BEE HOON SUP dengan CABAI GORENG / SAMBAL
Raya lalu masa kat kampung tetiba tekak bagai terasa-rasa bihun sup ala utara nun. Tak ada rancangan sebenarnya sebab tu ada bahan terpaksa diabaikan sebab tak ada. Walaupun tak cukup bahan tetap juga bersemangat guna bahan apa ada. Saya buat ayam ni pun dah sedap terasa. Bubuh pula sambal... wallahh... sekali pekena mesti akan bertambah tambah dan tak akan melupai sambalnya. Kalau guna daging dengan tulang pastu taburi lobak asin sure lah berdouble triple lagi sedappnyer kan. Masalahnya lobak asin tu... kebanyakan yang dijual bukan orang melayu buat. Nampak gayanya kena belajar buat sendiri lobak asin baru leh makan tanpa was-was. Sama juga halnya sawi jeruk... orang cakap bubuh dalam asam pedas sedap. Teringin juga nak rasa yeke sedap. Insyaallah ada masa cuba buat nanti.
BEE HOON SUP
by House of SSKsource : Ida Shahida
BAHAN-BAHAN :
- 2 kg Daging
- 2 kg Tulang
@ kalau ayam beli 3 ekor yang tulang kerangka sahaja + 6 ketul isi ayam
- 3 batang Serai
- 3 inci Lengkuas
- 3 inci Halia... (semuanya diketuk)
- 2 labu Bawang Putih
- 7 biji Bawang Merah... (dimayang / ditumbuk)
- Daun Leek * Selery* | dipotong besar 3 inci (optional)
- 2 sdb Gula
- 2 kiub Ayam @ Daging Maggi / Serbuk Perasa (kiub ayam lebih sedap lebih power jika dimasukkan ke dalam masakan berasas daging , ayam dan ikan)
- 1 sdb Biji Lada Hitam | ditumbuk kasar
- 1/2 sdt Serbuk Kunyit
- 2 sdb Garam / secukup rasa
- 6 batang Kulit Kayu Manis
- 8 kuntum Bunga Lawang
- 10 biji Buah Pelaga
- 2 bungkus Perencah 'Sup Tulang' (jika mahu)
- Air secukupnya untuk merebus daging
CARA PENYEDIAAN :
❀ Masukkan daging ke dalam periuk besar , diikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Masakkan di atas api
❀ Bila sudah mendidih masukkan kesemua bahan yang telah dibersihkan , kulit kayu manis , bunga lawang , buah pelaga. Biarkan ia masak 1 1/2 - 2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. Air boleh ditambah jika surut.
❀ Setelah daging empuk , keluarkan kesemua bahan yang direbus bersama daging tadi. Hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja
❀ Teruskan merebus dan masukkan kiub ayam , gula , serbuk perasa , garam , lada hitam , serbuk kunyit dan selebihnya tu... bolehlah dirasa kuah sup ini. Seimbangkan rasanya.
❀ Bila sudah secukup rasa rasa angkatlah kesemua ketulan daging dalam periuk , sejukkan. Potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup.
** untuk pengetahuan : kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi
1 1/2 kampit bihun yang besar
❀ rendam bihun (air biarlah cukup cukup paras bihun saja) - masukkan serbuk kunyit - gaul-gaul - biarkan (anggaran 15 minit jika sebungkus bihun)
❀ bila sudah agak lembut bolehlah dicelur sekejap dalam air didih 2-3 minit saja
Daging ketulan besar yang telah direbus empuk | dipotong kiub kecil kecil
Daun Sup | dihiris halus
Daun Bawang | dihiris halus
Bawang Goreng
100 gm Lobak Asin | dicincang halus

BIHUN :

HIASAN / TABUR
Daging ketulan besar yang telah direbus empuk | dipotong kiub kecil kecil
Daun Sup | dihiris halus
Daun Bawang | dihiris halus
Bawang Goreng
100 gm Lobak Asin | dicincang halus
CABAI GORENG / SAMBAL
source : Ida Shahida
Sambal memainkan peranan sangat penting untuk bihun sup. Kesedapan bihun sup semakin menyerlah jika sambalnya benar benar sedap dan menyelerakan. Sedap sambalnya maka akan sedaplah bihun sup anda.

- 1 cawan Minyak (minyak kena banyak supaya cili betul-betul masak)
- 3 senduk nasi Cili Kering Kisar
- 8 sdb Sos Cili
- 4 ulas Bawang Merah | dimayang
- 3 ulas Bawang Putih | dimayang
- 5 sdb Gula
- 1 sdt Garam
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan minyak
❀ Tumis bawang-bawang hiris dulu - cili kisar - sos - garam - goreng sampai cili masak betul betul baru ditambah gula... biar pekat
❀ Masak sampai sambal jadi warna merah tua / gelap
❀ Guna api sederhana dan perlahan sahaja bila hampir pekat
❀ Sambal kena manis baru nama sup utara... baru sedap!!

No comments:
Post a Comment