KEK APAM MADU
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Ada lagi rupanya terselit gambar masakan yang dah dicuba. Lihat pada tarikh gambar diambil... haa lamanya. Sepatutnya setahun lalu dah post. Tapi sebab keadaan waktu tu tak mengizinkan... kadang update kadang tidak... kadang tu pulak lebih lama tak ada daripada ada... sehinggalah perjalanan blog beransur perlahan dan terus terhenti... memaksa saya untuk simpan dahulu. Selepas lena panjang hampir setahun, kini bangkit semula menyambung kembali yang terhenti.
Ada kisah disebalik sebelum terhasilnya kek apam madu ni dulu. Saya kalau minum madu terus macam tu saja memang tak boleh. Entah kenapa... mungkin sebab tak tahan rasa manisnya kot. Jadi saya cari alternatif lain menmanfaatkan dalam masakan. Mulakan pencarian di google. Mencari yang simple tapi menepati citarasa dan bersesuaian dengan bahan sedia ada. Berselisih dengan macam-macam resipi menggunakan madu tapi tak jumpa yang berkenan. Suatu hari sedang scroll facebook, pucuk dicita ulam mendatang... melintas resipi Apam Madu Chef Azli Razali. Lepas baca bahan-bahannya terus jatuh berkenan... jap jap tu juga capai pen capai buku salin. Lepas dapat resipi, tak terus buat... tunggu dulu sambil cari idea versi sendiri.
Apam ini agak istimewa pada saya kerana ada dua kombinasi rasa... rasa apam dengan kek kukus. Kerana itu saya namakan Kek Apam Madu.
Selepas diolah dan diterjemah, begini lah paras rupanya. Jika ikut asal warna apam keseluruhannya coklat kerana menggunakan coklat emulco. Oleh sebab saya tak gemar dengan baunya maka saya skip emulco dan ganti dengan serbuk coklat. Versi olahan saya berserta penyediaan dalam resipi di bawah.
KEK APAM MADU
by IzaAkma SSKBAHAN-BAHAN :
- 4 biji Telur (B)
- 170 gm Tepung Gandum
- 7 sdb Madu
- 110 gm Gula Kastor
- 50 gm Marjerin, dicairkan & sejukkan
- 3 sdb Susu Cair
- 1 sdt Ovalet
- 20 gm Chocolate/Cocoa Powder
- Pewarna Lemon Yellow
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Mixer telur + gula kastor hingga sedikit berbuih❀ Masuk ovalet dan mixer lagi hingga kembang, pekat dan putih.
❀ Masuk 130gm tepung dan mixer hingga rata. (masukkan dahulu 130gm, asingkan selebihnya)
❀ Masuk susu cair, madu dan marjerin cair. Mixer rata.
❀ Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak :
- 1 bahagian.. masuk 20gm tepung (drp baki tepung yang diasingkan tadi) + pewarna lemon yellow
- 1 bahagian.. masuk 20gm tepung (drp baki tepung yang diasingkan tadi), biarkan plain
- 1 bahagian.. masuk 20gm chocolate/cocoa powder
❀ Tuang ke dalam acuan 7"sq yang telah dialas. Jika mahu kek lebih tinggi acuan 6"sq
❀ Tutup acuan dengan foil dan kukus dalam kukusan yang mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak (iza kukus 30 minit) dengan api sederhana besar.
2 comments:
wah enak banget kue nya
kunjungi juga ya
gunawan-arief.blogspot.co.id
@Arief Gunawan
Terima kasih kunjungi ya..
Post a Comment