Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kini bersiaran kembali. Biasa lah time cuti sekolah begini ramai ibu bapa membawa anak-anak cuti-cuti Malaysia. Tuan rumah sefamili pun turut sama bercuti melarikan diri dari hiruk pikuk kota yang merimaskan. Kali ni percutian kami dekat je.....belah utara nun. Sambil-sambil bercuti santai tu, tak lupa juga singgah Kedai Peralatan Bakery Noor Indah kat Kepala Batas. Masuk yang ini dah tiga empat kali dah.....ya lah kalau dah minat masak tu mana pergi pun kalau jumpa kedai–kedai macam ni mesti nak singgah.....mana tau kot-kot jumpa lain dari yang lain.
Di Noor Indah, memang banyak koleksi loyang.....pelbagai bentuk ada.....daripada loyang roti, loyang bulat, square hinggalah bentuk angka, kepala mickey mouse, gitar, loceng, kunci, kereta.....fuhh.....semua cantik-cantik. Memang giler sakan lah siapa yang first time datang.....silap haribulan habis borong satu kedai.....heheheh.
Bukan takat itu jer.....acuan bingka kemboja pecah lapan, bahulu, tart dan banyak lagi lah. Itu belum lagi masuk acuan cookies. Pada yang suka buat koleksi acuan cookies.....haaa, kat sini berlambak-lambak.....macam-macam corak ada.....pilih jer mana yang berkenan di hati.....loyang cutter pun ada juga. Tapikan bila dah banyak berderet depan mata, boleh rambang jadinya sampai tak tahu nak pilih yang mana.....kehkehkeh.....
Macam saya lah pertama kali sampai situ dulu.....mak aii.....berpinar mata den.....masuk kedua ketiga kurang lah sikit. Harga nya pun sikit murah jika dibandingkan dengan KL. Dah alang-alang sampai sana, borong lah.....kalau tak beli nanti tiba di rumah terbayang-bayang la pulak.....sebab ada sesetengahnya susah nak dapat kat KL.
Okay berbalik pada n3. N3 hari ini sempoi jer. Lauk ni saya masak sebagai lauk tambahan untuk makan malam sebelum bercuti hari tu. Masaknya pun cukup senang seperti masak ayam goreng kunyit.....cuma goreng-goreng.....dah siap. Walau sempoi tapi sedap tauu.....
Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken
source : tulip77@My Resepi
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
3 keping isi ayam, potong saiz kecil2
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar sos ikan
3 batang serai - ketuk
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong
Cara Memasak :
❀ Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.❀ Lepas 5 minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan-bahan lain. Gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.❀ Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.
2 comments:
Aduh jelas la dengar crita pasal kedai tu.Ayam pun nampak sedap ni.Kita dah bawa nasi panas nak makan dgn ayam ni.
dah lama simpan resepi ni tak buat2 gak lagi :)
Post a Comment