ROTI SARANG LEBAH dengan SOS BUTTERSCOTCH yang yummy....
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Sebelum memulakan bicara, SSK mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa singgah ke dapur maya ini. Saya menyepi seketika untuk memberi peluang pada diri saya sendiri berfikir semasak-masaknya samada mahu meneruskan atau berhenti sahaja daripada berblog. Kerana blog yang mengkhusus kepada 100% dunia masakan sememangnya benar-benar mencabar diri dan mencuri banyak masa dan tenaga.
Pernah menyuarakan hasrat untuk bersara dari dunia blog kepada suami dan anak-anak. Namun mereka menyerahkan kepada saya untuk membuat keputusan. Jika dengan berblog akan mendatangkan kebaikan, maka teruskanlah tetapi andainya dengan berblog mendatangkan sebaliknya, maka berhentilah. Hampir tiga bulan saya mencari jawapan. Kepada DIA saya mohon petunjuk.
Dengan rahmat dan izin-NYA alhamdulillah..... dibukakan kembali hati ini. Akhirnya diri diberi kekuatan untuk mengemaskini kembali dapur maya yang telah lama ditinggalkan. Malahan banyak komen yang saya terima menyatakan percubaan mereka ke atas resipi-resipi yang diambil daripada blog ini benar-benar menjadi dengan selitan berbagai ungkapan seperti resipi yang sedap, fantastic, marvellous, power yang memberi seribu makna pada tertegaknya SSK. Suka saya katakan bahawa sebahagian kekuatan ini juga datangnya daripada anda para pengunjung, pembaca, follower yang terus setia dengan SSK, mereka yang telah tanpa ragu-ragu mencuba resipi dari sini tidak lupa juga mereka yang telah turut sama membantu memperkenalkan blog ini di laman fb. TQVM. Love u all.
Roti yang tengah trending di fb sekarang nih. Roti yang dikenali dengan bahasa melayunya sebagai Roti Sarang Lebah disirami dengan Sos Butterscotch yang lemak manis. Roti ini telah diperakui ramai gebu, sempurna halus dan lembutnya bak selembut dan sehalus kapas. Yang specialnya ia diadun menggunakan tepung gandum bukannya tepung roti seperti kebiasaan. This recipe is very highly recommended! Tq to sis Lydia Honey for sharing.
BEE HIVES MINI BUNS with BUTTERSCOTCH SAUCE
by Iza Akma SSK
source : Lydia Honey FB
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup spt dalam oven/microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven betul-betul panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir guna api atas bawah.
Time bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
by Iza Akma SSK
source : Lydia Honey FB
Bahan Doh Roti :
2 cawan tepung gandum1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
Caranya :
Larutkan yeast & gula dalam air suam dan biarkan berbuih.Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup spt dalam oven/microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven betul-betul panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir guna api atas bawah.
Time bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup whipping cream (kalau tak de guna jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Bahan-Bahan :
1/2 cup brown sugar (bukan gula merah ok)1/2 cup whipping cream (kalau tak de guna jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
Caranya :
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
19 comments:
boleh cuba ni time bln puasa nnt
cantiknye blog ni..tenang je...resepi2 pon menarik kak..tahniahh...
cantik blog ni...roti sarang lebah tu menarikkk
welcome back iza,
harap iza, bloglah macam biasa..
memang kadang2 pengunjung, teman2 seangkatan dan silent reader yang beri kita semangat untuk terus berkongsi menu..tanpa mereka..siapalah kita kan..:)
salam Iza, teringin akak tengok roti Iza mcm nak buat je...
@Khai♥Rin : anies
Takyah tunggu puasa anies... skrg pun dh boleh cuba. Sedap roti ni. Confirm bila dh buat sekali, pasti nk buat berkali-kali.
@mizz miaizzati
Tkasih... senang2 singgah lagi yer
@Ayu
InshaaAllah....
Betul tu kak ayu, tanpa mereka semua siapa lah kita
@Bicara Kak Noor
Salam. Kalau dh teringin tu kena lah cepat2 buat kak noor, hehe
SALAM KENAL..bestnya resepi ni..mohon share ye.tq
Salam berapa lama jangka masa doh kembang2x gnda sebab saya dah tggu 2 jam x kembng sangat..minta bantuan tqss
Sangat membantu resepi ni. Thanks.
resepi yang sgt membantu. tq kak ☺
As Salam ,Sy dah Cuba resepi ni dan wow sangat gebu lembut dan sos Yg nyum nyum sampai Ada Yg nak beli heheheh Terima Kasih atas resepi Yg sedap ini :)
First time dtg blog ni. Menarik. Resepi yang ringkas. Nak cubalah nnt roti sarang lebah ni. Looks yummy..😀
Nak tanya. Kalau tak nak guna yogurt. boleh ganti dengan susu segar tak? Pleasure if u reply :-)
@Iha Afindi
Tak boleh kerana kepekatan yogurt dengan susu segar tak sama. Tetapi boleh gunakan susu segar jika susu tersebut dijadikan yogurt terlebih dulu iaitu mencampurkan cuka/jus limau nipis dengan susu. Hrp dpt memabantu.
Salam sis..nk tanya..kalu whipping cream tu sejuk dari p.ais boleh guna x ? Sbab ada kwn ckp kena suhu bilik..tq..
Minyak zaitun blh x guna- tukar dgn minyak sun flower
Post a Comment