BINGKA KEMBOJA
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Kuih bingka kemboja sering didapati di bazar-bazar ramadan pada bulan puasa... bulan lain payah nak jumpa. Selalunya dibakar menggunakan acuan khasnya sendiri.
Pernah sekali dua beli bingka ni... saja nak try.
Larat makan sepotong kecil je... tekak tak boleh nak terima.
Tiap kali beli berharap tak manis... tapi tetap sama, maniss.
Selepas tu serik nak beli dah.
My mom cakap memang bingka kemboja ni orang buat manis.
Tapi ya ke... kuih bingka kemboja sememangnya diciptakan manis?
Penyediaan lebih kurang sama macam kuih bakar pandan biasa.
Cuma bezanya ada rempah... sebab tu aromanya berganda harum.
Yess... kuih bingka kemboja yang sesuai dengan my taste.
Sedapp, lembut dan harum beraroma pandan plus rempah.
::Note::
- kurangkan gula sikit
- tak ada acuan kemboja, bakar dalam loyang biasa bersaiz 6"sq
- selepas masuk adunan dalam loyang, terus tabur bijan putih, bijan hitam & almond nib... masuk oven dan bakar
BINGKA KEMBOJA
by IzaAkma SSK
source : Chef Liza Zainol
❀ Masukkan jus pandan bersama dengan Bahan B, kisar selama 2 minit.
❀ Masukkan minyak jagung.
❀ Gris loyang kemboja dengan minyak jagung. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar 10 minit pada suhu 160C-170C.
❀ Lebih kurang 10 minit di bakar, taburkan bijan dan badam cincang atas permukaan bingka.
❀ Bakar lagi selama 15 minit sehingga masak kekuningan.
❀ Sejukkan lalu dipotong.
source : Chef Liza Zainol
BAHAN A :
- 6 helai Daun Pandan
- 3 cm Kulit Kayu Manis
- 1 sdk Biji Jintan Manis
- 2 cwn Air
BAHAN B:
- 2 biji Telur
- 1 cwn Gula Pasir
- 1 sdk Garam
- 1 1/4 cwn Tepung Gandum
- 1/4 cwn Tepung Jagung
- 1/2 cwn Santan (campur dengan 1/2cwn susu cair)
BAHAN C :
- 1/4 cwn Minyak Jagung
BAHAN D :
- 1 sdb Bijan - tabur
- 1 sdb Badam - dicincang
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Kisar Bahan A, tapis & ambil jus sahaja.❀ Masukkan jus pandan bersama dengan Bahan B, kisar selama 2 minit.
❀ Masukkan minyak jagung.
❀ Gris loyang kemboja dengan minyak jagung. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar 10 minit pada suhu 160C-170C.
❀ Lebih kurang 10 minit di bakar, taburkan bijan dan badam cincang atas permukaan bingka.
❀ Bakar lagi selama 15 minit sehingga masak kekuningan.
❀ Sejukkan lalu dipotong.
No comments:
Post a Comment