Hari Arafah, Korban & Salam Aidiladha.....
Assalamualaikum...
Dianggarkan kira-kira 2.5 juta jemaah kini berhimpun di Makkah tahun ini. Masjidil Haram yg terletak di tengah Makkah tempat jemaah bersolat dan melakukan tawaf di Kaabah meliputi kawasan seluas 368,000 meter persegi mampu memuatkan lebih 1.5 juta orang. Kaabah terletak di atas tapak marmar di bina daripada granit dan mempunyai pintu diperbuat daripada 280 kg emas tulen. Kain kiswah yang membaluti Kaabah ditukar setiap tahun. Ia dihiasi ayat Al-Quran yang ditulis dengan benang emas dan perak seberat 150 kg.
Esok 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H adalah harinya berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari 5 petang hingga 10.39 malam. Wukuf adalah waktu bilamana ketujuh-tujuh syurga di buka, bilamana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling afdal dalam setahun untuk berdoa dan bersembahyang. Marilah kita manfaatkan waktu beberapa jam ini untuk memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, bertaubat dengan sesungguh hati dan penuh pengharapan. Wallahua'alam...
Esok 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H adalah harinya berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari 5 petang hingga 10.39 malam. Wukuf adalah waktu bilamana ketujuh-tujuh syurga di buka, bilamana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling afdal dalam setahun untuk berdoa dan bersembahyang. Marilah kita manfaatkan waktu beberapa jam ini untuk memanjatkan doa ke hadrat Ilahi, bertaubat dengan sesungguh hati dan penuh pengharapan. Wallahua'alam...
Wukuf di padang Arafah merupakan puncak pelaksanaan ibadah haji bagi setiap umat muslim.
Kelebihan wukuf atau disebut juga Hari Arafah, Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri di Padang Arafah dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya ialah Aidiladha, hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam dengan menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W., “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.
Begitu juga amalan yang paling afdal di sisi Allah SWT seperti berjihad pada jalan Allah SWT tidak akan dapat meraih ganjaran istimewa sepuluh hari Zulhijah itu melainkan apabila seseorang Muslim itu tercedera atau mati syahid atau kudanya mati dalam medan peperangan.
Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,
Bagi umat Islam yang tidak berwukuf, mereka di galak mengerjakan korban. Di antara hikmah dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :
- Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s. sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah S.A.W bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah S.A.W. menjawab dengan sabdanya maksudnya : “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.
- Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
- Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
- Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah S.W.T
Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya:
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidiladha, selamat mengerjakan ibadat korban dan bagi yang sedang mengerjakan ibadat haji semoga selamat menyempurnakan segala tuntutan dan pulang ke tanah air dengan Haji Mabrur.
4 comments:
Assalam kak Iza Akma, apa khabar? lama tak singgah sini..menarik info ni tq sharing kak...salam aidiladha juga buat akak sekeluarga:)
salam aidil adha
Salam Iza,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
salam aidiladha.. :)
Post a Comment