CARAMEL DURIAN
Setahun ke setahun tiba musim durian masih juga tak buat buat sedangkan resipi dah berhabuk lama simpan. Kadang terlupa... salin atas kertas dengan tulisan cakar ayam pastu selit sana sini... mujur tak hilang dan masih boleh baca lagi tulisan sendiri... haha. Tak ingat ambil daripada mana. Apa yang pasti lamaaa sangat dahh. Musim durian kali ni tak boleh tidak kena juga buat.
Dalam petisejuk ada lebihan fresh cream yang dah nak hampir tarikh luput... sayang pula kalau tak diguna. Jadi saya olah balik resipi asal... ubah dan tambah ikut kesesuaian bahan di dapur. Selepas pengolahan , inilah hasilnya. Sekian lama cuma nampak bayang huruf kat kertas , sekarang sudah nampak bayang yang sebenar benar depan mata... bayang yang boleh dilihat , dipegang dan dirasai. Saya abadikan di sini untuk rujukan berserta gambar sebagai kenangan. Mana tau rindu rinduan , nak buat stock durian tak ada... ini ler pengubat... heheh :)
CARAMEL DURIAN
by House of SSKBAHAN A ~ kisar halus :
- 80 gm Isi Durian
- 100 gm Fresh Cream @ Non Dairy Whipping Cream
- 100 gm Susu Pekat
BAHAN B ~ kacau rata :
- 300 gm Susu Sejat @ Cair
- 100 gm Santan Kotak
BAHAN C :
- 5 biji Telur @ 280 gm tanpa kulit
- 25 gm Tepung Kastad
- Secubit Garam
BAHAN D :
- Pewarna Hijau
- Pewarna Kuning
CARA PENYEDIAAN :
❀ Pukul Bahan (C) dengan garfu sekadar sebati (tak perlu sampai kembang)
❀ Masukkan Bahan (A) , kacau rata
❀ Masukkan Bahan (B) , kacau rata dan sebati
❀ Bahagikan kepada 2 bahagian :
- hijau... + pewarna hijau
- kuning... + pewarna kuning
❀ Setelah kukusan mendidih tuangkan adunan kuning atas karamel , kukus 15 minit
❀ Tuang pula adunan hijau (jika mahu boleh cucuk cucuk lapisan kuning dengan lidi / garfu sebelum dituang adunan hijau) , tutup dengan aluminium foil dan kukus 40 minit
❀ Sejukkan sebelum dipotong

KARAMEL :
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm Gula Pasir
- 3 sdm Air Panas
CARA PENYEDIAAN :
❀ Masak gula sehingga gula mencair dan menjadi karamel
❀ Masukkan air panas , kacau sehingga melarut dengan api kecil
❀ Agak-agak pekat tutup api dan tuang ke dalam loyang bersaiz 7 inci sq
❀ Pusing pusingkan loyang sehingga karamel merata di dasar loyang
❀ Masukkan air panas , kacau sehingga melarut dengan api kecil
❀ Agak-agak pekat tutup api dan tuang ke dalam loyang bersaiz 7 inci sq
❀ Pusing pusingkan loyang sehingga karamel merata di dasar loyang
Caramel Durian nih bukan macam puding karamel biasa yang licin halus mulus tu tau. Dalam gambar teksturnya kelihatan macam kasar kasar gitu tapi sebenarnya lembut dan jenis gebu. Aroma wangi karamel dengan durian sama sama bangkit. Manis lemak semua secukup rasa. Yang penting karamel jangan sampai terhangus nanti pahit tak sedap. Terpulang nak warnakan dengan warna apa. Yang ni memang saya warnakan light light aje...
No comments:
Post a Comment