Luxurious Choco Moist Cheezy Cake
Kombinasi kek coklat moist dengan lapisan cheese yang paling enak dan sungguh sedap, mewah dengan rasa coklat. For chocolate lovers pastikan tidak ketinggalan mencuba resepi ini. Bila dah berdepan dengan kek ini, sesiapa jua pasti akan tergoda....tak kan ada yang berani kata tidak dan tak kan ada siapa yang dapat lari lagi....
Actually saya bertemu dengan kek ini bila blogwalking ke myluvlykitchen. Lalu saya mendapat ilham untuk menggabungkan kek coklat daripada sini, lapisan cheesenya pula daripada sini manakala toppingnya daripada sini. Untuk kek coklat saya lakukan pengubahsuaian sikit dengan memasukkan tepung aiskrim. Mai la cuba....pasti tak nyesal....Saya tak reti lah macam mana nak describe lagi pasal kek ini sememangnya marvellous!!!.
Luxurious Choco Moist Cheezy Cake
Bahan Untuk Kek Coklat :
- 1 cawan serbuk koko [diayak]
- 3/4 cawan gula halus
- 250 gm butter
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan susu pekat
- 135 gm tepung gandum [diayak 2 kali]
- 30 gm vanilla ice-cream powder
- 1 tsp soda bikarbonat
- 3 biji telur
Bahan Untuk Lapisan Cheese :
- 250 gm cream cheese
- 100 gm coklat masakan putih
- 2 biji telur A
- 30 gm tepung gandum/superfine
Caranya :
- Cara Untuk Kek: Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula kedalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan. Pukul telur tak payah sampai kembang. Masukkan adunan coklat tadi dan gaul rata. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula. Ketepikan.
- Untuk Lapisan Cheese: Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu. Bahagikan kepada dua bahagian.
- Cara Melapis: Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Masukkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan dengan sedikit butter. Kukus selama 15-20 minit. Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15-20 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
- Setelah sejuk, keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache resepi dibawah atau resepi pilihan anda masing-masing.
Chocolate Topping
Bahan-Bahan :
- 250 gm coklat masakan
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu kecil susu cair [saya buat 2 sudu besar sebab topping ni pekat sikit]
Cara Untuk Topping :
- Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
- Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau lagi.
- Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan
Vanilla Ice-Cream Powder
Atas permintaan pengunjung yang bertanyakan vanilla ice-cream powder.....inilah diaa.
Ianya berwarna putih dan ringan seakan coffeemate. Apa yang saya tahu, selain vanilla terdapat juga ice-cream powder dengan perasa coklat dan strawberi. Di KL ni puas saya cari tapi hanya berjumpa dengan ice-cream powder yang vanilla@putih ni jer.....kalau jumpa laa yang coklat lagi sedap kann.....
Jangan pulak pi cari kat pasaraya tauu.....memang tak akan jumpa kerana ia hanya boleh didapati di kedai-kedai menjual barangan bakery saja. Kalau nak tahu, ice-cream powder ni juga banyak digunakan dalam pembuatan kek lapis sarawak. Jika sukar sangat mendapatkannya boleh gunakan coffeemate/horlicks sebagai alternatif. Harap penjelasan ini dapat membantu.
-----------------------------------------
Testimoni oleh rakan yang telah mencuba :
ANNA

6 comments:
bestnya..
nak tanya camna rupa vanilla ice cream powder tu?
Hamizah,
ice cream powder ni rupanya putih seperti coffeemate...ia biasa digunakan dalam pembuatan kek lapis sarawak...hanya boleh didapati dikedai menjual bahan2 bakery saja...
kek ni mmg sedap, moist jer...
btw, tkasih singgah SSK...
Salam kakak....bila nak masukkan vanilla ice cream powder tu...thx
Anonymous,
oopps sorry....
btw akak da update ya...
terpaksa kak selongkar petiais cari ice-cream powder.....hihi...
salam..
minta izin copy n paste..nk try buatla..mesti sedap...
recSalam kak,minta izin salin resipi.nak try buat
Post a Comment