KEK KUKUS PRUNE
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Sebelum ada blog dulu banyak resipi kek buah versi kukus, bakar dan lapis yang dicuba hasil pencarian di internet. Ada yang sukses menjadi sedap tak kurang juga yang failed. Tapi tu la.....lepas cuba, habis kat situ jer.....tak adanya nak snap-snap gambar bagai.....resipi plak ada yang selamat dalam simpanan, ada jugak yang melayang. Ye la masa tu bukan macam sekarang. Sekarang dah banyak kemudahan banyak medium boleh diguna untuk menyimpan resipi berserta sekali dengan gambar. Nanti bila-bila free ingat nak cari dan kumpul balik, buat semula dan simpan dalam sini.....baru tak hilang lagi kot.
Sampai sekarang pun masih dalam misi memburu resipi kek buah yang super duper sedap dan semestinya yang moist. Ada la jumpa tapi simpan dulu. Tunggu masa sesuai buat. Kalau buat tak ada siapa nak makan payah jugak. Nak harapkan ahli rumah ni berapa orang sangat laa. Buat half recipe pun belum tentu seminggu boleh habis. Lagipun yang gemar kek buah ni orang perempuan, orang lelaki tak berapa suka.
Sebelum raya hari tu, anak-anak awal-awal dah cakap tak nak kek buah. Bukannya deme tak makan, makan.....cuma makan keknya aje.....buah dibuang. Tapi oleh sebab dah jadi kemestian setiap raya kek buah wajib ada.....buat jugak.
Saya tukar mixed fruits dengan buah prune. Kejadian kek tetap sedap tak lari dari rasa kek buah sebenar, ada rasa masam manis prune yang penting moistnya tu tetap adaa....Aroma orange daripada orange paste dengan nutmeg menjadikan kek rasa fresh tak jemu di makan. Tika sedang menaip entri ni masih terbayang-bayang lagi keenakan kek buah ni.....rasa macam nak buat lagi.....masa raya hari tu tak puas makan.....
KEK KUKUS BUAH / PRUNE
by IzaAkma SSK
recipe ~ Chef Alinah Binte Ali
454 gm Butter Tin Golden Churn (iza guna Anchor)
450 gm Buah-Buahan Campuran (iza ganti buah prune)
450 gm Badam Cincang (iza abaikan)
400 gm Gula Timbang Hitam (Dark Brown Sugar)
5 biji Telur
2 sdt Orange Paste/Lemon Paste
1 sdt Cream of Tartar
1 sdt Soda Bikarbonate
1 sdt Serbuk Buah Pala (Nutmeg)
Tali Rafia atau Getah
Pukul gula timbang bersama butter sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga rata.
Kemudian masukkan badam cincang dan pukul lagi sehingga rata. Setelah itu masukkan buah-buahan dan pukul lagi sehingga rata.
Perlahankan mixer dan masukkan orange paste atau lemon paste serta serbuk buah pala sambil dipukul sehingga rata. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga habis. Matikan mixer dan biarkan sebentar.
Masak gula pasir sehingga sehingga menjadi gula hangus. Kemudian tuangkan gula hangus ke dalam adunan ketika masih panas lalu dipukul dengan perlahan sehingga rata. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi selama 1 minit dan terus matikan mixer.
Gunakan loyang 10 x 10 inci persegi. Sapukan butter di sekeliling loyang dan alaskan dengan kertas. Sapukan lagi di dasar loyang dengan butter.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kemudian tutup dengan aluminium foil dalam keadaan tegang. Ikat dengan tali rafia atau gunakan getah di tepi loyang.
Kukuskan selama 4 jam (kukusan hendaklah betul-betul mendidih ketika loyang berisi adunan dimasukkan ke dalam kukusan)
Ketika air kukusan telah surut, tambahkan dengan air panas ke dalam pengukus. Jangan gunakan air paip kerana suhu kepanasannya akan turun mendadak dan akan membantatkan tekstur kek.
