Yogurt Steamed Cupcakes
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari yang penuh barakah.....hari agung kepada umat Islam. Hari yang sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tiada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.
Jumaat adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya :
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Petang semalam buat kedua kalinya mencuba apam ni.....setelah percubaan pertama bantat. Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam tu sedangkan dah ikut betul-betul arahan resepi. Tak puas hati saya pun refer pada blog-blog seberang nun tentang cara mengadunnya. Jadi kali kedua ni, saya ubah sikit caranya dan alhamdulillah menjadi.....tak ada satu yang bantat. Kali ni kejadiannya gebus dan lembut sekali. Kebetulan pulak dalam petisejuk ada inti kelapa lebihan buat kuih ketayap hari tu.....bubuh sekali sebagai filling.....memang sedap. Jom semak resepi.
YOGURT STEAMED CUPCAKESsource : AnnaQawinasharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
2 cawan gula castor >sy buat 150gm
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko *optional
1 sdt pes coklat *optional
pewarna kesukaan *optional
Caranya :
❀ Campur semua bahan di atas dalam mixer kecuali serbuk koko/pes coklat /pewarna.
❀ Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
❀ Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
❀ Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat (pewarna), gaul sebati.
❀ Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, (hampir penuh pun takpe..) sudukan sedikit adunan coklat/bewarna atasnya.
❀ Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
❀ Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
Nota :
**Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengan bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**
**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**
Cara Iza Akma
Telur dan ovalet dipukul hingga kelihatan berbuih dan separuh kembang.
Masukkan gula dan teruskan pukul hingga betul-betul kembang.
Satukan tepung dan double acting baking powder, masukkan dalam adunan telur berselang-seli dengan yogurt sambil terus dipukul hingga sebati.
Step yang lain sama seperti di atas.
5 comments:
Memang cantik menawan...gabungan warna kuning dan putih...serasi sgt...
Assalam iza,
lamanyaaaaa akak tak kemari..rinduuuunyaaaaa...gambar2 iza semakin mengancam lah!!!! cantik !!! akak suka setting2nya tu..macam dalam magazine masak2 tau..well done girl..apam yogurt ni belum ada chance nak cuba lagi..tapi rasa2nya dah ramai yang dah cuba akak tengok ..mesti sedap nikan ada macam apam makoke (apam eno)tak iza?..masam2 gitu....oh ya akak dah 2x send add friend kat fb ..pertama kali rasa2nya iza tak perasan kot...heheh so 2nd time akak ada sent again..hehe
Cik Cek,
permintaan anak2 kak cek...kalau ikutkan mcm2 kaler diorang soh letak..hehehe
Ayu,
Tq kak...bila bosan tangan ni mulalah duk gatai main2 dgn blog...hehheh...A'ah apam ni dah ramai yg buat semuanya cun melecun meriah dgn mcm2 kaler lg...geram, tu yg iza buat. Rasanya sedap lemak2 tak masam pun kak...pendek kata kalau org yg makan kita tak bagitau ada yogurt mmg diorang tak tau...iza pun ada cari kak ayu dlm fb tp tak pasti nama kak ayu...owh ya...tak per nnt iza check balik...btw tkasih kak ayu add iza as friend...
Assalam Iza, kiranya mcm kuih apam la ni? nmpk mekar dan sedap je...
Post a Comment