KUIH TALAM PANDAN
Lama tak menalam sejak bulan puasa hari tu. Sementara daun pandan masih ada kita manfaatkan. Saya memilih untuk buat Kuih Talam Pandan.
Asal resipi dari facebook... kisahnya tahun lepas tengah tengah scroll kebetulan terjumpa. Tengok gambarnya macam sedap jer. Tak tahan godaan selang beberapa hari saya pun try buat. Berulang kali baca resipi sebab instinct merasakan ada yang tak kena dengan resipi. Tapi saya terus juga buat follow resipi tu. Semasa tengah buat dah nampak memang sah ada yang tak betul. Teruskan juga. Lepas siap kukus... masih suam-suam saya potong sebab tak sabar nak tengok hasilnya macamana. Lapisan bawah tu bila dipotong potongannya tak berapa cantik lagi... yela belum sejuk betul kan... tapi rasa ok... lembut , sedap... cuma lapisan atas keras sikit. Kalau ikutkan yang sebetulnya sifat kuih talam yang guna tepung beras ketika masih panas atau suam-suam , kejadiannya lembik lembik gitu tak keras dan akan sempurna teksturnya bila dah betul-betul sejuk... tapi yang saya buat tu lain. Lepas dah sejuk betul potong lagi... barulah lapisan bawah tu cantik dan licin potongannya... yang atas tu hmmm... bertambah keras lagi. So apa yang instinct saya rasa memang tak salah.
Saya masih simpan lagi resipi tu , biarlah untuk simpanan sendiri... tak payahlah siarkan di sini. Cuma part lapisan pandannya saja saya share sebab berkenan sangat dengan rasanya yang sedap & lembut... walau disimpan semalaman dalam peti sejuk pun masih lagi lembut. Untuk lapisan atas saya follow yang lain (drp Zalinah_Rempah Ratus). Dah siap potong , nampak nipis pula layer atas tu. Nipis sebab saya buat 1/2 daripada resipi asal mungkin. Lain kali kena buat 2/3 baru nampak tebal sikit... kalau buat full tak padan pula nanti dengan ketinggian layer bawah. Tekstur atas ok lembut... tapi untuk lain kali saya akan abaikan tepung sagu. Apa pun terima kasih buat kedua dua penyumbang resipi. Di bawah ni adalah untuk 1/2 resipi berdasarkan yang saya dah buat.
KUIH TALAM PANDAN
by House of SSK
LAPISAN BAWAH :
- 125 gm Tepung Gandum
- 90 gm Gula Pasir
- 150 gm Santan | 100 gm santan kotak + 50 gm air
- 1/2 sdm Minyak Masak
- Pewarna Dark Green
- Secubit Garam
- 300 gm Jus Pandan | 8 helai daun pandan + 300 gm air - kisar -tapis - jika terkurang , cukupkan dengan air
LAPISAN ATAS :
- 300 gm Santan Pekat | 150 gm santan kotak + 150 gm air
- 50 gm Tepung Beras
- 12 gm Tepung Sagu
- 1 sdm Minyak Masak
- Garam
CARA PENYEDIAAN :
❀ Panaskan kukusan
❀ Sediakan loyang 7 inci sq , alas plastik dan lenserkan sedikit minyak
Sediakan Lapisan Bawah :
❀ Satukan jus pandan , santan dan minyak. Kacau rata dan ketepikan
❀ Satukan semua bahan lain , tuangkan campuran santan. Kacau rata dan sebati
❀ Masukkan dalam periuk dan masak hingga naik wap
❀ Letakkan loyang sekejap dalam kukusan yang sudah mendidih
❀ Tuang adunan dalam loyang
❀ Kukus selama 20 minit
Sediakan Lapisan Atas :
❀ Satukan semua bahan
❀ Masak hingga naik wap
❀ Tuang adunan ke atas lapisan pandan yang sudah masak
❀ Kukus selama 20 minit
❀ Sejukkan baru dipotong
Note :
# minyak dimasukkan sebab guna santan kotak , jika santan segar tak perlu minyak
# tambah lagi gula jika suka lebih manis (bagi saya yang penawar dah cukup manis dah dengan gula sebanyak itu)
# setiap 10 minit buka penutup dan lap , bagi elakkan wap air menitis ke permukaan kuih
# setelah kuih masak , buka penutup , biarkan loyang dalam kukusan dengan api kecil untuk lebih kurang 10 -15 minit

No comments:
Post a Comment