PANKEK KOREA
Sedap rupanya lempeng korea ni... first time rasa... ala ala cucur udang @ sayur gitu. Penggunaan daun kucai yang banyak memberi aroma wangi dan sentuhan rasa yang cukup sedap. Cicah dengan sosnya lagi tak terkata apa. Bila tergigit cili satu satu dalam pankek dengan cili dalam sos , terasa pedas pedas... buat rasa lagi terangkat. Untuk pankek dan sos saya gabungkan daripada dua sumber iaitu Korean Bapsang & Maangchi dan sesuaikan dengan bahan yang ada... pastu tambah satu dua bahan lain ikut citarasa sendiri.
Sebaiknya buat nipis jadi boleh dapat dua keping untuk satu adunan. Saya nak cepat... tuang sekaligus dalam pan ajaib buat sekali masak je. Camtu juga tang atas... patutnya sebiji telur dah cukup tapi sebab tengok pankek besar , telur kecil... satu macam tak cukup... jadi buh dua. Pasal tu kejadiannya terlebih tebal dan nampak macam telur dadar. Bior ler camna pun... kita yang buat dia kann... janji sodapp :)
PANKEK KOREA
by House of SSKBAHAN-BAHAN :
- Kucai | potong 1 inci (3 cwn)
- Daun Bawang | potong 1 inci (1/2 cwn)
- Timun Jepun | potong halus (1/2 cwn)
- 1 biji Cili Hijau | hiris
- 1 biji Cili Merah | hiris
- 10 ekor Udang Segar Besar | buang kulit - potong ikut suka
- 2 biji Telur (saiz kecil) | untuk tuang kemudian atas pankek
BAHAN BATER :
- 3/4 cwn Tepung Gandum
- 2 sdb Tepung Beras
- 2 sdb Tepung Jagung
- 1 sdt Bawang Putih Cincang
- 1/2 sdt Halia Cincang
- 1 biji Telur (saiz kecil) | dipukul ringan dengan garfu
- 1 sdt Garam
- 3/4 cwn Air (anggaran)
CARA PENYEDIAAN :
❀ Sediakan semua sayuran , bersihkan dan tos. Asingkan sedikit cili hiris untuk tabur atas
❀ Untuk bater , campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai sebati. Masukkan semua bahan sayur kecuali udang
❀ Panaskan pan ajaib dan bubuh minyak
❀ Tuang adunan dan ratakan. Biar sekejap
❀ Taburkan udang dan hirisan cili merah & hijau
❀ Sudukan telur atasnya dan masak sehingga bahagian bawah keperangan
❀ Terbalikkan dan biar masak sambil ditekan dengan sudip. Kalau tebal ambil masa untuk benar benar masak dan perang
❀ Dah masak angkat dan hidangkan bersama sos pencicah

SOS PENCICAH
Sedap sos ni , wangi beraroma lada hitam dan dipedaskan lagi dengan cili padi.
Sedap sos ni , wangi beraroma lada hitam dan dipedaskan lagi dengan cili padi.
BAHAN-BAHAN :
- 1 sdb Kicap Lemak Manis
- 2 sdb Cuka Putih
- 1 sdb Air Masak
- 1/2 sdt Gula
- 1 sdt Serbuk Lada Hitam
- 3 biji Cili Padi | dihiris
- Sedikit Bijan Putih | disangai
CARA PENYEDIAAN :
❀ Satukan 5 bahan pertama , kacau rata
❀ Masukkan hirisan cili padi & tabur bijan
❀ Satukan 5 bahan pertama , kacau rata
❀ Masukkan hirisan cili padi & tabur bijan
No comments:
Post a Comment