APAM BELANDA
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Baru bulan lepas kita dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Sabah. Kejadian yang hampir serupa juga berlaku di selatan New Zealand apabila tv3 melaporkan dalam beritanya semalam lebih 40 ikan paus ditemui terdampar di sepanjang pantai di Golden Bay. 12 ekor daripadanya dipercayai mati secara semula jadi manakala selebihnya terpaksa disuntik mati selepas sulit untuk dihantar pulang semula ke laut kerana pelbagai halangan seperti keadaan ombak dan cuaca. Kejadian ikan naik ke darat dalam kumpulan yang besar ini bukanlah sesuatu yang pelik untuk difikirkan. Apa pun semuanya ini merupakan sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah yang memberi peringatan kepada kita bahawa dunia ini semakin menuju ke pengakhirannya. Tiada yang mustahil bagi-Nya kerana bukankah Tuhan itu apabila menghendaki maka segala sesuatunya akan terwujud? Bukankah apabila Tuhan berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)? Dunia sudah semakin singkat.....
Okay berbalik pada menu. Sekali tengok ada iras kuih bahulu kan..... tapi sebenarnya bukan.
Ini lah dia Apam Belanda. Pernah buat dua kali sebelum ini. Dek terbayang-bayang akan rasanya yang sedap lemak-lemak gitu maka terjadilah kuih ini untuk kali ketiga petang semalam. Kuih ni agak tawar jadi memerlukan inti manis sebagai pelengkap rasa dan terpulang nak bubuh inti apa pun sesuai selera. Saya guna acuan bahulu, masak atas dapur..... selepas isiannya ditutup dengan adunan.... ambil tudung periuk yang sesuai dan tutup acuan tersebut supaya kuih cepat masak. Memasaknya perlu sabar..... api tidak boleh besar sebab kuih mudah hangus.
Tak nak bebel panjang-panjang. Sekarang ni tak boleh dah lelama depan lappy..... tahu tahu ajer lah kan..... letrik naik semuanya naik. Seperti jenaka UAI, kat malaysia ni semuanya naik, tak ada yang turun-turun..... yang turun, hujan..... hikhikhik.
Resipi APAM BELANDA
by Iza Akma SSK
source : Hana's Family
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega ~ cairkan
secubit garam
INTI - coklat chip.
Pukul telur guna garfu sekejap. Masukkan ke dalam tepung beserta susu cair. Kacau sebati.
Rehatkan adunan selama sejam. Tutup dengan kain atau plastik wrap.
Kemudian masukkan butter yang dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
Panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
Sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran. Tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
Bila sudah masak, angkat.
by Iza Akma SSK
source : Hana's Family
Bahan-Bahan :
250 ml susu cair150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega ~ cairkan
secubit garam
INTI - coklat chip.
Caranya :
Satukan semua bahan kecuali susu dan telur dan gaul rata.Pukul telur guna garfu sekejap. Masukkan ke dalam tepung beserta susu cair. Kacau sebati.
Rehatkan adunan selama sejam. Tutup dengan kain atau plastik wrap.
Kemudian masukkan butter yang dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
Panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dengan butter atau minyak.
Sudukan adunan dan masukkan isi inti kegemaran. Tuang lagi adunan agar menutupi isiannya.
Bila sudah masak, angkat.
2 comments:
Waaa... harus cuba ni... sesuai buat minum petang kan...
salam
npk sedap apam ni kak...
Post a Comment