ROTI JALA 3 MUSIM & KUAH DURIAN Yang Sedap
Jangan jemu ya asyik entri durian aje. Lepas ni tak ada dah... durian dah abis. Kena cari yang baru nanti buat stock... boleh buat tempoyak sekali... hihi
Roti jala ni cerita semalam. Dah alang alang buat , buatlah 3 warna sekaligus... coklat , hijau & kuning. Terus namakan Roti Jala 3 Musim sebab ada 3 warna. Dulu dulu saya cuma tahu kalau roti jala lawannya mesti kuah kari. Masa tu tak pandai lagi dengan kuah durian. Lepas cuba buat serabai cicah dengan kuah durian terasa sedap... sejak itu try pula dengan roti jala... langsung jadi feberet sekarang
Kuah Durian pula jika untuk roti jala dan serabai , saya masih setia menggunakan resipi Chef Arm. Resipinya ada saya share dulu. Kuah durian chef memang sedap dan power. Pekat , manis , lemak semua cukup.
ROTI JALA 3 MUSIM & KUAH DURIAN
by House of SSKBAHAN A :
- 250 gm Tepung Gandum
- 50 gm Susu Sejat
- 500 gm Air
- 1 biji Telur (A)
- 10 gm Majerin Planta
- 5 gm Minyak Sapi
- Garam Halus secukup rasa
BAHAN B ~ roti jala hijau :
- 1 sdt Coconut Pandan Emulco (sudu metrik)
- Pewarna Hijau
BAHAN C ~ roti jala kuning :
- Pewarna Lemon Yellow
CARA PENYEDIAAN :
❀ Campurkan semua Bahan (A) kecuali air , kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan sebati , halus dan tidak bergentel
❀ Rehatkan adunan dalam 15 minit
❀ Bahagikan kepada 2 bahagian :
- hijau... + Bahan (B)
- kuning... + Bahan (C)
❀ Masukkan dalam acuan roti jala ataupun botol 5 lubang
❀ Panaskan kuali non stick (tak perlu sapu minyak)
❀ Boleh lah mula menjala
# adunan ini dapat tak banyak , kalau nak banyak double kan rcp

ROTI JALA COKLAT
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm Tepung Gandum
- 1 biji Telur (A)
- 30 gm Serbuk Koko
- 40 gm Susu Pekat
- 30 gm Gula Pasir
- 25 gm Minyak Jagung
- Secubit Garam
- 50 gm Susu Sejat
- 450 gm Air + lagi 3 -4 sdb (sudu metrik)
CARA PENYEDIAAN :
❀ Campurkan semua bahan kecuali air , kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan sebati , halus dan tidak bergentel (kalau pekat tambah lagi air)
❀ Rehatkan adunan dalam 15 minit
❀ Masukkan dalam acuan roti jala ataupun botol 5 lubang
❀ Panaskan kuali non stick (tak perlu sapu minyak)
❀ Boleh lah mula menjala
❀ Rehatkan adunan dalam 15 minit
❀ Masukkan dalam acuan roti jala ataupun botol 5 lubang
❀ Panaskan kuali non stick (tak perlu sapu minyak)
❀ Boleh lah mula menjala
KUAH DURIAN
BAHAN A :
- 550 gm Durian
- 80 gm Santan Kotak
- 450 gm Air
- 3 helai Daun Pandan
BAHAN B :
- 200 gm Santan Kotak
- 200 gm Air
- 1 sdb (penuh) Gula Merah
- 4 sdb Gula Pasir
- 1/4 sdt Garam
CARA PENYEDIAAN :
❀ Dalam periuk , didihkan Bahan (A) di atas api sederhana dan kacau sentiasa
❀ Masak hingga isi durian menjadi lembut
❀ Masukkan Bahan (B) , masak hingga ia mula merenih
# yang ini versi tanpa sago dan guna gula merah
# versi asal dengan sago di SINI ya...
❀ Masak hingga isi durian menjadi lembut
❀ Masukkan Bahan (B) , masak hingga ia mula merenih
# yang ini versi tanpa sago dan guna gula merah
# versi asal dengan sago di SINI ya...
Sirami roti jala dengan kuah...
Lagi sedap kalau terendam dalam kepekatan kuah... keenakan yang tak terkata
Lagi sedap kalau terendam dalam kepekatan kuah... keenakan yang tak terkata
No comments:
Post a Comment