Chocolate Chip Sour Cream Marble Cake
Assalamualaikum...
Resepi kek marble yang satu ni dah lama terperap dalam simpanan. Resepi diambil masa menyelongkar blog Honey Bee Sweet. Hampir semua komentar memberi komen tentang kesedapan kek ini.....membuatkan saya teruja untuk mencuba.
Masa membuat kek ni, saya fikirkan ada something wrong kat mana-mana sebab adunan memang pekat semasa tepung dimasukkan. Dalam hati ingat dah tak jadi dah.....tapi teruskan juga. Tak sangka, rupa-rupanya it turned out fabulously. Walaupun bahagian luarnya kelihatan agak garing namun bahagian dalamnya lembut and yummyy.....terasa coklatnya lebih-lebih lagi bila tergigit cip coklatnya.
Dah siap adun, saya bahagikan kepada tiga bahagian.....plain, coklat dan satu lagi ditambah dengan perisa tiramisu.....saja nak try tiramisu paste yang baru dibeli hari tu. Masa sedang dibakar.....waduhh, bukan main lagi semerbak satu umah.....harum sesangat.....mungkin bau tiramisu tu kot. Dek tergoda dengan baunya yang wangi tu, kek belum sempat pun sejuk.....masih suam-suam, dah dipotong....kes tak sabar nak rasa keenakannya. Dah alang-alang potong apalagi teruslah ambil foto.
Thank you Honey Bee for sharing this recipe!
Thank you Honey Bee for sharing this recipe!
CHOCOLATE CHIP SOUR CREAM MARBLE CAKEsource : Honey Bee Sweetsharing : Iza Akma SSKBahan-Bahan :Coklat Pes3 tbsp serbuk koko3 tbsp air panasAdunan Kek1 cawan (250g) butter2 cawan (450g) gula kastor (kurangkan menjadi 350g)4 biji telur (large size)2 1/2 tsp esen vanila1 1/2 cawan (210g) sour cream3 cawan (420g) tepung gandum2 3/4 tsp baking powder1/4 tsp soda bikarbonat1/2 tsp garam >sy masukkan secubit jer100 gm coklat cips
Caranya :
❀ Terlebih dahulu panaskan oven pada suhu 180C. Alas dan griskan loyang.❀ Dalam bekas kecil, satukan serbuk koko dengan air panas. Kacau rata hingga jadi pes.❀ Dalam bekas adunan, pukul butter dan gula kastor hingga kembang dan putih.
❀ Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati.
❀ Masukkan esen vanilla, pukul lagi adunan hingga kelihatan kembang.
❀ Kemudian masukkan sour cream, pukul sekejap sekadar rata.❀ Masukkan tepung, baking powder, baking soda dan garam. Kaupbalik adunan hingga sebati.
❀ Akhir sekali, masukkan coklat cips dan kacau adunan hingga rata..❀ Asingkan 1/3 adunan dan campurkan dengan coklat pes.❀ Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan corakkan ikut suka.❀ Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak.....bergantung pada oven masing-masing. Jika bahagian atasnya terlalu cepat perang, tutup dengan aluminium foil.....biarkan sehingga masak.❀ Bila dah masak, keluarkan daripada oven. Sejukkan atas redai untuk 15 minit, keluarkan daripada loyang dan biarkan kek menyejuk sebelum dipotong.
Selamat Mencuba!!
It's so marvellous...!! crisp di luar, lembutt di dalam..... |
No comments:
Post a Comment