Kuih Jongkong Durian
Assalamualaikum kepada semua bloggerz dan peminat-peminat dunia masakan seantero dunia yang sudi menjengah SSK. Alhamdulillah bertemu kita lagi pada pagi Isnin ini.
Ok, dalam posting yang lepas saya telah kongsikan dengan resepi pulut durian....hari ini pula saya nak kongsikan pula dengan kuih jongkong durian....sementara musim durian masih ada....saya cubalah mengolah resepi-resepi yang ada dengan menambahkan durian. Mungkin ada yang terkejut kerana kebiasaannya kuih jongkong digandingkan bersama kuah santan tapi yang ini berbeza sikit. Feedback daripada family, secara peribadi....rasanya sedap....ada kelainan....tapi setiap orang kan punya rasa tersendiri....terpulang lah pada selera masing-masing.

KUIH JONGKONG DURIAN
Bahan-Bahan:
120 gm tepung jagung
2 camca besar tepung beras
100 gm gula pasir (boleh kurangkan)
4 cawan air*
10 helai daun pandan*
secubit garam
Kuah:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan isi durian
Gula merah & Gula pasir secukup rasa
Secubit garam
Caranya:Bahan-Bahan:
120 gm tepung jagung
2 camca besar tepung beras
100 gm gula pasir (boleh kurangkan)
4 cawan air*
10 helai daun pandan*
secubit garam
Kuah:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan isi durian
Gula merah & Gula pasir secukup rasa
Secubit garam
- Untuk Kuih: Kisar bahan bertanda * dan ditapis. Kemudian satukan dengan tepung jagung dan tepung beras, kacau dengan menggunakan whisk tangan (supaya tidak berbiji-biji).
- Masukkan garam dan gula, jerangkan di atas api. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan agak pekat dan elok masaknya.
- Tuangkan sdunan ke dalam bekas yang disukai dan biarkan adunan sejuk dan mengeras.
- Untuk Kuah: Kisar isi durian bersama air sehingga halus.
- Satukan dengan santan, daun pandan, garam dan gula, jerangkan di atas api sehingga mendidih.
- Sejukkan dan hidangkan bersama kuih tadi. Enak dimakan dingin.
No comments:
Post a Comment