OREO CHOCOCHIP COOKIES
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Hari ini merupakan hari Isnin yang agak sibuk. Almaklumlah sekolah sudah dibuka semula.
Raya pun dah masuk minggu kedua. Tapi masih lagi dok tayang cookies raya. Alaa raya kan sebulan. Takpe..... tinggal satu ni aje lagi yang tertangguh. Lepas ni takde dah, tunggulah raya haji akan datang.
Cookies seperti ni bukan saja sesuai untuk raya tapi juga sesuai dibuat kudapan hari-hari. Malahan bila-bila masa di mana jua pun boleh.
Asal tiada oreo tapi dek kerana terikut dengan trend citarasa sekarang..... baik kek, biskut, puding semua bubuh oreo maka saya olah resepi tambah oreo. Resepi asalnya saya kutip daripada sebuah akhbar kira-kira sepuluh tahun lalu. Dah habit dari zaman anak dara lagi nampak resepi dalam suratkhabar tak tunggu apa dah..... capai gunting, gunting dan lekatkan dalam buku khas..... kalau rasa-rasa terlebih rajin saya salin tulis semula. Menjadi atau tidak resepi tu belakang kira yang penting simpan dulu...... kemudian-kemudian boleh cuba.
Setahun jugalah resepi ori tu tersimpan baru cuba. Setelah puas hati akan rasanya, saya buat jualan kecil-kecilan. Masih ingat lagi tahun 2004 itulah pertama kali saya menjual biskut raya. Tak sangka pula dapat sambutan. Tambah pula dah lama pasang keinginan nak bisnes biskut raya. Bermula menjual dengan hanya menggunakan resepi free dari akhbar saya ambil peluang seterusnya dengan hadiri kelas-kelas bagi mendalami ilmu dan mempelajari teknik pembuatan biskut yang betul. Bila dah ada ilmu baru berani ambil banyak tempahan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya, mahu seribu cara.....
Inilah hasilnya setelah diberi sentuhan baru, Oreo Chocolate Chip Cookies..... antara biskut yang menjadi rebutan masa raya haritu.
Resepi OREO CHOCOCHIP
by Iza Akma SSK
90 gm gula perang
40 gm gula kastor
secubit garam
1 tsp esen vanila
3 tbsp susu cair
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
150 gm coklat cip
100 gm almond nib ~ bakar dulu
1 pek oreo ~ cincang kasar, tak perlu buang cream
Satukan dengan (E). Ketepikan.
Pukul (A) hingga sebati.
Masuk (B) pukul rata.
Masuk (C) pukul lagi hingga rata dan sebati.
Masukkan (D+E). Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
Dengan menggunakan dua sudu kecil atau hujung jari, susun atas dulang pembakar. Bakar hingga masak.
Selepas masak biarkan biskut seketika atas dulang. Baru masak ia lembut tapi akan mengeras setelah sejuk.
by Iza Akma SSK
Bahan A :
150 gm butter (130gm butter + 20gm marjerin planta)90 gm gula perang
40 gm gula kastor
secubit garam
Bahan B :
1 biji telur (gred C)1 tsp esen vanila
Bahan C :
2 tbsp serbuk koko3 tbsp susu cair
Bahan D :
150 gm tepung rose@cookies flour1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
Bahan E :
55 gm nestum150 gm coklat cip
100 gm almond nib ~ bakar dulu
1 pek oreo ~ cincang kasar, tak perlu buang cream
Caranya :
Ayak (D). Satukan dengan (E). Ketepikan.
Pukul (A) hingga sebati.
Masuk (B) pukul rata.
Masuk (C) pukul lagi hingga rata dan sebati.
Masukkan (D+E). Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
Dengan menggunakan dua sudu kecil atau hujung jari, susun atas dulang pembakar. Bakar hingga masak.
Selepas masak biarkan biskut seketika atas dulang. Baru masak ia lembut tapi akan mengeras setelah sejuk.
10 comments:
Wow! mesti best ni... Slmt Hr Raya Iza, Maap Zahir n Batin yer...
salam..
wah, menariknya biskut ni..mesti sedap rasanya biskut oreo coklat ni kan..selamat hari raya..
selamat hari raya... kalau tak der tepung rose boleh abaikan ker...atau ganti ngan tepung lain??
@Gee®
Selamat Hari Raya Gee... Maaf Zahir Batin
@Bbwana adienia
Salam. Selamat Hari Raya...
@Nazrah
Takde tepung rose boleh ganti tepung gandum Nazrah. Selamat Hari Raya...
Maaf yea puan iza,agak2 msk sehingga msk Tu berapa lama n berapa suhunya.baru nk mncuba buat cookies n blajar msk,ilmu x cukup.:)~ariena~
Assalamualaikum Iza,
Lamanya tak singgah sini. Selamat hari raya, maaf zahir dan batn.
Sedap sangat nampak cookies tu, rangup, tentu budak budak suka
Mohon dhare
Berapa lama nak masak ekk?? Dan suhu??
Post a Comment