AYAM MADU
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Biasa kalau pergi majlis kahwin dapat telur atau paling tidak pun gift berupa makanan. Tapi majlis yang saya pergi tu giftnya lain dari yang lain.....maduuu.....belum pernah orang buat bagi madu pada tetamu.....macam lain makna jer. Isian madu untuk sebotol kecil banyak juga, ada la dalam 6 sudu besar. Dah 2 bulan madu tu terletak aje di dapur tak ada seekor semut pun datang hurung. Madu ori kot. Orang kata nak kenal sama ada madu tu ori atau tidak, biarkan saja ia di luar. Kalau tak ada semut yang berkenan itu maknanya ori tapi kalau laju jer semut datang maknanya tiruan. Lagi satu cara, jika madu ori masukkan dalam petisejuk ia takkan membeku manakala yang tiruan akan beku dan membentuk satu lapisan putih di bahagian atas.....kerana yang menjadikannya beku itu adalah gula.
Bila dah ada madu, terlaksanalah dua tiga projek tertangguh. Antaranya, Apam Madu.....apam yang sungguh sedap dan Ayam Madu.....yang teringin sangat nak buat. Ada baki lagi sebotol tu kemudian cerita lah nak buat apa.
Teringin nak buat ayam madu kononnya ala-ala ayam madu Restoran RZ Kg Attap. Nak dapat rasa sama memang tak lah, nak dapat iras-iras pun belum tentu.....berangan lebih. Actually, saya dah kenal kari dan ayam madunya yang sedap tu sejak 1991. Selalu jugak makan kat situ dulu-dulu. Awal-awal tahun 90-an dulu perniagaan dia cuma bawah sepohon pokok besar di Jln Kg Attap dengan bangku dan meja lipat yang hanya boleh dikira dengan jari.....kat situ orang duk makan kat situ jugak lah dia demo masak.....siapa duk makan situ memang boleh tengok live dia masak. Saya pun masa tu sambil makan mata duk perhati cara dia masak kari.....dia masak macam main masak-masak aje.....main campak-campak.....punya lah banyak bawang entah berapa kilo dia guna untuk masak kari saja, satu lagi dia tak guna santan dalam kari tapi susu cair. Speciality dia ayam madu dengan kari kepala ikan....memang power giler. Saya ni bukan lah penggemar kari mamak sebenarnya tapi boleh kalah dengan kari restoran RZ. Siapa yang belum pernah cuba di RZ boleh pergi cuba.....gerenti suka punya.
Saya menderhaka sikit untuk ayam madu ni.....tak goreng ayam dengan tepung seperti disarankan dalam tip. Cuma goreng biasa bubuh bahan rempah. Disertakan dua resipi di sini ya, satu untuk goreng ayam dahulu dan satu lagi untuk sos madu. Apa pun rasa yang tidak menghampakan.....simple dan mudah
AYAM MADU
by IzaAkma SSK
rcp ~ Norasikin Basri @ westernfood.yolasite
10 tangkai cili kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 labu bawang besar (iza guna 1 labu)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 sdb gula
2 sdb madu (iza bubuh 6sdb madu & 2 sdb gula perang)
1 sdt garam
1/2 cwn minyak masak
1 sdb cuka
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia sehingga halus.
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Setelah harum, tumiskan bahan kisar. Kacau sehingga cili betul-beul garing.
Masukkan gula, cuka, madu dan garam. Jika terlalu kering, masukkan 1/4 cawan air (iza bubuh 1 1/2 cwn air supaya berkuah) dahulu sebelum dimasukkan gula dan madu.
Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan digaul sebati.(selepas masuk air, iza biarkan mendidih dan seimbangkan rasa manis madu dan gula.....bila kuah dah sedikit pekat baru masukkan ayam yang digoreng)
Sedia untuk dihidangkan.
Harga madu mahal, jadi untuk menjimatkan kos, cukup guna 2 cmb madu dan ditambah dengan gula. Dapatkan madu yang mempunyai warna gelap dengan rasa yang kuat. Kalau dapat, madu yang telah disimpan beberapa tahun. Guna sikit pun dah terasa.
Boleh gunakan serai tetapi jangan sekali-kali dikisar. Tumis bersama rempah penumis. Begitu juga dengan daun kari.
