BISKUT LIDAH KUCING ARORA
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Memenuhi permintaan anak-anak. Depa lama duk suruh buat Biskut Black Mamba. Black Mamba lebih kurang macam ni juga cuma bahan dan caranya ada beza sikit. Oleh sebab Black Mamba dah selalu buat kali ini try pula Lidah Kucing Pelangi Kak Wan sebagai ganti.
Jangan ditanya kenapa layer pelangi dah bertukaq jadi bola-bola api. Mulanya memang plan nak buat layer macam pelangi. Tapi entah tangan ni duk pi ubah jadi lagu ni... terima ja seadanya... hah ha. Saya separuhkan resipi, tambah vanila dan kurangkan gula sedikit. Depa kata yang ini pun sedap... rangup!
BISKUT LIDAH KUCING ARORA
by IzaAkma SSKBAHAN-BAHAN :
- 125 gm Butter
- 85 gm gula kastor
- 50 gm Putih Telur
- 100 gm Tepung Gandum
- 25 gm Tepung Jagung
- 1/2 tsp Esen Vanila
- 1/8 tsp Emplex
- Pewarna Merah, Oren, Kuning, Hijau, Biru, Purple
- Loyang khas lidah kucing digris dengan sedikit butter
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan❀ Dalam mixer pukul butter dan gula hingga berkrim
❀ Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
❀ Masukkan esen vanila, putar rata.
❀ Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
❀ Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap bahagian
❀ Masukkan dalam piping bag atau plastik untuk setiap warna berlainan
❀ Potong hujung muncung piping bag atau plastik kecil
❀ Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki
❀ Bakar dalam oven pada suhu 130C menggunakan api bawah sahaja + fan selama 15-20 minit (suhu mengikut oven masing-masing kerana suhu 130C ni adalah setting untuk oven iza). Jika guna api atas warna biskut tak cantik dan jika terkurang bakar pula biskut tak rangup sebab tu kena bakar api bawah saja... kalau kurang garing bakar lama sikit tapi jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
❀ Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ni cepat lemau jika dibiar terdedah lama pada udara. Jika lemau boleh dipanaskan semula sekejap dalam oven yang dipanaskan dahulu dan akan rangup kembali.
1 comment:
sedap tu...
Post a Comment