Trifle Choco Cream-O
Assalamualaikum semua.
Trifle, merupakan pencuci mulut orang Inggeris abad ke-18 yang merupakan kastard yang dilapis dengan kek dan buah-buahan. Kek span atau jejari biskut disapu dengan jem, dibubuh di dalam mangkuk kaca, direnjis dengan arak dan dilapis dengan buah-buahan dan kastard lebih lemak.
Saya ambil gambaran definisi trifle di atas untuk menghasilkan trifle in my own version, yang mana penggunaan kek span saya gantikan dengan pecahan biskut....then dilapisi dengan kastard dan coklat.
Caranya:
Untuk Kastard:

Bahan-Bahan:
Biskut Cream-O, dipecahkan kasar-kasar
Buah pic dalam tin, dipotong dadu besar
Buah anggur, dibelah dua
(kuantiti biskut dan buah-buahan terpulang banyak mana yang anda suka)
Bahan Kastard;
420 ml susu segar
200 ml susu cair
80 ml jus pic
4 sudu makan tepung kastad
80 gm gula kastor (siapa nak lebih manis, sila tambah)
1 sudu makan esen vanilla
Secubit garam, untuk menambah rasa lemak
Bahan Krim Coklat:
150 ml susu cair
100 gm choc chips
15 gm gula kastor
5 gm(1 sudu kecil) tepung jagung

- Masak susu segar dan jus pic dalam periuk non stock dengan api perlahan.
- Sementara itu, adun susu cair bersama tepung kastad di dalam mangkuk. Bila susu dah agak panas (bukan mendidih) masukkan bancuhan kastad. Kacau sentiasa hingga kastad jadi sedikit pekat.
- Masukkan gula dan kacau lagi. Bila dah agak pekat matikan api.
- Panaskan susu cair. Bila dah panas masukkan choc chips, kacau sehingga choc chip cair dan larut semuanya menggunakan api kecil. Masukkan tepung jagung dan gula kastor. Campuran ini hendaklah sentiasa dikacau sehingga ia menjadi agak-agak pekat.
- Taburkan pecahan biskut di dasarnya. Renjiskan dengan sedikit jus pic dan taburkan dengan buah-buahan. Kenudian tuangkan kastard diikuti dengan krim coklat. Ulang semula proses ini hingga habis, ikut berapa lapisan yang anda suka.
No comments:
Post a Comment