Kuih Lopes
Kuih lopes sedap tapi jarang dapat buat sebab susah nak dapat daun pisang. Bukan tak ada jual....ada....tapi dulu pernah sekali beli....balik umah saya basuh daun pisang tu sebab tak berapa yakin kebersihannya. Tau tak apa jadi....bila dibasuh keluar kesan dan tompok-tompok minyak daripada daun tu....apalagi saya buang je terus dalam tong sampah. Tak bertanggungjawab betul si penjual tu...hanya nak untung sendiri tanpa memikirkan pembeli. Mungkin minyak tu adalah kesan dari asap kenderaan yang lalu-lalang di mana daun tu diambil....kemungkinan juga dari pokok-pokok pisang di tepi-tepi jalan. Sejak itu saya dah tak mo dah beli daun pisang yang dijual mahupun kuih-kuih yang berbungkus daun pisang....bahaya tu beb....bayangkan kalau kuih yang kita makan guna daun seperti itu....bermakna kita termakan sekali dengan molekul-molekul yang tak diingini....memberi kesan buruk pada tubuh badan dan kesihatan kita. Oleh itu berhati-hatilah pabila membeli daun pisang....belilah hanya dari penjual yang boleh dipercayai atau nak senang tanam je pokok pisang belakang umah...dah tentu-tentu terjamin bersih.
Oklah berbalik pada cerita kuih lopes ni. Saya lebih suka lopes yang berbalut daun sebab lebih wangi dan beraroma....kebetulan minggu lepas balik kampung...tu yang hangkut daun pisang balik sini. Resepi asal dari Myr....tapi saya dah adjust sikit ikut kesesuaian bahan yang ada dan cara menyediakannya. Seedapp lopes ni....lembut je....bulan puasa nanti boleh buat lagi sebab sejak kecil lagi lopes menjadi kemestian saya semasa berbuka....begitu juga dengan anak-anak dan suami...turut gemarkan kuih lopes....salah satu kuih tradisi yang sememangnya enak.
Caranya:
Oklah berbalik pada cerita kuih lopes ni. Saya lebih suka lopes yang berbalut daun sebab lebih wangi dan beraroma....kebetulan minggu lepas balik kampung...tu yang hangkut daun pisang balik sini. Resepi asal dari Myr....tapi saya dah adjust sikit ikut kesesuaian bahan yang ada dan cara menyediakannya. Seedapp lopes ni....lembut je....bulan puasa nanti boleh buat lagi sebab sejak kecil lagi lopes menjadi kemestian saya semasa berbuka....begitu juga dengan anak-anak dan suami...turut gemarkan kuih lopes....salah satu kuih tradisi yang sememangnya enak.
KUIH LOPES
Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
1 cawan santan kotak
2 cawan air
1 cawan air pandan
1 1/2 tsp air kapur
3/4 tsp garam
3/4 tsp garam
Beberapa titik pewarna hijau
Daun pisang secukupnya
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
Sirap:
1 cawan gula merah
2 sdb gula pasir (kalau nak lebih manis, tambah lagi)
3 cawan air
- Cuci beras pulut dan rendam dengan air selama 20 minit. Selepas 20 minit toskan airnya.
- Kisar daun pandan bersama 1 cawan air dan tapiskan airnya.
- Satukan beras pulut, santan, air, air pandan, garam, air kapur dan pewarna hijau dalam periuk. Tanak di atas api seperti memasak nasi.
- Setelah air hampir kering, kecilkan api dan tutupkan periuk. Semasa peringkat ini, pulut hendaklah sentiasa dikacau dan dibalik-balikkan. Tambah kan sedikit air jika ada pulut yang masih belum lembut. Tutup kembali periuk setiap kali selepas dikacau. Lakukan proses ini beberapa kali sehingga pulut benar-benar masak dan lembut.
- Setelah suam-suam, sediakan daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu (2 lapisan untuk setiap roll). Letakkan pulut atas daun, mampatkan dan gulung ketat-ketat. Ikat setiap hujung dengan tali rafia. Tak perlu direbus lagi. Biarkan betul-betul sejuk. Untuk resepi ini saya dapat 2 roll.
- Untuk sirap: Satukan semua bahan sirap dalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Bila dah didih, kecilkan api dan masaklah megikut kepekatan yang anda suka. Bila dah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
Nota: Gunakan benang untuk lebih mudah memotong dan juga supaya bentuknya tidak berubah.
No comments:
Post a Comment