Kek Lapis Watermelon Cheese
Diam tak diam lama juga rasanya tak membuat kek lapis. Kalau ditinggalkan terus mahu hilang agaknya skill melapis. Sesekali kena juga buat kek lapis sebab membuat kek lapis memerlukan kebiasaan selain menuntut kesabaran yang tinggi. Lagipun membuat kek lapis sekadar lapisan begini tidaklah sesukar mana berbanding kek lapis bercorak kerana ianya lebih kepada kreativiti. Walaupun kek yang bercorak tu lebih cantik tapi ramai yang mengakui bahawa kek lapis biasa lebih sedap kerana boleh dipelbagaikan dengan menambah aneka perisa.
KEK LAPIS WATERMELON CHEESE
Bahan-Bahan:(8"x8")
10 biji telur (A)
150 gm gula kastor
2 gelas (180-200gm)tepung Hong Kong
1 sudu makan ovalet
100 gm tepung aiskrim
450 gm butter
1 tin kecil susu pekat manis
250 gm cream cheese
chocolate chips secukupnya
Caranya:
- Satukan telur, gula, tepung Hong Kong, tepung aiskrim dan ovalet. Pukul dengan mixer dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
- Sementara itu, butter, susu dan cream cheese dipukul dalam bekas lain hingga putih.
- Kemudian satukan kedua-dua adunan, kaup balik dan gaul rata hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian:
-bahagian 1- asingkan 15 sudu makan adunan dan warnakan dengan warna hijau
-bahagian 2- asingkan 10 sudu makan adunan dan dibiarkan plain
-bahagian 3- selebihnya warnakan dengan warna merah - Menggunakan 5 sudu makan untuk setiap lapisan, mulakan dengan lapisan hijau...ratakan dan bakar. Setelah tiga lapisan hijau, ratakan pula dengan lapisan plain(2x). Selebihnya teruskan dengan lapisan merah. Tabur setiap lapisan merah dengan coklat cips sebelum membakar. Lakukan sehingga habis adunan digunakan.
5 comments:
wahhh..cantiknya kek lapis tu....
sangat menarik..
Akma
kek ni santek arr, berkenan arr akak!
look very nice, teringin sgt nk try..tggu blik kg nt...
assalam kak...wah menarik la...cantik! sayang lak nk mkn cantik mcm ni..buat kek lapis ni memang guna byk telur yer...tu sebab mkn sedap jer.
Memang class Kek ni, cantik dan nayabas, bukan keje senang ni.
Post a Comment