NASI LEMAK KUNING
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Ingat lagi awal 90an dulu pergi rumah opah saudara ada perjumpaan keluarga, pastu sessi makan-makan. Macam-macam juadah dia hidang sampai penuh satu meja. Dia kalau bab masak memasak, menjahit, menyulam memang mahir. Dalam banyak-banyak juadah, mata tertumpu kat satu tu. Nampak macam nasi minyak sebab warna kuning. Tapi kalau nasi minyak kenapa ada sambal tumis bagai macam set nasi lemak. Ishh... takkan nasi lemak kot... biasa jumpa nasi lemak warna putih.
Tiba time makan, yang itu capai dulu. Lepas rasa... sebiji rasa nasi lemak tapi lagi wangi dan sedap. Walaupun dah rasa tapi tetap tak puas hati lagi. Tanya dia... dia cakap itulah nasi lemak kuning. Terus teman kecek resipi. Dia pula bukan jenis kedekut resipi, ringan je mulut beritahu. Teliti teman dengar satu persatu. Semua input simpan dalam kepala. Berbulan selepas itu barulah memberanikan diri mencuba... recall balik. Teman masak ikut sedap tangan sebab sukatan dia tak bagi detail cuma bagitau nama bahan saja.
Dah siap masak, punya lah happy sengih sampai ke telinga... nasi lemak kuning pertama teman menjadi. Mana tak happynya... waktu tu tak pernah lagi jumpa orang buat nasi lemak kuning even di kedai makan pun tak jumpa. Tak tau lah kalau tempat lain, negeri lain nasi lemak kuning ni perkara biasa sebab di Tg. Malim kampung teman dan KL memang tak ada. Tambah lagi masa tu internet pun tak kenal... berjalan ke negeri orang pulak jarang sangat... so kurang info pasal makanan kat tempat orang.
Aduhaii... sedar tak sedar terpanjang pulak bebelnya. Hari pun dah usai petang nak masuk senja. Jadi sebelum kome mula menguap baca baiklah teman stop dulu kisah purba lama teman ni iyer... heheh
Ok berbalik kita pada resipi, jomm...
Nasi lemak kuning ini saya ambil daripada Fb Ida Shahida. Bila Kak Ida ceritakan nasi lemak ni sangat sedap... rasanya lain dari yang biasa... boleh dimakan pagi atau malam dengan lauk seperti sambal ayam/ikan bilis/tempe goreng sambal/dalca/gulai/ayam goreng... dan menjadi kesukaannya, terus melompat teman cuba pula resipi orang utara.
Menurut beliau lagi, nasi boleh dimasak dengan 2 cara... masak macam nasi lemak biasa tanpa tumis atau pun ditumis terlebih dahulu bawang bersama rempah 4 sekawan supaya nasi jadi lebih sedap dan lebih wangi.
Bila scroll fb kak ida ada juga jumpa di posting lain ditulis boleh guna susu cair 1/2 tin ganti santan, 2 titik pewarna kuning telur ganti serbuk kunyit dan tambahan ajinomoto.
Saya pilih untuk guna santan, serbuk kunyit dan cara tumis dengan marjerin Planta... ajinomoto tak bubuh.
Tepat seperti kata kak ida, nasi lemak yang sangat sedap, lembut dan wangi. Aroma kunyit dan rempahnya bangkit bila ditumis menjadikan rasanya lain daripada lain. Saya gandingkan dengan sambal hitam bilis dengan lauk simple, daging goreng jintan disamping aksesori lain.
NASI LEMAK KUNING
by IzaAkma SSKBAHAN A :
- 3 cwn Beras
- 1 sdt Serbuk Kunyit (untuk rendam beras)
BAHAN B :
- 1 kotak @ 200 ml Santan
- 2 1/2 kotak Air atau ikut kesesuaian beras yg diguna (kurangkan sikit dari masak nasi biasa sebab beras akan lembut kerana ada santan)
- 2 sdb Gula
- 1 sdt Garam
BAHAN TUMIS :
- 4 ulas Bawang Merah, hiris
- 2 ulas Bawang Putih, hiris
- 3 Bunga Lawang
- 2 Kulit Kayu Manis
- 5 Pelaga
- 10 biji Lada Hitam
- 2 sdb Minyak / Marjerin
- 2 helai Daun Pandan
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Rendam bahan (A) selama 10-15 minit, tos & ketepikan .❀ Tumis bahan tumis sehingga wangi.
❀ Masukkan air. Bila dah didih masukkan bahan (B) yang lain (nasi mesti manis sedikit)
❀ Dah mendidih masukkan beras dan kacau. Pastu masaklah seperti biasa sama ada dalam rice cooker ataupun periuk biasa.
No comments:
Post a Comment