KUIH TALAM CHEESE
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Jika anda masih ingat lagi saya ada janji sesuatu dalam entri lepas. Saya tak lupa sebab bila dah berjanji kena tunaikan... walaupun janji itu sekadar dalam kanvas bisu ini. Dengan terentrinya Kuih Talam Cheese petang ini maka terlunas sudah hutang saya pada anda semua. Alhamdulillah...
Tercetus idea untuk menghasilkan Talam Cheese ini bila lihat biskut saltcheese ada berbaki banyak lagi selepas my daughter guna buat Cheesekut. Sementara tengah ada kita gunakan sebaiknya. Bukan senang nak dapat biskut saltcheese di sini... di Sarawak je ada. Itu pun kebetulan jumpa masa gi bakery di Bandar Baru Ampang. Saya olah daripada Talam Krakers sebelum ini dan beri penampilan baru.
Kuih ni sedap... lembut... manisnya just nice sesuai dengan citarasa saya.
Mungkinkah akan ada versi dan penampilan lain?
In shaa Allah... jika ada akan saya share dalam entri akan datang.
KUIH TALAM CHEESE
by IzaAkma SSKBAHAN LAPISAN BAWAH :
- 105 gm Serbuk Biskut Saltcheese
- 100 gm Susu Segar
- 100 gm Susu Cair
- 50 gm Whipping Cream (Anchor UHT Dairy)
- 3 sdb Susu Pekat Manis
- 2 sdb Gula Pasir
- 1 biji Telur (B)
- 1/8 sdt Garam
- 1 tsp Pes Pandan
- Pewarna Hijau & Lemon Yellow
BAHAN LAPISAN ATAS :
- 50 gm Tepung Beras
- 100 gm Santan Pekat
- 200 gm Air
- 1/4 sdt Garam/secukup rasa
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Untuk lapisan bawah, blend halus semua bahan.❀ Bahagikan kepada 2 bahagian :
- 1 bahagian.. pes pandan + warna hijau
- 1 bahagian.. warna lemon yellow
❀ Untuk lapisan atas, sebatikan semua bahan dan masakkan sekejap sehingga naik wap sahaja (jangan sampai pekat). Ketepikan.
❀ Setelah kukusan mendidih tuang adunan hijau ke dalam acuan 6"sq (alas dengan plastik tahan panas dan sapukan sedikit minyak di dasar dan keliling acuan), kukus 10 minit.
❀ Lapisan hijau dah masak, lapiskan adunan kuning. Kukus lagi 10 minit.
❀ Tuang pula adunan lapisan atas perlahan-lahan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi 12-15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
❀ Biar kuih benar-benar sejuk, boleh dipotong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment