BAHULU KUKUS ISTANA
Alhamdulillah , kali kedua buat dan dua-dua sukses. Asalnya bahulu kukus biasa. Saya olah dan mewahkan dengan campuran buah-buahan kering. Kemanisan secukup rasa selain rasa masam masam manis daripada buah. Teksturnya juga lembut dan spongy...
Untuk mudahkan rujukan saya pindahkan resipi di sini... senang cari bila bila nak. Kalau simpan dalam phone ada beribu dalam... jenuh cari satu satu
BAHULU KUKUS ISTANA
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- 160 gm Tepung Gandum
- 20 gm Tepung Kastad
- 1/2 tsp Soda Bikarbonat
- 200 gm Gula Kastor
- 200 gm Telur | timbangan tanpa kulit
- 150 gm Santan | 75 gm santan kotak + 75 gm air
- 1 tsp Ovalet
- 1 tsp Esen Vanila
- 1 tsp Pewarna Lemon Yellow
- Secubit Garam
- 60 gm Prune | gunting halus
- 50 gm Cranberries | gunting halus
- 35 gm Blackcurrant
CARA PENYEDIAAN :
❀ Campurkan esen vanila , garam & pewarna lemon yellow ke dalam santan , kacau rata dan ketepikan
❀ Mixer telur + ovalet - dah berbuih sikit masuk gula - mixer lagi hingga kembang , pekat & putih
❀ Masukkan campuran tepung gandum , tepung kastad & soda bikarbonat sedikit demi sedikit berserta buah buah kering sambil dikaupbalik berselang seli dengan santan (pastikan adunan tidak terlebih gaul)
❀ Biarkan adunan diperap selama 1 jam
❀ Selepas 1/2 jam adunan diperap boleh panaskan kukusan dan sediakan acuan-acuan kecil
❀ Sapu acuan dengan sedikit minyak
❀ Isikan acuan dengan adunan separas acuan
❀ Kukus 15 - 20 minit dengan api kuat (pastikan kukusan sudah betul betul mendidih)

Note :
# lebih mudah keluarkan kuih daripada acuan sewaktu masih panas... kalau tunggu dah sejuk betul sesetengahnya mungkin melekat sikit pada acuan
# lebih mudah keluarkan kuih daripada acuan sewaktu masih panas... kalau tunggu dah sejuk betul sesetengahnya mungkin melekat sikit pada acuan
No comments:
Post a Comment