0
CHEEZY MILKY BREAD PUDDING

Selalunya gandingan puding roti dengan kuah kastad. Kali ni kita gandingkan dengan cheese menjadikan ia dua lapisan... lapisan roti dan lapisan cheese. Ikut asal dibakar guna kaedah biasa tapi saya guna kaedah waterbath supaya lebih moist. Sebetulnya puding ni kena biarkan betul-betul sejuk baru cantik dipotong tapi sebab dah tak sabar tunggu sejuk... panas lagi dah potong. Makan panas sedap... makan sejuk lagi sedap. Hias atas pula ikut apa yang ada je...

CHEEZY MILKY BREAD PUDDING
by House of SSK
source : Cik Dayang Zuhaila_EasyBakeLab

BAHAN A :
  • 10 - 12 keping Roti 
  • 1 sdb Minyak Sapi  (lebih wangi)
  • 2 cwn Susu Segar
  • 2 sdb Susu Pekat  (optional)
BAHAN B :
  • 250 gm Cream Cheese
  • 1/2 cwn Gula Perang
  • 1 biji Telur (A)
  • Sedikit Esen Vanila
BAHAN C (hiasan) :
  • 5 biji Prune  |  hiris halus

CARA PENYEDIAAN :
❀  Carik-carikkan roti , tuangkan susu... dengan menggunakan whisk gaul atau tekan-tekankan roti hingga serata dengan susu
❀  Masuk susu pekat , kacau sambil tekan roti hingga rata
❀  Masuk butter / minyak sapi , kacau rata
❀  Ketepikan
❀  Sementara itu dalam bekas lain whisk cheese hingga lembut
❀  Masuk telur , gula perang... whisk hingga rata , halus dan tidak bergentel
❀  Masukkan esen vanila , whisk rata
❀  Gris loyang dengan butter / majerin supaya tak lekat... loyang 10 inci atau jika nak puding tinggi guna 8 inci 
❀  Ambil 3/4 bhg hirisan prune masukkan ke dalam adunan roti , gaul rata
❀  Kemudian tuang ke dalam loyang dan ratakan
❀  Lapiskan pula adunan cheese dan ratakan
❀  Hias atas dengan lebihan prune
❀  Bakar secara waterbath suhu 180C 45 minit dengan api bawah + fan
❀  Biarkan betul-betul sejuk baru potong


CATATAN HoSSK :
# minyak sapi boleh ganti dengan butter 
# prune boleh ganti dengan hiasan lain seperti nutella atau yang bersesuaian ikut suka
# jangkamasa membakar 45 - 60 minit atau sehingga masak bergantung pada oven begitu juga suhu
# untuk potongan yang cantik potong bila sudah benar-benar sejuk menggunakan pisau plastik 




0 sweet comments: