Lopes Sagu Ubi Kayu
Assalamualaikum...
Selalunya jika sebut lopes akan terbayang lah kuih lopes daripada beras pulut yang lazimnya berwarna hijau bersalut kelapa parut dan dimakan bersama sirap gula melaka.....memang sedap dijamu sebagai hidangan di kala petang mahupun sebagai juadah sajian berbuka apabila bulan puasa. Untuk n3 kali ini saya nak share dengan anda semua sejenis lopes juga yang diadun daripada campuran ubi parut dengan sagu. Lopes ni saya buat untuk minum petang semalam.....tak sangka pula dapat sambutan daripada anak-anak.
Pada saya, paduan ubikayu bersama sagu, serasi sangat.....menghasilkan tekstur yang kenyal-kenyal.....disalut dengan kelapa parut yang lemak-lemak.....disirami pula sirap gula melaka yang pekat manis.....aduhhh.....sedap tak terkata. Untuk resepi yang sedap ni, saya kongsikan resepinya di sini. Pada peminat kuih-kuih berasaskan ubikayu, jangan lupa mencuba......
LOPES SAGU UBI KAYU(by Puan Yon Abu Bakar)source : Iza Akma SSK
Bahan A :
900 gm ubikayu
60 gm gula pasir
3 sudu besar tepung ubi
600 ml santan pekat
100 gm sagu biji
pewarna merah, kuning, hijau/warna pilihan
Bahan B : (sirap gula melaka)
250 gm gula melaka
300 ml air
70 gm gula pasir
2 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (putih saja)
digaul dengan sedikit garam
Caranya :
❀ Buang kulit ubi dan parut. Kemudian perah airnya dan ketepikan.
❀ Masak air secukupnya di dalam periuk hingga mendidih.
❀ Rendam sagu sebentar dan toskan. Masukkan ke dalam air mendidih tadi, kacau hingga masak. Angkat dan tapis sagu dan siram air sejuk supaya tidak melekat.
❀ Satukan bahan A dan digaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.
❀ Kukus setiap bahagian warna sehingga menjadi tiga lapisan selama 20 minit dengan api yang kuat.
❀ Apabila sejuk, dipotong dan digaul kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
❀ Untuk menyediakan sirap gula melaka, satukan bahan B dan masak sehingga gula larut.
❀ Hidangkan lopes dengan sirap gula melaka.
6 comments:
aduh kecuq ayaq liuq
AS-SALAM
cantik warna lopes sagu ubi tu kak..1st time dgr lopes macam ni..
sedapnyaaa....terlior
Mak aiii..Cun nya lopes.. Kaler2 lagi..
Assalam iza,
cantik kuih iza ni..tadi akak singgah kat dapur nazrah itu yang akak kemari pula..memang nampak lain dari yang lain kuih ni ya..dah tentu sedap kan iza..bolehlah masuk list ni..
nmpk sedap dan menarik..terliur lak..hihi
Post a Comment