PUDING TAPAI UBIKAYU
.... السلام عليكم
Lama tak ke udara. Terima kasih pada yang email dan inbox message bertanyakan khabar, bertanyakan ke mana lama menghilang. Iza alhamdulillah sihat. Tak menghilang ke mana pun....ada di sini. Cuma dalam dua minggu ketiadaan entri baru, biasalah cuti sekolah....penuhi masa dan peluang yang ada bercuti jalan-jalan makan angin bersama keluarga.
Ok lah, berbalik cerita dessert ni. Iza buat puding ni sebelum start bercuti dua minggu lepas. Kiranya entri tertunggak lah ni. Memandangkan resepi ni pun dah agak lama iza simpan jadi masa beli tapai ubi tu, memang iza lebihkan sebab dah plan nak buat juga puding ni. Selepas buat Pankek Tapai Ubi dengan Kek Marble Tapai, lebihannya tu buat puding. Akhirnya, dapat jua merasai sendiri keenakan puding tapai ubi ni seperti yang diwar-warkan oleh siapa yang dah mencubanya.
Resepi asalnya daripada Kak Ummi tapi iza follow olahan oleh AlongRoz. Masa iza buat puding ni, buah koktel pulak tak ada. Jadi nak tak nak terpaksa iza gantikan dengan nata de coco sebab itu jer yang ada....kira boleh lah kan daripada takde langsung. Nata de coco tu pulak putih....jadi kena fikirkan something untuk naikkan seri warna puding ni agar tak lah pucat sangat.
Jadi iza olahkan lagi dengan menambahkan sagu yang diwarnakan merah di atas puding sewaktu menghidang biar tampak lagi lebih manis berseri giteww. Sementara untuk sos kastadnya pula, iza tak bubuh telur seperti resepi asal Kak Ummi tapi iza tambahkan sedikit tepung kastad.
Memang Sedap!! Tak sia-sia mencuba. Puding ni kalau nak tau....rasa macam aiskrim pun ada jugak tau.
Tq to both of you, kak Ummi & Along... :)
PUDING TAPAI UBIKAYU
source : Iza Akma SSK
1/2 cwn gula
500 ml susu segar
1 biji telur (B)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar pes pandan
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin pengisar, kisar halus.
Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik dan kemudian dalam petisejuk.
50 gm sagu biji kecil
15 gm gula kastor
1/4 sudu teh pewarna merah
Gaulkan sagu dengan gula, air dan pewarna merah.
Rendam selama 10 minit.
Kukus 10 minit.
source : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
6 ketul (250gm) tapai ubi - buang empulur tengahnya 1/2 cwn gula
500 ml susu segar
1 biji telur (B)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar pes pandan
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin pengisar, kisar halus.
Masukkan ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik dan kemudian dalam petisejuk.
Bahan Sagu Merah :
100 ml air50 gm sagu biji kecil
15 gm gula kastor
1/4 sudu teh pewarna merah
Gaulkan sagu dengan gula, air dan pewarna merah.
Rendam selama 10 minit.
Kukus 10 minit.
Bahan Untuk Sos Kastad :
1 tin susu sejat1/2 cwn gula
1 cwn air
1 helai daun pandan
1 sudu teh esen vanila
10 gm tepung kastad
Campur semua bahan dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Sejukkan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.
Cara Penyediaan :
Sediakan puding yang telah siap dikukus.Masukkan 1 sudu besar sagu di atasnya dan juga buah-buahan campuran.
Tuangkan sos kastad di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan. Lebih enak dihidangkan sejuk.
3 comments:
alahai sedapnya, kita suka puding cam ni..
Cantiknya... terliur pulak tengok lama-lama!
Gambo mmg cun giler....! TQ sudi tag & credit Along. Puding ni mmg sedap sangat2, siapa yg belum cuba mmg tak tau...hehe
Post a Comment