Gula akan membuatkan ayam madu lebih berkilat tetapi gula mudah hangus dan berketul bila bercampur dengan minyak panas. Jadi jangan masukkan gula jika kuahnya kering. Masukkan air terlebih dahulu. Lebihkan air jika ingin ayam madu yang lebih berkuah. Perasakan semua dengan seimbang.
by IzaAkma SSK
rcp ~ Norasikin Basri @ westernfood.yolasite
Bahan-Bahan Ayam Madu :
6 ketul ayam (iza guna drumstick)10 tangkai cili kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 labu bawang besar (iza guna 1 labu)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 sdb gula
2 sdb madu (iza bubuh 6sdb madu & 2 sdb gula perang)
1 sdt garam
1/2 cwn minyak masak
1 sdb cuka
Cara :
Goreng ayam mengikut cara anda sendiri.(iza goreng ayam ikut resipi di bawah)Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia sehingga halus.
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Setelah harum, tumiskan bahan kisar. Kacau sehingga cili betul-beul garing.
Masukkan gula, cuka, madu dan garam. Jika terlalu kering, masukkan 1/4 cawan air (iza bubuh 1 1/2 cwn air supaya berkuah) dahulu sebelum dimasukkan gula dan madu.
Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan digaul sebati.(selepas masuk air, iza biarkan mendidih dan seimbangkan rasa manis madu dan gula.....bila kuah dah sedikit pekat baru masukkan ayam yang digoreng)
Sedia untuk dihidangkan.
Tip :
Anda boleh menggoreng ayam dengan mana-mana tepung ayam goreng segera yang terdapat dipasaran. Campurkan dengan sedikit rempah kari supaya sesuai dengan ciri-ciri masakan India. Menggoreng ayam dengan tepung yang tebal akan menjadikan ia kembang apabila digaulkan dengan kuah ayam madu. Rasa kuah ayam madu akan meresap dalam tepung.Harga madu mahal, jadi untuk menjimatkan kos, cukup guna 2 cmb madu dan ditambah dengan gula. Dapatkan madu yang mempunyai warna gelap dengan rasa yang kuat. Kalau dapat, madu yang telah disimpan beberapa tahun. Guna sikit pun dah terasa.
Boleh gunakan serai tetapi jangan sekali-kali dikisar. Tumis bersama rempah penumis. Begitu juga dengan daun kari.
Gula akan membuatkan ayam madu lebih berkilat tetapi gula mudah hangus dan berketul bila bercampur dengan minyak panas. Jadi jangan masukkan gula jika kuahnya kering. Masukkan air terlebih dahulu. Lebihkan air jika ingin ayam madu yang lebih berkuah. Perasakan semua dengan seimbang.
AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
by IzaAkma SSK
rcp ~ LiNa_Pg @ linapg.blogspot
1 kiub ayam atau guna garam & kunyit pun ok
1 sdb rempah kari ayam
1 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk ketumbar
1/2 sdk serbuk jintan manis
Beberapa tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Lumurkan ayam dengan kiub ayam.
Kemudian lumurkan pula dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Diikuti rempah kari. Gaulkan sekali dengan daun kari.
Perapkan 30 minit, lagi lama perap lagi sedap.
Goreng hingga masak dengan api sederhana.
by IzaAkma SSK
rcp ~ LiNa_Pg @ linapg.blogspot
Bahan-Bahan :
6 ketul ayam1 kiub ayam atau guna garam & kunyit pun ok
1 sdb rempah kari ayam
1 sdk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk ketumbar
1/2 sdk serbuk jintan manis
Beberapa tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Cara :
Ayam cuci bersih.Lumurkan ayam dengan kiub ayam.
Kemudian lumurkan pula dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
Diikuti rempah kari. Gaulkan sekali dengan daun kari.
Perapkan 30 minit, lagi lama perap lagi sedap.
Goreng hingga masak dengan api sederhana.
Nota:
Sekiranya menggunakan rempah bunga rose, tak perlu letak jintan dan ketumbar. Guna 1 sdm rempah gulai + 1/2 sdm rempah masak bunga rose sudah memadai untuk 6 ketul ayam
3 comments:
nice...! boleh jenguk blog saya.. www.farhainiah.blogspot.com :)
Alhamdulillah saya dah cuba resipi ayam madu ni. Memang sedap! Terima kasih byk2
Terima kasih Iza sudi cuba ayam gorebg berempah yg teramat mudah tu.
Mesti lagi sedap kan bila dicurahkan sos madu tu.
Post a Comment