AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Biasa dengar orang duk sebut-sebut ayam masak ros. Pernah cuba sekali ayam masak ros chef Anis Nabilah, memang sedap tapi sebab kemalasan nak berfoto shoot bagai makanya tak dak gambar yang dirakam. Lain kali lah no buat yang tu.....cheq nak cuba resipi lain pulak.
Ayam masak ros ni kiranya lebih kurang sama ayam masak merah ja. Yang cheq tau ada dua tiga versi. Tapi yang cheq masak ni versi penang mai. Rasa ada sikit beza sebab guna rempah-rempah. Tak dinafikan sememangnya marvelous. Itu pun kenakan dengan nasi putih ja tu.....kalau kena regunya nasi tomato ka nasi beriani ka lagi la mantap.
Tak cuba tak tau, dah cuba baru tau. Terima kasih Mamak Haji ya sudi kongsi resipi yang sedap ini. Cukup sampai di sini dulu.....tak dak idea apa nak tulis dah. Okay, permisi.....Adios amigos!
AYAM MASAK ROS MAMAK PENANG
by IzaAkma SSK
source of rcp ~ Mamak Haji Roslan
1/2 Tin (225gm) "Kimball Sup Tomato"
3 sudu besar tomato puri / 1 tin kecil
1/2 Tin Susu cair/sejat
1 helai daun pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama
2 biji bawang besar ~ dihiris memanjang (cara nasi kandar)
2 batang kayu manis berukuran 2″ panjang
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih untuk menumis
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk menggoreng ketulan ayam
1 sudu besar serbuk jintan putih (sy buat 1 sudu kecil)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil kas-kas
1 sudu kecil garam masala
2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan yang diperlukan)
100gm santan pekat
2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus (sy abaikan)
1 sudu besar pes halia bawang putih
Garam secukupnya rasa
Sedikit pewarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki (sy guna sedikit sahaja pewarna orange-red)
Sedikit daun pudina/daun saderi & bawang goreng untuk hiasan
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 batang karot
1 biji tomato
*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukkan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).
Masukkan bahan kisaran A, tumis seketika hingga naik baunya, masukkan kisaran B dan juga kisaran C. Masukkan sup tomato, tomato puri dan susu sejat. Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yang perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbuih semasa dihidangkan).
Masukkan serbuk cili, serbuk jintan putih, jintan manis, garam masala dan serbuk kas-kas. Anda perlu adunkan sedikit untuk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.
Bila kuah mula pecah minyak masukkan santan pekat.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Biarkan sebatian mendidih. Masukkan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. Kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan taburan daun pudina dan bawang goreng bagi menambahkan lagi bau yang harum.
by IzaAkma SSK
source of rcp ~ Mamak Haji Roslan
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg) ~ bersihkan, potong 121/2 Tin (225gm) "Kimball Sup Tomato"
3 sudu besar tomato puri / 1 tin kecil
1/2 Tin Susu cair/sejat
1 helai daun pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama
2 biji bawang besar ~ dihiris memanjang (cara nasi kandar)
2 batang kayu manis berukuran 2″ panjang
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih untuk menumis
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk menggoreng ketulan ayam
1 sudu besar serbuk jintan putih (sy buat 1 sudu kecil)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil kas-kas
1 sudu kecil garam masala
2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan yang diperlukan)
100gm santan pekat
2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus (sy abaikan)
1 sudu besar pes halia bawang putih
Garam secukupnya rasa
Sedikit pewarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki (sy guna sedikit sahaja pewarna orange-red)
Sedikit daun pudina/daun saderi & bawang goreng untuk hiasan
Bahan Dikisar A :
1 labu bawang besar1 inci halia
5 ulas bawang putih
Bahan Dikisar B :
15 tangkai cili kering ~ rebus & kisar 1 batang karot
1 biji tomato
Bahan Dikisar C :
100 gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
Caranya :
Bersihkan ketulan ayam. Masukkan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukkan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).
Masukkan bahan kisaran A, tumis seketika hingga naik baunya, masukkan kisaran B dan juga kisaran C. Masukkan sup tomato, tomato puri dan susu sejat. Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yang perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbuih semasa dihidangkan).
Masukkan serbuk cili, serbuk jintan putih, jintan manis, garam masala dan serbuk kas-kas. Anda perlu adunkan sedikit untuk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.
Bila kuah mula pecah minyak masukkan santan pekat.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Biarkan sebatian mendidih. Masukkan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. Kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan taburan daun pudina dan bawang goreng bagi menambahkan lagi bau yang harum.
Nota :
Sebenarnya masakan nasi kandar memerlukan bahan masakan yang banyak dan bawang adalah bahan utama. Masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadai. Sekiranya mahukan cair boleh tambah air. Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap kerana kuahnya likat melekat sebab itu mamak haji tambah karot dan biji badam dlm resipi ini.
4 comments:
sedapnyeee... drooling betul.
nampak sedap ^_^
http://zianaeunos.blogspot.com
salam sis, mohon copy paste ya..
Dah cuba..menjadi
Post a Comment