1
IKAN MASAK CUKA


Alhamdulillah, dapat jugak update blog hari ni...
Kejadian Ikan Masak Cuka tanpa dirancang. Alkisahnya, ternampak resipi ni lalu di Fb pagi tadi. Kebetulan bahan pun semua cukup, apa lagi terus la jadi lauk untuk hari ni. Sesekali berubah selera dengan menu ringkas. Ringkas-ringkas pun jangan pandang sebelah mata tau sebab memang sedap. Menyediakan Ikan Masak Cuka ni lebihkurang sama je macam masak taucu cuma yang ni tak ada taucu.


Saya guna 2 keping ikan tenggiri bersaiz medium. Resipi kata bubuh 1/3 cawan air, saya bubuh 1/2 cawan sebab tak nak la kering sangat. Tapi dah siap masak tak berapa nampak jugak kuahnya pun. Mungkin next time kena lebihkan sikit lagi air dan adjustkan masam, manis dan masin. Kekadang bila masak lauk pauk ni tak boleh nak strict sangat follow resipi, boleh ubahsuai ikut sesedap tangan

IKAN MASAK CUKA
by IzaAkma SSK
source ~ Che Eda



Bahan A :
2 ekor Ikan Tenggiri (saiz kecil) ~ kerat 3 setiap ekor, dibersihkan & toskan
1 sdt Serbuk Kunyit
1/2 sdt Garam

Digaul rata dan perap sekejap
Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat nanti keras
Angkat dan toskan

Bahan B :
1 biji kecil Timun ~ kerat 3, buang empulur & hiris panjang
1 biji Cili Hijau ~ kerat 3, buang biji & hiris panjang
1 biji Cili Merah ~ kerat 3, buang biji & hiris panjang
7 ulas Bawang Merah Kecil ~ belah 2
5 ulas Bawang Putih ~ belah 2
1/2 inci Halia ~ hiris halus
3 sdb Cuka
1 sdt Serbuk Kunyit
1/3 cwn Air
Garam & Gula secukup rasa

Bahan Tumis :
1 btg Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
4 kuntum Bunga Cengkih
3/4 sdt Biji Sawi


Cara :
Panaskan kuali, masukkan 3 sdb minyak
Masukkan biji sawi dan masak sekejap
Kemudian masukkan semua bahan tumis, bawang putih, bawang merah dan halia. Masak hingga bawang layu
Masukkan serbuk kunyit, kacau rata
Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih
Masuk timun dan masak hingga timun lembut sedikit
Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng, kacau rata
Tambah garam secukup rasa dan 1sdb penuh atau secukup rasa gula, masak hingga pekat





1 sweet comments:

Gee® said...

Mengancam..!sedapnyaaa...