0
KEK BUAH KUKUS


Assalamualaikum & Salam Sejahtera serta Salam 12 Syawal 1439H daripada SSK untuk semua pengunjung seleraputeri.blogspot.my

Kek dah selamat habis , baru ada masa entri. Berkira-kira juga awalnya nak buat kek nih. Sebabkan belum pernah cuba tambah lagi sudah tersimpan lama keinginan nak buat , terhasil juga akhirnya. Kek yang moist... makin lama simpan... lagi moist. Buah yang bertabur cantik , tak mendap dan tak begitu manis... manis-manis buah kata orang. Masam-masam prune menyeimbangkan lagi rasa dan menambah sedap serta mewah pada kek. Untuk hasil yang baik sila ikuti tips yang disertakan di bawah. 

KEK BUAH KUKUS
by House of SSK
source : Chef Asma_Uli Uli Aidilfitri RTM

BAHAN A :
  • 250 gm Butter
  • 75 gm Gula Perang
  • 3 biji Telur
  • 1 tsp Esen Vanila
  • 100 gm Buah Prune  |  cicncang halus
  • 350 gm Buah-Buahan Campuran
  • 350 gm Tepung Gandum
  • 1/2 tsp Baking Powder
  • 1/4 tsp Soda Bikarbonat
  • 1/4 tsp Serbuk Kayu Manis
  • 1/2 tbsp Gula Hitam
BAHAN B :
  • 150 gm Gula Pasir

CARA PENYEDIAAN :
❀  Putar butter dan gula perang sehingga berkrim
❀  Masukkan telur , vanila dan gula hitam.. putar sebati
❀  Satukan kesemua bahan kering dan masukkan ke dalam adunan.. adun rata
❀  Masak gula pasir Bahan (B) sehingga kekuningan dan tuangkan ke dalam adunan kek (semasa masih panas)
❀  Adun sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke atas permukaan kek
❀  Kukus selama 4 jam dalam kukusan yang sudah betul-betul mendidih. Jika air kukusan berkurang selama tempoh mengukus.. tambah dengan air panas mendidih
❀  Sejukkan seelok-eloknya semalaman sebelum dipotong


Tips daripada Chef Asma :

** lagi moist dari yang dikukus dalam tupperware 2 jam
** resipi ini untuk 1 loyang 6 in x 6 in x 3.5 in  (nak buh dalam loyang apa pun boleh.. ikut suka tapi jangan guna tupperware plastik.. tak sesuai untuk kukus 4 jam)
** wajib kukus 4 jam.. jangan kurang dari itu
** gula hitam adalah black trackle / golden syrup pun boleh
** tak suka serbuk kayu manis , boleh bubuh serbuk pala atau tak payah bubuh
** nak lagi lembap tambah 1/2 tbsp glycherin
** buah prune wajib bubuh baru sedap





0 sweet comments: