CUTI-CUTI (Part 1) : HOMESTAY PERLIS DE PALMA, KUALA PERLIS
.... السلام عليكم
Boleh dikatakan hampir 99% isi entri SSK berkisar makanan. Teramat jarang sekali dan tak pernah rasanya iza bercerita kongsikan pengalaman percutian keluarga di blog ini. Kali ini terbuka hati untuk menyisipkan serba sedikit cerita berserta sebahagian foto yang sempat dirakamkan masa percutian baru-baru ni.
Khamis, 29hb. November 2012
Jam 9 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke utara dengan dua kereta. On the way tu, kami singgah di R&R Sungai Perak, minum-minum dan R&R Gurun untuk makan tengahari. Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca baik. Selepas 6 jam perjalanan, kami pun selamat sampai di Kuala Perlis. Panas betul cuaca tika tu....bahang panasnya tak sama macam kat KL.
Jadi sementara menunggu penjaga homestay tu datang....kami singgah ke satu gerai membasahkan tekak yang dah kering. Lepas hampir sejam, orang tu pun sampai dan dia pandu kami menuju ke homestay. Lokasi homestay tu kalau tak silap di Kg. Sanglang lebih kurang 15-20 minit daripada terminal feri Kuala Perlis. Perjalanan menuju ke situ bertepikan laut selat melaka.
Ruang tamu yang cukup luas dan selesa dengan air-cond.
Dilengkapi dengan segala kemudahan homestay seperti mesin basuh, peti ais, cerek elektrik,
televisyen dan dapur pada mereka yang ingin memasak.
televisyen dan dapur pada mereka yang ingin memasak.
Mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 katil queen size, 2 bilik air serta 1 tempat wudhu khas.
Setiap bilik dilengkapi kipas. Turut disediakan juga sejadah, selimut, bantal, tilam dan toto tambahan.
Yang lain-lain tu macam tuala, sabun mandi dan ubat gigi, sendiri bawa lah ya....
Setiap bilik dilengkapi kipas. Turut disediakan juga sejadah, selimut, bantal, tilam dan toto tambahan.
Yang lain-lain tu macam tuala, sabun mandi dan ubat gigi, sendiri bawa lah ya....
Sesampainya di homestay....Waauuu!! Terpaku sejenak, terpesona dengan pemandangan sekitar. Walau cuma pemandangan kampung namun teramatlah indahnya sebab bungalow tu dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau. First time dapat homestay tengah bendang u....tentu lah excitednya terlebih sikit....hihihi.
Selama ni selalu jugak duk fikir macam manalah rasanya kalau rumah tengah-tengah sawah....nak jugak rasa. Akhirnya bagai pucuk dicita....dapat jua merasai suasana seperti itu....tenang, aman, nyaman....Memang seronok dan suka sangat-sangat....jauh dari hiruk-pikuk kota yang membingitkan.
Petang tu masing-masing dah keletihan....kami tak dan nak kemana pun. Cadangan awalnya petang nak ke Padang Besar. Tapi kami diberitahu yang Padang Besar tutup jam 6 dan perjalanan dari homestay ke situ pulak mengambil masa sejam. Masa tu jam dah 4.30 ptg....terpaksa kami batalkan sebab memang tak sempat dah pun. Jadi kami habiskan masa petang tu bersantai-santaian menghirup udara segar sambil-sambil merakamkan panorama keindahan alam yang mencuri perhatian.
Lepas solat maghrib, kami keluar cari makan malam. Kami makan malam di Komalaut, tak jauh dari jeti. Tak susah pun mencari Komalaut ni sebab masa sampai petang tadi ada lalu dan dah nampak tempat ni yang letaknya hanya tepi jalan jer. Kat situ pelbagai macam pilihan seafood ada....cuma siapkan RM dan pilih saja mana yang berkenan. Harganya kira berpatutan jugaklah dan agak murah berbanding KL.
Tengah sedap-sedap makan....hujan pulak turun mencurah-curah....terpaksalah kami terus duduk di situ sementara menunggu hujan sedikit reda. Dah reda kami gerak pulang. Malamnya kami semua beradu awal kerana esoknya kami akan ke destinasi kembara seterusnya....Langkawi.
5 comments:
slmt dtg ke negeri perlis :)
suka dengan pemandangan sekitar homestay tu...
wow memang cantik la homestay ni. akak yg dok kedah ni pun tak tau ada homestay secantik tu. mmg cuaca kat kedah panas membahang.
Nice view..cantik dan tenang sgt nampak. Exactly location mana ye..teringin pula nak ke sana..
Boleh sy dapatkan detail homestay ni..
@Izwanidris Muhamad
Mmg cantik view di sini. Untuk detail homestay ni, saudara Izwan boleh klik pada word De Palma Homestay Perlis pada entri(tulisan warna kuning, bawah gambar yg mula2 tu)...sy dh linkkan di situ...lokasi, kadar sewa serta no telefon semuanya boleh di dapati di blog tersebut.
Post a Comment