Pulut Durian
MUSIM-MUSIM DURIAN NI, SANA-SINI BERSEPAH ORANG MENJUAL DURIAN. PADA SIAPA YANG HANTU DURIAN TU...INILAH MASANYA MAKAN SAKAN. DURIAN MEMANG SEDAP...TAPI INGAT, DURIAN NI PANAS...BOLEH JADI BAHAYA PADA PENGHIDAP HIPERTENSI JIKA DIMAKAN BERLEBIHAN...
DUA TIGA HARI LEPAS, BILA JALAN-JALAN KAT PASAR MALAM...NAMPAK DURIAN...TERINGIN PULA NAK MAKAN...JADI BELI LAH 3 PEK RM10. LAGI PUN KAMI SATU FAMILY RASANYA DAH LAMA TAK PEKENA DURIAN. HAJAT HATI BELI DURIAN NAK BUAT PENGAT. SAYA DARI KECIL MEMANG TAK MAKAN DURIAN MACAM TU JE...TAK SUKA...TAPI BILA DAH JADI KUIH KE...PENGAT KE...HAA...YANG ITU MAKAN LER...LEBIH-LEBIH LAGI KALAU DAH JADI TEMPOYAK....YANG ITU JANGAN CAKAP LAH...LAGI LER SUKA...HEHEHE...
SEBELUM NI MASAK PENGAT DURIAN MAIN CAMPAK-CAMPAK, IKUT SUKATI SENDIRI SEBAB DAH BIASA TENGOK MAK MASAK SEMUA MAIN LEBUR AJE DALAM PERIUK. TAPI KALI NI SAJA NAK UBAH ANGIN, FOLLOW RESEPI DARI BUKU KOMPILASI MASAKAN DURIAN TERBITAN ALAF 21. TENGOK RESEPI PUN, TERAMATLAH SENANGNYA KAN...
KUAH DURIAN
BAHAN-BAHAN:
500 ML SANTAN PEKAT
200 ML AIR
250 GM GULA MERAH (saya kurangkan sebab tak nak kuah yang gelap sangat)
100 GM GULA KASTOR (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
7 ULAS DURIAN
2 HELAI DAUN PANDAN
CARANYA:
1. MASAK AIR DAN SANTAN DI DALAM PERIUK DI ATAS API SEDERHANA. KACAU SELALU.
2. MASUKKAN DURIAN, GULA MERAH, GULA KASTOR DAN DAUN PANDAN. DIKACAU RATA.
3. MASAK LAGI SEHINGGA MENDIDIH DAN PEKAT ENAK DIHIDANGKAN BERSAMA ROTI MAHUPUN PULUT.
BAHAN PULUT:
500 GM BERAS PULUT - dibersihkan & ditos
600 ML AIR
SEDIKIT GARAM
CARANYA:
MASAK PULUT BERSAMA AIR SEPERTI MASAK NASI DENGAN API SEDERHANA SEHINGGA MASAK.

No comments:
Post a Comment