekarang macam-macam lambakan kekacang ada dijual mudah pula di dapati terutamanya di kedai-kedai bakery. Tak payah la saya sebutkan satu persatu di sini lagipun pengunjung yang sedang membaca entri ini sure lebih arif kan pasal nama-nama kekacang ni.
Sebelum ni dah pernah buat biskut mazola menggunakan kacang peas.
Boleh klik Mazola Kacang Hijau.
Kali ni advance sikit menggunakan kacang yang lebih mahal iaitu kacang hazel. Tersenyum puas saya semalam.....rasa cookies yang tak mengecewakan. Satu lagi resipi biskut mazola yang tak rugi untuk dicuba. Mazola kacang hazel yang tak kalah sama sedap dengan mazola asli kacang tanah juga mazola kacang hijau.
BISKUT MAZOLA HAZEL
by IzaAkma SSK
rcp ~ Chef Azli Razali @ SAJI Ogos 2011
280 gm Tepung Gandum
90 gm Gula Aising
210 ml Minyak Mazola/Jagung
1/2 sdt Soda Bikarbonat
60 gm Kacang Hazel ~ dikisar halus
60 gm Cornflakes ~ dikisar halus
1+1/2 tsp Pewarna Hijau (jika suka)
Biji Labu Hijau
Canai doh dan terap dengan penerap biskut. Susun atas dulang.
Sapu permukaan atas biskut dengan kuning telur dan letakkan biji labu hijau.
Bakar 180C selama 15-20 minit. (sila set suhu dan jangkamasa membakar mengikut oven anda)
by IzaAkma SSK
rcp ~ Chef Azli Razali @ SAJI Ogos 2011
Bahan-Bahan :
140 gm Tepung Jagung280 gm Tepung Gandum
90 gm Gula Aising
210 ml Minyak Mazola/Jagung
1/2 sdt Soda Bikarbonat
60 gm Kacang Hazel ~ dikisar halus
60 gm Cornflakes ~ dikisar halus
1+1/2 tsp Pewarna Hijau (jika suka)
Hiasan :
Kuning TelurBiji Labu Hijau
Cara :
Satukan semua bahan kering dan campurkan dengan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga sebati dan membentuk doh. Rehatkan 20 minit.Canai doh dan terap dengan penerap biskut. Susun atas dulang.
Sapu permukaan atas biskut dengan kuning telur dan letakkan biji labu hijau.
Bakar 180C selama 15-20 minit. (sila set suhu dan jangkamasa membakar mengikut oven anda)
Cara Iza :
- untuk cookies ni saya kekalkan warna asal tak bubuh pewarna hijau- saya buatkan bebola dengan sukatan 1 tsp penuh for each ball supaya dapat saiz yang sama besar.....terpulanglah nak saiz besar mana ya
- lepas bulat-bulatkan, leperkan sedikit saja dengan hujung jari
- sapu kuning telur dan letakkan biji labu.
Tips supaya glaze kuning telur nampak kilat.....
- tambah 1-2 titik minyak jagung/minyak masak + sedikit saja susu segar
- kuantiti minyak dan susu bergantung pada banyak mana kuning telur yang digunakan.....tang ni kena agak-agak ya supaya kuning telur tak cair pulak
No comments:
Post a Comment