PUDING MOUSSE SOS KASTARD
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Alhamdulillah hari kedua Ramadhan.
Memetik kata-kata Tuan Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari : " Melakukan satu amalan sunat di bulan Ramadhan sama dengan melakukan satu kewajipan (amalan fardhu) di bulan-bulan yang lain, dan melakukan satu kewajipan (amalan fardhu) di bulan Ramadhan sama dengan 70 kebaikan atau kewajipan di bulan-bulan yang lain."
Ramadhan, Bulan Ibadah..... Bulan Kebahagiaan, hanya ditawarkan Allah SWT sekali setahun buat hambaNya yang dikasihi.
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." (surah Maryam 19:96)
Hari pertama puasa semalam, info yang saya terima daripada rakan-rakan ada sesetengah tempat cuaca panas dan ada pula yang hujan sedari pagi hingga ke petang. Di Ampang cuaca pada belah pagi agak nyaman tidak panas sehinggalah jam 3 petang langit mula kelihatan gelap menunjukkan tanda-tanda kemungkinan akan hujan. Memang betul dalam jam 4, hujan pun turun mencurah-curah. Nak jalan-jalan cuci mata ke bazar ramadhan maklumlah puasa hari pertama dah kemalasan dek hujan.
Walaupun berpuasa dalam frozen, dessert menyejukkan tekak wajib juga ada.
Resipi ini saya jumpa lepas menyelongkar koleksi majalah lama yang kelihatannya agak menarik untuk dicuba. Asalnya cuma puding mousse tapi saya telah menambahkan lapisan sos kastard sebagai lapisan atasnya. Resipi puding mousse oleh Puan Norzailina Nordin @ RASA Okt 2005 manakala sos kastard daripada DjDayang Jack @ DapurKu Sayang.
Kalau anda perasan lapisan kastad tu ada celoreng warna purple kan. Haa yang purple tu saya bubuh blueberry paste..... saja suka-suka..... dan sebagai penyudah, saya taburkan saja apa yang ada di dapur untuk menceriakan rupa paras puding. Tak ada hiasan pun takpe sebab rasanya memang dah cukup mantap mengancam dah.
Dah tak sabar nak cuba..... Jomm semak resipi.
PUDING MOUSSE SOS KASTARD
by IzaAkma SSK
120 gm gula pasir
2 biji putih telur
2 sudu teh serbuk agar-agar
1/2 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air panas
120 ml air panas
Tapiskan ke dalam periuk, tambah serbuk agar-agar, susu, vanila dan gula pasir. Kacau di atas api sederhana hingga mendidih. Angkat.
Dalam mangkuk kecil tahan panas, larutkan bahan B.
Letak mangkuk dalam periuk air mendidih perlahan, kacau hingga gelatin larut. Campurkan pada puding tadi. Kacau dan ketepikan.
Putar putih telur bersama garam hingga separuh kental. Kaupbalikkan ke dalam campuran puding.
Sudukan ke dalam gelas atau bekas disukai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga keras.
by IzaAkma SSK
Bahan Mousse:
450 ml susu segar120 gm gula pasir
2 biji putih telur
2 sudu teh serbuk agar-agar
1/2 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
Bahan A :
1 1/2 sudu makan serbuk koko1 sudu makan tepung jagung
120 ml air panas
Bahan B :
1 sudu makan serbuk gelatin120 ml air panas
Caranya :
Larutkan semua bahan A.Tapiskan ke dalam periuk, tambah serbuk agar-agar, susu, vanila dan gula pasir. Kacau di atas api sederhana hingga mendidih. Angkat.
Dalam mangkuk kecil tahan panas, larutkan bahan B.
Letak mangkuk dalam periuk air mendidih perlahan, kacau hingga gelatin larut. Campurkan pada puding tadi. Kacau dan ketepikan.
Putar putih telur bersama garam hingga separuh kental. Kaupbalikkan ke dalam campuran puding.
Sudukan ke dalam gelas atau bekas disukai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga keras.
Bahan Untuk Sos Kastard :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (saya campurkan kedua sekali, 1 1/2 cwn susu segar + 1 cwn susu cair)3 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
Caranya:
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api.
Asingkan sedikit kastad, tambahkan bluberry emulco dengan pewarna ungu secukup rasa. Dan kastad selebihnya tambahkan esen vanila.
Tuangkan ke dalam bekas puding tadi berselang-seli membentuk marble.
Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.
6 comments:
Salam Ramadhan kareem Iza... semoga segala amalan mendapat keberkatan di bulan mulia ini...
Selamat berpuasa kak iza :) sedapnyer puding nih.. kat kemaman arni je mendung sket, kalau tak dr pagi dh membahang. bila ptg je redup sket..
Halo, Apa kabar?
Salam kenal dari kami myTaste Indonesia.
Kami melihat bahwa Anda memiliki resep-resep masakan yang sangat lezat dan menarik sekali.
Kami dari myTaste Indonesia mengundang agar blog masakan Anda berada di TOP FOOD BLOG dalam situs kami, myTaste adalah Jejaring Sosial bagi para pecinta masakan di Indonesia maupun dunia Internasional. myTaste sendiri memiliki 37 situs di masing-masing negara bagiannya. Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami.
Anda dapat menambahkan blog Anda pada daftar Top Food Blog kami dengan mengikuti link ini: http://www.mytasteindonesia.com/top_food_blogs
Terima kasih atas perhatiannya dan telah berbagi resep masakan Anda kepada kami.
Salam myTaste Indonesia,
Immanuel Kabuhung
Selamat menunaikan Ibadah Puasa, Wassalam.
@Gee®
Salam Ramadhan KGee... In shaa Allah sama-samalah kita mengejar keberkatan daripadaNya
@tun_telani
Selamat berpuasa tun... kat kampung yer tun, bestnya... kat ampang ni sejak first day puasa ptg jer hujan...sejuk la sikit
@Immanuel Kabuhung
Salam kenal myTaste Indonesia.
Terima kasih kerana melawati seleraputeri.blogspot. Thanks again di atas tawaran pihak anda utk blog saya berada di TOP FOOD BLOG... really appreciate it.
Fyi, saya telah pun daftarkan blog Singgahsana Kitchen di TOP FOOD BLOG dan widgetnya juga telah saya add di laman blog ini. Hopefully...
Post a Comment