Kek akan susut sediki setelah sejuk. Bungkus kek dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam bekas plastik. Jangan masukkan kek ke dalam peti sejuk. Biarkan sahaja di suhu bilik. Kek hanya boleh dipotong pada keesokan hari dan baru boleh dimasukkan ke dalam petisejuk. Teknik begini akan membuat kek lebih berminyak serta basah.
by IzaAkma SSK
recipe ~ Chef Alinah Binte Ali
Bahan A :
600 gm Tepung Gandum454 gm Butter Tin Golden Churn (iza guna Anchor)
450 gm Buah-Buahan Campuran (iza ganti buah prune)
450 gm Badam Cincang (iza abaikan)
400 gm Gula Timbang Hitam (Dark Brown Sugar)
5 biji Telur
2 sdt Orange Paste/Lemon Paste
1 sdt Cream of Tartar
1 sdt Soda Bikarbonate
1 sdt Serbuk Buah Pala (Nutmeg)
Bahan B :
220 gm Gula Pasir ~ dijadikan gula hangusBahan C :
Kerajang Timah (Aluminium Foil)Tali Rafia atau Getah
Cara :
Gaul rata buah-buahan campuran bersama sedikit tepung gandum agar berderai. Kemudian baki tepung gandum diayak bersama cream of tartar dan soda bikarbonat.Pukul gula timbang bersama butter sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga rata.
Kemudian masukkan badam cincang dan pukul lagi sehingga rata. Setelah itu masukkan buah-buahan dan pukul lagi sehingga rata.
Perlahankan mixer dan masukkan orange paste atau lemon paste serta serbuk buah pala sambil dipukul sehingga rata. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga habis. Matikan mixer dan biarkan sebentar.
Masak gula pasir sehingga sehingga menjadi gula hangus. Kemudian tuangkan gula hangus ke dalam adunan ketika masih panas lalu dipukul dengan perlahan sehingga rata. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi selama 1 minit dan terus matikan mixer.
Gunakan loyang 10 x 10 inci persegi. Sapukan butter di sekeliling loyang dan alaskan dengan kertas. Sapukan lagi di dasar loyang dengan butter.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kemudian tutup dengan aluminium foil dalam keadaan tegang. Ikat dengan tali rafia atau gunakan getah di tepi loyang.
Kukuskan selama 4 jam (kukusan hendaklah betul-betul mendidih ketika loyang berisi adunan dimasukkan ke dalam kukusan)
Ketika air kukusan telah surut, tambahkan dengan air panas ke dalam pengukus. Jangan gunakan air paip kerana suhu kepanasannya akan turun mendadak dan akan membantatkan tekstur kek.
Kek akan susut sediki setelah sejuk. Bungkus kek dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam bekas plastik. Jangan masukkan kek ke dalam peti sejuk. Biarkan sahaja di suhu bilik. Kek hanya boleh dipotong pada keesokan hari dan baru boleh dimasukkan ke dalam petisejuk. Teknik begini akan membuat kek lebih berminyak serta basah.
Nota SSK :
- Resipi tidak menyatakan gred telur yang diguna. So saya assume telur gred A kerana lazimnya kek menggunakan gred A. Tapi saya cuma ada gred B. Jadi saya anggarkan telur A lebihkurang 60gm tanpa kulit manakala 50gm untuk gred B. Makanya saya guna 6 biji telur gred B untuk menyamai 300gm @ 5 biji telur yang diperlukan dalam resipi.
- Cari jugak brown sugar yang warnanya lebih gelap tapi tak jumpa. Jadi saya guna brown sugar yang biasa. Tetapi saya ada baca di ruangan komen Fb Chef Alinah, beliau mengatakan boleh guna gula merah yang digunakan untuk buat kuih kaswi. Kemusykilannya pernah juga saya terbaca dalam ruangan yang lain, tidak boleh guna gula merah seperti itu untuk buat kek buah kerana gula merah jenis berat dikhuatiri akan memberi kesan pada kek ataupun buah akan mendap. Apapun jika Chef Alinah dah beri 'green light' boleh guna gula merah mungkin boleh dicuba untuk mendapatkan hasil kek yang lebih gelap.
- Buahan campuran digantikan dengan prune yang dihiris sederhana kasar. Badam cincang saya abaikan.
- Saya juga menambah 1 tbsp 'karamel' ke dalam adunan semasa step memukul butter dan gula bertujuan menambahkan warna. 'Karamel' boleh didapati di bakery.
- Buah tidak mendap, cantik bertaburan
- Selepas 4-5 hari kek jadi semakin lembap
1 comment:
Boleh bakar tak kek guna resepi yg sama
Post a Comment